:: BAB SATU::

Helaian demi helaian nota Rekombinan DNA dibelek oleh Qaseh.

“Mana jawapan untuk soalan tutorial ni”, rungutannya bergema di hati.

“Tenangkan hati. Qaseh, ingat Allah. Moga Allah mempermudahkan urusanku ini”, bisiknya seraya membelek kembali helaian nota tersebut.

Dalam kekhusyukan menyiapkan latihan tutorial, terdengar bunyi salam dari luar disusuli bunyi tombol pintu dibuka.

“Fuh..penatnya hari ini”, keluh Diyana, teman sebiliknya.

“Dya dari mana ni?”, tanya Qaseh tanpa berpaling ke arah Diyana. Masih khusyuk berchenta dengan notanya.

“Dya baru pulang dari Tasik Barokah, ada usrah dengan Kak Narisah”, cerita Diyana.

“ Qaseh, Dya ada berita sensasi ni,” DJ Diyana memulakan sesi ‘on air’ nya.

“ Sensasi sangat ke?”, duga Qaseh sambil meneguk kopi Radix yang masih berbaki di dalam mugnya. Nama Kak Narisah seringkali meniti di bibir Diyana namun Qaseh belum berkesempatan untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan tuan empunya diri.

“ Kak Narisah dah nak kahwin la. Walimahnya 2 Jun ni. Nak tahu tak siapa bakal zaujnya?”, tersenyum panjang Diyana mengingatkan peristiwa di Tasik Barokah. Dalam diam naqibahnya dah bertemu mujahid idaman.

“Siapa?”, Qaseh teruja untuk mengetahui siapa lelaki yang telah berjaya menggapai miftah pintu hati kak Narisah.

“Janganlah dengan muslimin yang aku minat,” doa Qaseh dalam diam.(Sempat lagi tu (^_^))

“ Ustaz Munif Furqan, satu batch dengan kita. Alahhh, Mantan Bendahari Agung PMIUSM tu,” cerita Diyana dengan penuh bersemangat sambil menghulurkan kad walimah Kak Narisah.

“ Hahh??” tersentak Qaseh dengan berita yang meruntun lubuk hatinya.

“Dya, Qaseh nak siapkan tutorial ni. Dya pergi lah mandi dulu. Dah berbau seluruh bilik ni,” Qaseh tersenyum hambar menyembunyikan rasa hatinya.

Helaian nota Rekombinan DNA kini dipandang sepi oleh Qaseh. Fikirannya mula menerawang mengingatkan kisah dulu. Kisah 2 tahun dulu. Kisah chenta ana anta.

Assalamualaikum Saudara Munif Furqan,

Alhamdulillah, ana dah terima surat dari anta. Setelah tenang dan yakin dengan petunjuk Allah swt, ana terima lamaran dari anta. Ikatan hati ini belum halal dan ana yakin kita akan menjaga hubungan ini dengan redha Allah swt. Ana harap buat masa sekarang, kita tumpukan kepada pelajaran kita. Ana tidak mahu kita leka dengan ikatan ini. Buat masa sekarang, ana tidak akan berhubung dengan anta. Cukuplah Allah yang melindungi anta. Ana akan setia dengan janji ini dan ana harap nta terus tsabat dalam dakwah Islamiyyah di kampus ini. Ana akan menunggu lamaran sah dari nta setelah kita selesai berjihad ilmu di kampus ini. Moga kasih sayang yang terbina dapat menemukan kita dengan cinta Allah yang hakiki. Hanya Allah, ana dan anta yang mengetahui perjanjian hati ini. Wallahua’alam..Moga sentiasa bersemangat, Mujahid Allah!

Qaseh Ramadhani

Surat bersampul ungu yang menceritakan isi hati Qaseh bertukar tangan seusai mesyuarat bulanan PMIUSM lewat ketika dulu. Moga Ustaz Munif jelas dengan isi hatinya.

Bunyi ringtone “ Sunnah Orang Berjuang” dari telefon bimbitnya mengembalikan fikiran Qaseh ke alam nyata.

“Siapa yang hantar mesej malam-malam buta ni. Dah lah aku tengah sedih ni,” rungut Qaseh seraya membaca SMS yang baru diterimanya.

 
“Assalamualaikum ummu humaiirra’, ana yakin anti telah mengetahui tentang berita perkahwinan ana dengan saudari Narisah..ana memohon kemaafan di atas ketidaksetiaan ana terhadap ikatan janji kita dulu..Mohon dimaapkan kekhilafan ana ini..Moga Allah memberi jodoh yang terbaik untuk anti kelak..”

Munif Furqan

 
“Macam tahu-tahu je aku tengah pegang kad jemputan walimah dia”, rungut Qaseh dalam hati seraya menjuih bibir ke arah kad jemputan berbau wangi itu.

Pesanan ringkas yang diterima menambahkan kesedihan Qaseh. Larakah aku dengan berita perkahwinan ini. Ya Allah, di mana silapku sehingga dia sanggup memungkiri janji yang termeterai. Teringat bait-bait lagu “Cinta terakhir” nyanyian Aiman.

Kau cinta pertamaku

Kau cinta terakhirku

Tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita..

Mungkinkan terputus di tengah jalan

Mungkinkan terlerai tanpa ikatan

Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan

Segala nya ketentuan tuhan..

“Bersangka baiklah wahai hatiku”, pujuk Qaseh agar hatinya tenang dengan ketentuan Allah. Redhakah aku dengan takdir ini. Qaseh meninggalkan sebentar urusan chenta dengan tutorialnya. Ada urusan yang lebih penting. Bertemu pemilik hatinya. Cinta yang hakiki.

Seusai solat hajat, Qaseh menadah tangan memohon ketenangan agar perkhabaran yang diterima sebentar tadi dapat dihadapi dengan hati yang redha. Segala kesedihan dan lara hati diluahkan kepada Al-Malik agar hatinya kembali kuat dan tenang.