:: BAB DUA::
Sudah seminggu Ustaz Munif diijabkabul dengan Kak Narisah. Sedikit sebanyak perkhabaran berkaitan Ustaz Munif mengganggu konsentrasi Qaseh namun dia yakin dengan hikmah di sebalik kisah sedih yang berlaku. Qaseh masih meneruskan pengajian dengan penuh bersemangat namun sesekali hatinya lemah dengan apa yang berlaku. Namun kegagalan dalam percintaan tidak mematahkan semangatnya untuk terus menggapai segulung ijazah. Kini fokusnya hanya dakwah dan pengajian. Itu tekadnya. Kerja-kerja islam yang tidak pernah habis dan memerlukan komitmen yang tidak berbelah bagi senantiasa menghiasi kanvas kehidupannya. Di usia inilah, tenaganya dikerah semaksima untuk kerja-kerja dakwah di kampus. Di kelilingi sahabat-sahabat yang sefikrah memudahkan gerak kerja Islam di kampus.
Tercipta satu prinsip baru agar sentiasa menjadi serikandi solehah pilihan Allah swt. Frasa “No Luve Until Akad” tergiang-giang di telinganya. Segala kesedihan diusir pergi.
“Sekarang ini masa untuk aku penuhi hati ini dengan bekalan dan persiapan untuk menjadi isteri solehah. Sesiapa pun jodohku, aku akan terima dengan hati yang tenang”, ikrarnya bergema di kalbu.
“Yang penting jadi solehah dulu, baru dapat yang soleh..Siapalah jodoh aku nanti,” hatinya riang dengan impian yang tercipta.
**************************************************
Jawatannya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Negeri Kelantan USM menuntut pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Masanya sentiasa dimanfaatkan sebaik mungkin.
Sedang leka menyiapkan laporan mesyuarat, Qaseh disapa oleh Kak Salsabila yang juga merupakan salah seorang pimpinan muslimat Persatuan Mahasiswa Negeri Kelantan USM.
“ Qaseh, akak nak nganggu sekejap ni ”, Kak Salsabila memulakan bicara.
“ Nganggu sekejap je tau, Qaseh nak kena siapkan laporan ni. Nanti YDP kesayangan akak tu bising pulak kalau Qaseh tak sempat siapkan laporan ni ,” gurau Qaseh dengan nada manjanya. Jari jemarinya masih leka menari di papan kekunci laptopnya.
“ Alahh. Tak usah takut dengan ustaz kenit tu. Dia tak berani nak marah Qaseh. Akak kan ada”, tambah kak Salsabila sambil mengenyit mata.
“Elehhh. Kenit kenit dia pun, ramai yang minat tau. Entah-entah akak pun puja dia dalam senyap kan? kan??” gurau Qaseh sambil mengangkat kening double-jerk.
“ Ada-ada aje lah Qaseh ni”, nadanya berbaur rajuk.
“Alahh. Qaseh gurau je tadi. Tadi, akak cakap nak nganggu Qaseh. Tapi akak tak mula lagi sesi ganggu-menganggu ni. Ok, dah boleh start sesi menganggu. Hehe”, gurauan Qaseh semakin galak. Matanya mengarah ke wajah Kak Salsabila.
“ Eiii. cubit karang”, satu cubitan hinggap di paha Qaseh.
“Mak aii. Sakitnya akak. Rasa macam kena cium dengan ketam je”, Qaseh mengenyit mata sambil mengusap paha yang sakit kesan cubitan.
“Oklah..gurau je tadi..Akak nak tanya apa ye?”, tanye Qaseh.
“Qaseh dah terikat dengan mana-mana muslimin ke?” Kak Salsabila memulakan sesi merisik.
“ Muslimin kat USM ni tak sempat nak beli tali rafia lah kak. So, sekarang ni Qaseh tak diikat oleh sesiapa pun lagi”, gurau Qaseh.
“ Eii..budak nie..memang nak kena cubit lagi sekali ni. Kita tengah serius ni, dia boleh buat hikayat pulak,” bebel Kak Salsabila.
