:: BAB TUJUH::
Qaseh meniarap di atas tilam empuk yang bercadar rona ungu tua sambil memeluk Hello Kitty kesayangannya. Jari jemarinya lincah menekan papan kekunci laptop. Sudah menjadi rutinnya apabila menjelang hujung minggu, dia akan berkasih dengan laptopnya. Dia akan mengemaskini blognya dengan meng”upload” artikel dan karya yang berkaitan dengan kekeluargaan dan hal ehwal wanita. Itu fokusnya.
Memiliki blog sendiri memudahkan Qaseh menyebarkan dakwah melalui artikel dan cerpen islamik hasil sentuhan jarinya sendiri. Baginya, blog merupakan salah satu medium yang terbaik untuk mengembangkan sayap dakwah dan sekaligus memartabatkan kembali Islam di muka bumi ini. Amar maa’ruf nahi mungkar.
Sedang ralit menyiapkan artikel untuk dimuatkan di dalam blognya, kedengaran salam dari luar biliknya. Diyana yang baru pulang dari solat subuh berjemaah dari surau terus membaringkan badannya di sebelah Qaseh.
“Dya, tak muat lah. Tidurlah lah kat katil Dya”, ujar Qaseh sambil menolak Diyana agar tidur di atas katilnya sendiri.
Diyana kembali bangkit dari pembaringan. Telekung sembahyang segera disangkut dan bergegas ke bilik air. ‘Sakit perut barangkali’, telah Qaseh dalam hati. Qaseh masih leka mengadap laptopnya. Khusyuk bebenor.
“ Cik kak, dah solat sunat Dhuha belum ni?” tanya Diyana sambil menarik rambut yang diikat tocang kuda milik Qaseh.
“ Anti, ana ABC la”, jawab Qaseh sambil menjelir lidah.
“ Bila start Allah Bagi Cuti?” soal Diyana kembali.
“ Sebelum subuh tadi”, Matanya masih leka menatap laptop.
“ Jom kita jogging sambil menghirup udara segar dan sambil-sambil tu, boleh kita aplikasikan ilmu yang kita dapat masa daurah hari tu”, butir bicara Diyana jelas di pendengaran Qaseh.
“Alhamdulillah, baguih la ustazah kita ni. Jom berdakwah serikandi solehah!!!!!” laung Qaseh penuh bersemangat.
Setelah dua pusingan mengelilingi Tasik Universiti, mereka menuju ke pondok berhampiran untuk berehat seketika sambil merangka simple plan untuk menjalankan misi dakwah mereka. Dalam asyik merangka, mata mereka tertancap pada sepasang kekasih sedang enak bergurau canda. Memang sah bukan laki bini.
“Ehem ehem, bestnya orang tu nikah awal. Boleh berhoneymoon sambil menghirup dosa segar...Siap pegang-pegang lagi tu,” sinis kata-kata yang keluar dari mulut mungil Diyana sambil menjuihkan bibir ke arah pasangan kekasih tersebut. Pasangan tersebut segera beralih tempat tanpa memandang ke arah mereka. Malu diterjah barangkali.
“ Dya, Qaseh lapar lah. Jom makan burger kat kafe,” ajak Qaseh sambil menarik tangan Diyana.
“ Qaseh ni, kata nak diet. Dya tengok dah makin tutttt.... tak nak cakap lebih lebih la, nanti terasa hati pulak,” sengih Diyana sambil mengangkat kening double-jerk.
“ Mana ada. Berat Qaseh makin turun tau. Saja je tu, nak kenakan kita. Apapun, Qaseh nak makan jugak. Tak nak ikut sudah”, Qaseh menjelirkan lidah ke arah Diyana.
“ So, macamana dengan misi dakwah kita?” soal Diyana.
“Nanti kita sambung lepas makan yer. Lagipun tadi kan kita dah mencegah perkara mungkar. Pedas sungguh kata-kata Dya tadi”, sengih Qaseh sambil berjalan ke arah kafetaria. Diyana berlari anak menyaingi derap langkah Qaseh.
Sambil menikmati makanan yang dibeli, mereka sempat berkongsi ilmu.
“ Dya, tahu tak siapa wanita solehah yang akan masuk syurga sebelum Saidatina Fatimah a.s ?” Qaseh memulakan perbualan.
“Seingat-ingat Dya, nama serikandi yang Qaseh maksudkan ialah Muta’ah kan?kan? Dya pernah baca kisah hidupnya. Subhanallah, Dya sangat-sangat kagum ”, jawab Diyana.
