:: BAB ENAM::


Kelihatan seorang gadis bertudung labuh rona ungu gelap sedang khusyuk menelaah. Tumpuan diberi sepenuhnya kepada buku Genetik Asas setebal tiga inci itu. Namun khusyuknya tidak lama apabila terdengar sergahan dari seseorang di belakang.

“Qaseh!!!!!”, suara yang sedikit terjerit mengganggu konsentrasi orang sekeliling.

“ Syhhhhhh!!! Dina, senyap sikit..terperanjat Qaseh”, bisik Qaseh kepada sahabatnya, Irdina seraya meletakkan jari telunjuk di bibir , meniru gaya di dalam poster “ Tolong Senyap” yang seringkali dilihatnya apabila berkunjung ke perpustakaan.

Suasana di dalam Perpustakaan Perdana kembali sunyi. Irdina yang merupakan coursemate merangkap sahabat baiknya mengambil tempat di kerusi empuk bersebelahan tempat duduk Qaseh.

“ Qasehhhhhhhhhhhhh..Dina malu sangat tadi”, Irdina memulakan ceritanya.

“ Kenapa ni Dina? Dina malu dengan siapa? Cuba cerita sikit kat Kaunselor tak bertauliah nie,” usul Qaseh penuh tanda tanya.

“Lepas kuliah tadi, Dina dah janji dengan Ain nak datang library sama-sama. Tapi Ain masih ada kuliah. So, Dina tunggulah Ain kat Bus Stop. Hujan lebat sangat masa tunggu Ain tadi.. Dah setengah jam Dina tunggu tau...Dalam kesamaran, Dina nampak kereta Ain berhenti berhampiran Bus Stop.. So, tak semena-mena Dina terus berlari ke arah kereta tu. Tanpa berfikir panjang, Dina terus buka pintu kereta dan duduk di sebelah pemandu”, Irdina ralit bercerita.

“ Then, apa jadi? Tang mane yang malunya?? Biase je ceritera Dina tu”, sempat lagi Qaseh mengusik Dina.

“Eiii..memang nak kena makan selipar budak sorang nie..Dina tak habis cerita lagi la”, getus bibir Irdina tanda marah.

“Gurau je la..hehehe..ok ok..teruskan bercerita”, Qaseh kembali fokus mendengar cerita dari Irdina.

“Lepas dah duduk tu, Dina bagi jugak la sedikit ceramah tajuk “ Menepati masa ” kat Ain tanpa lihat muka Ain. Ye la masa tu Dina tengah busy betulkan lipat tudung sambil menilik kat cermin sisi. Lama jugak la Dina tunggu, kereta masih tak gerak. Then, bila Dina berpaling ke arah Ain, terlongo Dina tengok Ain..Ain dah tak pakai tudung tapi berkopiah putih..Siap berjanggut lagi tu..huk huk huk..tersalah naik kereta rupanya..Dengan muka ala-ala tikus mondok yang manis menawan ni, Dina mintak juga lah muslimin tu hantarkan Dina ke library..Konon-konon nak cover malu..Harap-harap tak jumpa dah muslimin tu”, Dina mengakhiri ceritanya.

“Wahh..bestnya.. Cinta berputik di dalam kereta la nampak gayanya ”, giat Qaseh dengan penuh keriangan.

“Dah mula dah sakit gatal dia tu..Tiada makna nya nak jatuh cinta ngn muslimin tu.. Muslimin tu biasa-biasa je. Not my taste ok..”, Irdina menjulingkan mata ke langit.

“ Elehhhhhhhhh... yeeeeee laaaaaaaaaaa tuuuuuuuuuu..ok, wait and see”, senyuman di bibir Qaseh semakin melebar.

“ Woiii Dina!!!!” kedengaran suara memanggil nama Irdina.

Orang di sekeliling kembali memandang ke arah kami. Ada yang mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak menyukai situasi yang berlaku. Dengan wajah yang keruh, Norain merapati kami.

