:: BAB LAPAN::


Selepas berhempas pulas memerah otak di Dewan Peperiksaan, Qaseh dan Irdina berjalan menuju ke Perhentian Bas. Sudah dua hari mereka mengidam murtabak ayam. Pasar Malam berhampiran dengan Kampus Universiti menjadi pilihan mereka untuk membeli juadah makan malam.


“ Pak Cik, murtabak ayam lima”, pinta Irdina kepada pak cik penjual murtabak.


“ Mak aii.. banyaknya beli murtabak”, Qaseh menyiku Irdina.


“Hehe.. kan kita tengah mengidam nie”, balas Irdina seraya menghadiahkan senyuman manis kepada Qaseh.


“Tahu lah tengah mengidam. Tapi banyak sangat tu. Kita bukannya spesis yang makan tak ingat dunia. Qaseh tahu sangat lah perangai Dina tu. Lepas ni, mesti nak beli nasi tomato lah, jagung bakar lah, roti john la, kerepok lekor la. Tak larat nak habiskan semua,” leter Qaseh panjang lebar .


“ Baik puan. Tak larat nak dengar Qaseh membebel. Pak Cik, murtabak ayam satu ye, yang tadi tu cancel”, pinta Irdina kembali. Pak Cik penjual murtabak hanya mengangguk. Setelah membayar harga murtabak, mereka beralih ke gerai buah mangga.


Dalam asyik memilih buah mangga lemak manis, kedengaran salam dari belakang. Qaseh dan Irdina berpaling serentak ke arah suara tersebut


“ Assalamualaikum ustazah”, sapa seorang lelaki.


“ Waalaikumussalam Ustaz Haddi. Ingatkan siapa lah tadi. Banyaknya memborong”, jawab Qaseh sambil matanya menala ke arah tangan yang penuh menjinjing beg-beg plastik yang terisi makanan. Irdina yang turut berpaling ke arah Ustaz Haddi terus memalingkan wajah ke arah lain. Rona merah di pipinya jelas kelihatan.


“ A’aa. beli untuk housemates jugak.. Datang dengan siapa ni?” tanya Ustaz Haddi kembali


“Datang dengan Cik Irdina. Ustaz, sahabat ana ni solo lagi. Orang puteh oyak ‘ single and valuable”, Qaseh memperkenalkan Irdina kepada Ustaz Haddi . Siap promote lagi tu (^_^). Senyuman nakal terukir di bibir Qaseh. Tak pasal-pasal jadi ajk UBM (Unit Baitul Muslim) hari ini.


“ Ada-ada je anti ni. Ingatkan nak promote untuk diri sendiri tadi.. hehehe.. Oklah, ana minta diri dulu.. Assalamualaikum,” Ustaz Haddi meminta diri.


“ Ambik la diri tu.. hehehe.. Wa’alaikumussalam,” jawab Qaseh sambil menganggukkan kepala.


Hubungan mereka sebagai adik beradik PMKUSM agak rapat dan Qaseh tidak segan untuk berjenaka dengan Ustaz Haddi. Gadis yang tidak pernah kering dengan idea-idea nakal akan bertukar watak apabila berhadapan dengan mana-mana muslimin yang tidak berapa dikenali. Suaranya akan kedengaran serius apabila berurusan dengan gender bernama ‘lelaki’. Tapi yang pasti pimpinan muslimin PMKUSM terkecuali. Bak kata orang kelantan ‘tok masuk book’. Ikatan rapat yang terjalin di antara pimpinan PMKUSM sedikit sebanyak menonjolkan sikap sebenar Qaseh yang suka berjenaka. Yang penting, batas-batas pergaulannya dengan pimpinan muslimin PMKUSM masih terjaga. Itu prinsipnya.


“Kenapa dari tadi, Qaseh tengok Dina macam malu-malu je. Dah jatuh cinta ye” tanya Qaseh sambil mengangkat kening double-jerk.


“Apa lah Qaseh ni. Ke situ pulak dia. Qaseh ingat tak cerita yang Dina tersalah naik kereta tempoh hari? Memang tak syak lagi, Dina tersalah naik kereta Ustaz Haddi rupanya. Huk huk huk”, balas Irdina bernada sedih.


“ Laa.. naik kereta Ustaz Haddi rupanya. Seingat-ingat Qaseh la, Dina cakap muslimin tu biasa-biasa je. Sikit punya hensem ustaz Haddi tu, Dina boleh cakap ‘not my taste’. Ishhh ishh ishh, rabun gamaknya sahabat ana yang seorang ni”, tambah Qaseh dengan ceria.


“ Tengokkk.. Qaseh sendiri yang cakap, hensemnya sedikit”, usul Irdina kembali.


“ Ye la. Hensemnya sedikit, Kacaknya banyakkkkkkk,” Qaseh memutarbelit ayat seraya menjelirkan lidah ke arah Irdina.


“ Apa apa ajeeeeeeeeee”, Irdina menjulingkan mata ke langit. Tak kuasa Irdina nak bertegang urat dengan orang yang punya otak sarkastik macam Qaseh Ramadhani. Asyik buat lawak je. Namun dia bersyukur dapat bersahabat dengan Qaseh yang sentiasa bersamanya dalam suka dan duka.


“Untuk pengetahuan Mbak Irdina, Mas Haddi itu baikk bangat orangnya. Agamanya kok, solatnya kok, peribadinya kok, semuanya udah beresss..hehehe..gaya cakap macam orang indon je”, gurauan Qaseh semakin menjadi.


“Udah selesai promote nya, bik? Jika udah selesai, jom kita pulang yok. Udahhhh nak maghrib nie”, tambah Irdina dengan loghat Indonesianya.


“Boleh menang Oscar award ni”, luah Qaseh sambil mengenyit mata ke arah Irdina. Kedua-duanya ketawa dengan lakonan spontan mereka.