“ A’aa. Betul la tu.. Beruntungkan suami yang memperoleh isteri yang sentiasa taat kepadanya. Sekarang ni, ada lagi tak wanita yang mempunyai peribadi seperti Muta’ah?” kata-kata yang terbit dari mulut Qaseh menggambarkan kekagumannya terhadap kisah serikandi solehah, Muta’ah.
“ Adaaaaaaaaaaaa..kita lah” jawab Diyana sambil mengenyitkan mata.
“ Aikkk...ustaz mana la yang terkahwin dengan Dya nie???” giat Qaseh seraya menjulingkan mata ke langit.
“Opppss..Dya tersilap tadi. Bukan ‘kita’ tapi Dya seorang je sebab orang tu kan berstatus janda anak lima, tak berkesempatan nak melayan suami sebagaimana yang dilakukan oleh Muta’ah kan?kan?” gurauan Diyana menerbitkan rasa geli hati Qaseh. Kedua-duanya tergelak dengan lawak spontan Diyana.
Sedang enak menikmati makanan, sesekali mata Qaseh melilau melihat karenah pengunjung Kafe yang semakin ramai. Mencari ilham untuk penulisannya. Matanya leka memerhati seorang wanita yang berjalan termengah-mengah mencari meja kosong. Perut yang semakin memboyot terlindung dek jubah longgar yang dipakainya.
“ Mesti kena buatan orang tu”, Qaseh mengelamun memikirkan sebab musabab yang berlaku ke atas perut wanita tersebut. Wanita itu semakin menghampiri meja kami.
“ Assalamu’alaikum Diyana”, sapa wanita tersebut seraya memegang lembut bahu S Diyana.
“Wa’alaikumussalam, akak rupanya. Akak datang dengan siapa ni? Baby sihat?” soal Diyana sambil mengusap perut wanita tersebut.
‘Memang sah, kena buatan suami sendiri’, Qaseh kembali mengelamun. Senyuman nakal terbit di wajah polosnya. Mindanya seringkali memikirkan idea-idea nakal yang acapkali mencetuskan rasa geli hatinya sendiri. ‘Tak habis-habis, kerja nak mengena orang je’ rungutnya penuh kekesalan. Tapi biasanya, rasa kekesalan hanya sebentar dan akan kembali dengan perangai nakalnya. Sikapnya yang ceria dan suka tersenyum itu menjadikan dia seorang yang digemari oleh sahabat-sahabatnya. ‘Tak stress berkawan dengan Qaseh nie, asyik buat lawak je’, itulah komentar yang biasa diucapkan oleh sahabat-sahabat tentang dirinya.
“Datang dengan ustaz”, jawab wanita tersebut sambil menuding jari ke arah seorang lelaki. Qaseh tersedar dari lamunannya. Qaseh turut memandang ke arah suami wanita tersebut. Imej lelaki itu semakin jelas di bebola retinanya.
“ Gurlppp..” Qaseh menelan air liur. Matanya mengerling ke arah lelaki tersebut.
‘Kiranya ni la Kak Narisah, zaujah si pengkhianat cinta’, bisiknya berbaur cemburu. First time dia melihat wajah manis Kak Narisah dari jarak dekat. Sebelum ini, dia hanya mendengar nama dan seingatnya pernah sekali dia melihat wajah Kak Narisah, itu pun di dalam foto milik Diyana. Dalam kekalutan melayan perasaan, terasa bebola matanya mula berair.
“ Dya, Qaseh nak pergi toilet . Dya tunggu sekejap ye”, ujar Qaseh tergesa-gesa.
“ Akak, saya pergi toilet dulu ye. Nice to meet u..”, Qaseh tersenyum seraya bersalaman dengan Kak Narisah. Hati yang masih terluka terselindung kembali disebalik seukir senyuman yang penuh kepalsuan. Senyuman plastik. Dia akan sedaya upaya mengelak dari terserempak dengan Ustaz Munif Furqan. Itu tekadnya. Hatinya kembali terluka dengan pertemuan yang tidak dirancang.
Diyana menghabiskan saki baki makanan yang ada. Hampir 15 minit menunggu, namun kelibat Qaseh masih tidak kelihatan.
‘ ishhh..mana Qaseh ni. Tak kan pergi makan angin pulak kat dalam tandas tu,’ Derap langkah Diyana menuju ke tandas yang berdekatan. Qaseh yang baru keluar dari tandas segera disapa oleh Diyana. Namun, mata Diyana tertumpu ke arah retina mata Qaseh.
“ Qaseh baru lepas menangis kan?kan?” soal Diyana penuh tanda tanya.