“ Hehe..ok ok..Qaseh tak main-main dah (^_^)..Qaseh belum terikat lagi kak.. Belum bersedia lagi..Perangai pun macam budak darjah satu lagi ni.. Enggak pantas untuk berchenta, kak”, terkeluar jugak dialog Indonesia dari bibir Qaseh.. Pengaruh hebat dari senatron “Alisa”..(^_^)
“Qaseh, akak nak sampaikan amanah dari seseorang ni. Kalau Qaseh belum berpunya, dia berhajat nak jadikan Qaseh sebagai zaujahnya”, tersusun kata-kata yang keluar dari mulut mungil Kak Salsabila.
“ ‘Dia’ tu siapa kak? Qaseh kenal ke?”, tanya Qaseh penuh debaran.
“ Muslimin tu salah seorang dari pimpinan PMK juga dan Qaseh dah kenal hati budinya”, terang Kak Salsabila.
“ Tak kan Ustaz Edzwan, Si kenit yang tak cukup kilogram tue..ishhh ishhh..tak kan pulak Ustaz Amran, mursyidul am PHD (perut hadap depan) tu”, teka Qaseh tanpa sedar. Kata-kata yang keluar dari mulut Qaseh mencetuskan rasa geli hati Kak Salsabila.
“ ishh, tak baik Qaseh cakap macam tu,” tegur Kak Salsabila.
“Hehe..gurau je kak.. Saja nak balas dendam dengan ustaz-ustaz tue.. selalu mereka gelarkan Qaseh dengan panggilan “chubby” . Padahal Qaseh bukannya chubby sangat pun..Boleh jadi model lagi ni.. Tak puas hati betullah dengan mereka tu”, rungut Qaseh tanda tidak puas hati.
“ Alah, mereka saja je nak bergurau dengan Qaseh tu,” pujuk Kak Salsabila
“ Akak, siapa muslimin tu kak..Janganlah ustaz kenit atau ustaz boroi tu,” Qaseh menyambung bicara.
“ Ustaz Haddi, Bendahari PMK tu,” jelas Kak Salsabila
“Ooo... Haddi rupanya..that’s why la semenjak dua menjak nie, dia macam malu-malu je mase bertembung dengan Qaseh.. Akak, Qaseh tak boleh terimalah.. Qaseh dah anggap pimpinan muslimin macam adik beradik..Kita semua kan adik beradik.. Nanti susah nak bekerja dalam persatuan kalau dah ada perasaan yang gitu-gitu tu”, tegas Qaseh menyuarakan pendapat.
“ Qaseh tak boleh tolak lamaran macam tu je.. Kesian Ustaz Haddi tu menaruh harapan..Dia ikhlas dik..Mungkin ini jodoh yang dah Allah tentukan untuk Qaseh.. Nasihat akak, buat solat hajat dan solat istikharah, mohon petunjuk dari Allah.. Tapi sebelum tu, buat solat sunat taubat dulu mohon dibersihkan hati dari sebarang noda hitam.. Akak tengok, Ustaz Haddi tu baik orangnya..Akidahnya pun jelas dik..Akak yakin dia akan bimbing Qaseh ke jalan yang diredhai Allah swt.. Moga moga ilham yang Allah titipkan ke dalam hati Qaseh memihak pada Ustaz Haddi (^_^)”, nasihat Kak Salsabila panjang lebar.
“Oklah kak, nanti Qaseh minta petunjuk dari Allah swt.. Dan insyaAllah dalam masa sebulan dari sekarang, Qaseh akan bagi jawapan.. Qaseh mohon agar perkara ni dirahsiakan oleh adik beradik PMK yang lain yer”, ujarnya penuh sopan.
Fikirannya terbayang akan kisah chenta ana nta yang hanya sekerat jalan.. Qaseh serik untuk menyerahkan hatinya kepada mana-mana muslimin.. Walaupun perjanjian hati hanya tertulis di lembaran kertas putih, tidak dinafikan kasih sayangnya sedikit sebanyak dicurahkan kepada Ustaz Munif Furqan dalam diam. Tapi kini, Qaseh sudah melupakan cinta pertamanya dan dia yakin dengan hikmah yang berlaku.
“ Adakah Haddi memiliki kunci hatiku?”, bicaranya dalam hati.
0 comments:
Post a Comment