“ Hang pegi mana Dina, koi tunggu hang berjam-jam kat sebelah Bus Stop tu.. tapi batang hidung hang pun koi tak nampak. Dah lah koi call pun, hang tak jawab”, bertubi-tubi ayat berbaur tidak puas hati keluar dari bibir Norain. Loghat Kedah campur dialek Pahang sudah sebati dengan Norain walaupun dia bukan anak jati Kedah. Terpengaruh dengan kawan-kawan sekeliling la tu gamaknya.

“ Relax la Ain..aye pun tunggu Ain juga tadi. Tapi Ain tak mai jugak, so aye naik la kereta orang lain”, jelas Irdina bersungguh-sungguh sambil mengerling ke arah Qaseh menunjukkan isyarat agar merahsiakan kisah yang memalukan tadi.

“ Lain kali koi tak nak dah tumpangkan hang.. Koi tengah angin ni”, tambah Norain dengan bibir menjuih.

“ You all berdua, i nak study nie.. If you all berdua nak bergaduh, bolehlah beralih tempat duduk yer.. Tak kuasa i tau”, Gaya ala-ala maknyah yang dilakonkan oleh Qaseh mencetuskan gelak besar Irdina dan Norain.

“ Hahhh..ketawa pun.. Tak usah la bertegang urat kat sini.. Seingat-ingat Qaseh, ada la dua orang gadis tu dah berikrar nak jadi muslimah solehah idaman mujahid Allah, tapi kalau macam nie la gayanya, tak dapat den nak nolong eihhh”, tambah Qaseh sambil mengangkat kening double-jerk.

“ Aye mintak maap Ain. Jom kita pergi Kafe Harmoni, aye belanja you all berdua kali ni. Nanti aye cerita kenapa aye tak tunggu Ain”, pujuk Irdina.

“ Qaseh pun dah lapar nie..Jom Ain”, tambah Qaseh sambil memasukkan alat tulis yang bertaburan di atas meja ke dalam uncang besar berbentuk jagung itu.

Mereka bertiga berjalan beriringan keluar dari Perpustakaan Perdana menuju ke Kafetaria.

_ _ Persahabatan yang terjalin kerana Allah swt akan melenyapkan sedikit demi sedikit sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati dan menjadikan sifat mahmudah sebati dalam diri.. Berkasih sayanglah kerana Allah swt kerana kita akan merasai kemanisan ukhwah itu_ _

**************************************************

“Assalamualaikum ummi.. Ummi apa khabar?”, Qaseh memulakan bicara. Seingatnya sudah tiga hari dia tidak menelefon keluarganya.

“Waalaikumussalam anak ummi..Alhamdulillah sihat.. Kakak apa khabar?”, kedengaran suara ummi di corong telefon bimbitnya.

“Alhamdulillah, kakak sihat. Ummi, babah dan adik-adik sihat tak? Kakak rinduuuu kat ummi, babah dan adik-adik”, suara Qaseh yang kedengaran manja mencetuskan tawa umminya.

“Dah mula dah aksi manja anak ummi ni. Alhamdulillah, semua sihat cuma Arina selesema sikit”, tambah Puan Rhaudah.

“ Ummi, esok kakak ade test.. Nanti ummi doakan untuk kakak ye”, ucap Qaseh.

“ Ummi sentiasa doakan untuk kebaikan anak-anak ummi dunia dan akhirat . Ummi yakin kakak dapat jawab test esok..Yang penting, lepas dah study sungguh-sungguh, bertawakallah kepada Allah swt. Kakak, duit belanja dah cukup belum?” tanya Puan Rhaudah.

“ InsyaAllah ummi.. Alhamdulillah duit belanja ada lagi, tapi tak banyaklah.. Cukup-cukup makan je”, jelas Qaseh meraih simpati.

“Okla, nanti esok babah masukkan duit untuk kakak. Kakak, jaga diri elok-elok tau. Kakak kena ingat, peribadi kakak adalah cermin kepada peribadi babah dan ummi. Dan ummi percaya dan yakin yang anak ummi ni pandai jaga diri”, nasihat Puan Raudhah panjang lebar.

“InsyaAllah ummi, kakak akan jaga diri. Kirim salam kat babah dan adik-adik. Assalamualaikum ummi”, bicara Qaseh mengakhiri perbualan.

“ InsyaAllah. Waalaikumussalam anak ummi”, balas Puan Rhaudah menutup bicara.