:: BAB EMPAT::

“Assalamualaikum adik-adik semua..Bismillahirrahmanirrahim..Kita mulakan usrah kita dengan ummul kitab, Al-Fatihah”, Qaseh memulakan majlis ilmu dengan puji-pujian kepada Allah swt semoga pertemuan kali ini diberkati Allah swt.

“ Ainun, Qis, Zie, Nurul, Aniss dan Niza, apa khabar hari ni?” Qaseh bertanya khabar sebelum memulakan perkongsian rohani dengan anak usrahnya.

“ Oklah, hari ni kita akan curahkan seberapa banyak pendapat dan luahan untuk dikongsi bersama. Dan akak harap ilmu yang kita dapat pada perkongsian ini dapat dipraktikkan di dalam kehidupan harian kita.. Hari ni, kita akan cuba terokai ciri-ciri pakaian muslimah mengikut syarak..Semakin tutup, semakin cantik..tak gitu adik-adik akak yang cun melecun nie”, usik Qaseh.

“ Betul tu akak..makin tutup makin cantikkkkkkkk”, tokok Balqis, menghidupkan suasana ceria pada pertemuan kali ini.

“ Okey, siapa nak kongsi ilmu tentang tajuk hari nie?”, mata Qaseh terarah kepada adik-adik usrahnya. Hanya Aniss yang belum terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya.

“ Bismillahirrahmanirrahim.. Terima kasih diucapkan kepada kekandaku, Ukhti Qaseh Ramadhani dan adinda-adindaku sekalian. Berkenaan dengan tajuk kita hari ini, ana ingin melontarkan sedikit pandangan berkenaan dengan ciri-ciri pakaian muslimah.. Apa yang boleh ana perkatakan ialah ciri-ciri pakaian muslimah ialah pakaian mestilah menutup aurat dan tidak terlalu tipis sehingga menampakkan bentuk tubuh. Ana teringat satu hadis di mana Rasulullah saw bersabda “ Pada akhir ummatku nanti akan datang wanita-wanita yang berpakaian namun hakikatnya telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol (pundak unta). Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.” Apa yang boleh ana simpulkan berkenaan dengan hadis ini ialah kaum wanita yang mengenakan pakaian tipis, yang dapat menggambarkan bentuk tubuh badannya, mereka tetap berpakaian akan tetapi hakikatnya telanjang..Wallahua’lam..Betul tak akak?” Nazira melontarkan bicaranya dengan penuh berhikmah disusuli senyuman yang terpamer di wajah cerianya. Pidatonya sering kali menggamatkan suasana dan mencetuskan gelak tawa di kalangan usrahmatesnya.

“ Wah..berpidato pulak ukhti Nazira hari ini..hehehe..alhamdulillah, betul la tu..antara ciri-ciri pakaian yang dijelaskan oleh Azie ialah kita mestilah memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak terlalu tipis..sekarang, akak nak adik-adik buka tafsir Al-Quran dan cuba hayati ayat 30 dan 31 dari Surah An-Nur,” bicara Qaseh.

“ Okey, akak yakin adik-adik semua dah ada sedikit sebanyak gambaran berkenaan dengan ayat 30 dan 31 Surah An-Nur. Apa yang kita boleh simpulkan ialah terdapat perintah-perintah Allah swt yang wajib kita taati. Pertama, kita mestilah menjaga pandangan. Menundukkan pandangan dalam konteks ini bermakna memalingkan pandangan dari sesuatu yang haram. Yang kedua, kita mestilah menjaga kemaluan yakni menahan diri dari segala perkara yang haram yang bertujuan untuk memuaskan keinginan nafsu seksual seseorang. Yang terakhir ialah menyembunyikan perhiasan dan menjaga suara agar tidak menimbulkan fitnah bagi kedua-dua belah pihak samada lelaki mahupun wanita,” hurai Qaseh.

“ owh..kiranya pakaian yang perlu kita pakai mestilah longgar dan tidak terlalu ketat. Dan yang penting harus menutupi bahagian tubuh yang berupaya meransang nafsu lelaki yang melihat kan?kan?” tambah Balqis.

“ A’aa, betul la tu. Kita juga sebagai wanita muslimah tidak boleh sesekali memakai pakaian yang menyerupai pakaian lelaki dan pakaian wanita kafir,” bicara Qaseh menambahkan pemahaman adik-adik usrahnya.

“ Akak nak kita cuba muhasabah diri dan cermin diri kita.. Adakah pakaian kita betul-betul memenuhi ciri-ciri pakaian muslimah atau masih ada kelompongan yang perlu kita tutup.. Mulai dari sekarang, kita cuba praktikkan apa yang telah kita bincangkan petang ini dan bolehlah kongsi ilmu ini dengan kawan-kawan disekeliling adik-adik.. Kita perlu ingat, perhiasan yang kita ada hanya untuk orang yang berhak sahaja..Kita kan perhiasan dunia, tak ternilai harganya kan?kan?”, simpul Qaseh disusuli sebaris senyuman ikhlas terpamer di wajahnya.

“Betul..Betul..Betul..” tambah Ainun disusuli anggukan kecil. Anggukan spontan persis upin di dalam cerita “Upin & Ipin” mencetuskan tawa di kalangan usrahmatesnya.

“ Alhamdulillah, moga pertemuan kita kali ini diberkati oleh Allah swt. Kita tangguh perjumpaan kita dengan surah Al-Asr dan tasbih kafarah”, bicara Qaseh menutup pertemuan kali ini.