“ Mana ada.. Jom balik”, balas Qaseh pendek.
“ Jangan nak tipu Dya la. I know what happen to your eyes”, jawab Diyana. Diyana segera menarik tangan Qaseh agar berjalan seiringan dengannya. Hala tuju mereka mengarah kembali ke Tasik Universiti.
Mereka bersimpuh di hamparan rumput yang menghijau sambil menikmati keindahan Tasik Universiti. Kelihatan beberapa ekor rama-rama kuning terbang mendekati pokok bunga mawar putih. Setelah agak lama berdiam diri, Diyana memulakan bicara.
“ Dya dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku antara Qaseh dengan Ustaz Munif Furqan. Dan Dya harap Qaseh dapat luahkan derita yang terpendam di lubuk hati Qaseh. Tak salah untuk kita kongsikan masalah kita kepada sahabat yang boleh kita percayai agar dengan luahan itu, dapat menenangkan kembali hati kita. Setiap orang akan diduga dengan variasi masalah dan cabaran. Allah swt nak uji kejauhmana keimanan kita kepadaNya. Sudah cukup sabarkah kita dengan ujian yang menimpa? Sudah cukup tabahkah kita dengan masalah yang membelenggu diri? Selama kita bersahabat, Dya yakin Qaseh cukup sabar dan tabah orangnya. Berilah ruang kepada Dya untuk sama-sama merasai keperitan yang Qaseh alami”, nasihat Diyana penuh berhikmah.
“Terima kasih Dya kerana menjadi sahabat Qaseh selama ini. Lemahnya hati Qaseh dengan ujian ini. Tewas dengan perasaan sendiri”, tuturnya lemah. Qaseh menceritakan kisah cinta yang terbuku di lubuk hatinya. Tentang Munif Irfan. Tentang perasaan dia. Tentang perjanjian hati. Segala-galanya.
“ Tak cukup cantikkah Qaseh nie?”, terlontar sebaris ayat dari bibir pucat Qaseh.
“ Banyakkan bersabar Qaseh. Suka untuk Dya kongsikan sebaris ayat cinta dari Allah swt dalam Surah Al-Baqarah agar kita tenang dan gembira dengan janji Allah swt. Bismillahirrahmanirrahim, Allah swt telah berfirman ‘ Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuat, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah swt mengetahui sedang kamu tidak mengetahui’. Begitulah janji Allah swt. InsyaAllah, lambat laun Qaseh akan rasai hikmah di sebalik ujian ini. Allah swt dah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita. Dalam melayari bahtera perkahwinan, yang penting adalah ikatan hati antara suami dan isteri”, tutur Diyana penuh kelembutan.
“Qaseh kena ingat, kecantikan lahiriah adalah anugerah dari Ilahi. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan Allah swt. Setiap wanita ada kecantikan dan tarikan yang tersendiri”, tambah Diyana kembali
“Dya teringat satu kisah yang agak menarik untuk kita hayati. Kisah bermula apabila seorang wanita solehah yang sangat jelita dan penuh dengan sifat keibuan telah berkahwin dengan seorang lelaki soleh yang kurang hensem, pendek kata tidak sedap mata memandanglah.. Satu hari si ayah bertanya kepada anak perempuannya berkenaan dengan suami yang baru dinikahi itu. Qaseh tahu tak apa jawapan wanita tersebut,” tanya Diyana kepada Qaseh.
“ Entah”, respon Qaseh.
“ Jawapannya begini ‘ saya memilih lelaki itu sebagai suami saya agar dia senantiasa bersyukur kepada Allah swt kerana dianugerahi isteri yang cantik menawan dan saya pula dapat melatih diri agar sentiasa redha dengan pilihan Allah swt untuk saya’. Kesian kat hubby dia kan?kan? (^_^)”, senyuman nakal menghiasi wajah Diyana.
Qaseh yang masih bersedih tidak dapat menahan ketawanya. Moodnya kembali ceria.
“ Dya cakap macam orang yang dah kahwin je. Penuh dengan sifat keibuan pulak tu. Beruntung suami Dya kelak. Hati Qaseh dah semakin tenang. Thank you veli veli much”, ucap Qaseh sambil mengenggam erat tangan sahabatnya.
2 comments:
this story remember me to my ex-school-mate qaseh nur diyana.. very kind person.. good heart.. although she have everything, she never proud of it.. mudah menangis orgnya.. hehe.. but that's make her cute.. first time see this blog, i ingat u qaseh.. sorry. anyway congrats for this nice blog..
syukran..jangan jemu2 untuk melawat blog ini..=)
Post a Comment