:: BAB LAPAN::


Selepas berhempas pulas memerah otak di Dewan Peperiksaan, Qaseh dan Irdina berjalan menuju ke Perhentian Bas. Sudah dua hari mereka mengidam murtabak ayam. Pasar Malam berhampiran dengan Kampus Universiti menjadi pilihan mereka untuk membeli juadah makan malam.


“ Pak Cik, murtabak ayam lima”, pinta Irdina kepada pak cik penjual murtabak.


“ Mak aii.. banyaknya beli murtabak”, Qaseh menyiku Irdina.


“Hehe.. kan kita tengah mengidam nie”, balas Irdina seraya menghadiahkan senyuman manis kepada Qaseh.


“Tahu lah tengah mengidam. Tapi banyak sangat tu. Kita bukannya spesis yang makan tak ingat dunia. Qaseh tahu sangat lah perangai Dina tu. Lepas ni, mesti nak beli nasi tomato lah, jagung bakar lah, roti john la, kerepok lekor la. Tak larat nak habiskan semua,” leter Qaseh panjang lebar .


“ Baik puan. Tak larat nak dengar Qaseh membebel. Pak Cik, murtabak ayam satu ye, yang tadi tu cancel”, pinta Irdina kembali. Pak Cik penjual murtabak hanya mengangguk. Setelah membayar harga murtabak, mereka beralih ke gerai buah mangga.


Dalam asyik memilih buah mangga lemak manis, kedengaran salam dari belakang. Qaseh dan Irdina berpaling serentak ke arah suara tersebut


“ Assalamualaikum ustazah”, sapa seorang lelaki.


“ Waalaikumussalam Ustaz Haddi. Ingatkan siapa lah tadi. Banyaknya memborong”, jawab Qaseh sambil matanya menala ke arah tangan yang penuh menjinjing beg-beg plastik yang terisi makanan. Irdina yang turut berpaling ke arah Ustaz Haddi terus memalingkan wajah ke arah lain. Rona merah di pipinya jelas kelihatan.


“ A’aa. beli untuk housemates jugak.. Datang dengan siapa ni?” tanya Ustaz Haddi kembali


“Datang dengan Cik Irdina. Ustaz, sahabat ana ni solo lagi. Orang puteh oyak ‘ single and valuable”, Qaseh memperkenalkan Irdina kepada Ustaz Haddi . Siap promote lagi tu (^_^). Senyuman nakal terukir di bibir Qaseh. Tak pasal-pasal jadi ajk UBM (Unit Baitul Muslim) hari ini.


“ Ada-ada je anti ni. Ingatkan nak promote untuk diri sendiri tadi.. hehehe.. Oklah, ana minta diri dulu.. Assalamualaikum,” Ustaz Haddi meminta diri.


“ Ambik la diri tu.. hehehe.. Wa’alaikumussalam,” jawab Qaseh sambil menganggukkan kepala.


Hubungan mereka sebagai adik beradik PMKUSM agak rapat dan Qaseh tidak segan untuk berjenaka dengan Ustaz Haddi. Gadis yang tidak pernah kering dengan idea-idea nakal akan bertukar watak apabila berhadapan dengan mana-mana muslimin yang tidak berapa dikenali. Suaranya akan kedengaran serius apabila berurusan dengan gender bernama ‘lelaki’. Tapi yang pasti pimpinan muslimin PMKUSM terkecuali. Bak kata orang kelantan ‘tok masuk book’. Ikatan rapat yang terjalin di antara pimpinan PMKUSM sedikit sebanyak menonjolkan sikap sebenar Qaseh yang suka berjenaka. Yang penting, batas-batas pergaulannya dengan pimpinan muslimin PMKUSM masih terjaga. Itu prinsipnya.


“Kenapa dari tadi, Qaseh tengok Dina macam malu-malu je. Dah jatuh cinta ye” tanya Qaseh sambil mengangkat kening double-jerk.


“Apa lah Qaseh ni. Ke situ pulak dia. Qaseh ingat tak cerita yang Dina tersalah naik kereta tempoh hari? Memang tak syak lagi, Dina tersalah naik kereta Ustaz Haddi rupanya. Huk huk huk”, balas Irdina bernada sedih.


“ Laa.. naik kereta Ustaz Haddi rupanya. Seingat-ingat Qaseh la, Dina cakap muslimin tu biasa-biasa je. Sikit punya hensem ustaz Haddi tu, Dina boleh cakap ‘not my taste’. Ishhh ishh ishh, rabun gamaknya sahabat ana yang seorang ni”, tambah Qaseh dengan ceria.


“ Tengokkk.. Qaseh sendiri yang cakap, hensemnya sedikit”, usul Irdina kembali.


“ Ye la. Hensemnya sedikit, Kacaknya banyakkkkkkk,” Qaseh memutarbelit ayat seraya menjelirkan lidah ke arah Irdina.


“ Apa apa ajeeeeeeeeee”, Irdina menjulingkan mata ke langit. Tak kuasa Irdina nak bertegang urat dengan orang yang punya otak sarkastik macam Qaseh Ramadhani. Asyik buat lawak je. Namun dia bersyukur dapat bersahabat dengan Qaseh yang sentiasa bersamanya dalam suka dan duka.


“Untuk pengetahuan Mbak Irdina, Mas Haddi itu baikk bangat orangnya. Agamanya kok, solatnya kok, peribadinya kok, semuanya udah beresss..hehehe..gaya cakap macam orang indon je”, gurauan Qaseh semakin menjadi.


“Udah selesai promote nya, bik? Jika udah selesai, jom kita pulang yok. Udahhhh nak maghrib nie”, tambah Irdina dengan loghat Indonesianya.


“Boleh menang Oscar award ni”, luah Qaseh sambil mengenyit mata ke arah Irdina. Kedua-duanya ketawa dengan lakonan spontan mereka.

:: BAB TUJUH::

Qaseh meniarap di atas tilam empuk yang bercadar rona ungu tua sambil memeluk Hello Kitty kesayangannya. Jari jemarinya lincah menekan papan kekunci laptop. Sudah menjadi rutinnya apabila menjelang hujung minggu, dia akan berkasih dengan laptopnya. Dia akan mengemaskini blognya dengan meng”upload” artikel dan karya yang berkaitan dengan kekeluargaan dan hal ehwal wanita. Itu fokusnya.

Memiliki blog sendiri memudahkan Qaseh menyebarkan dakwah melalui artikel dan cerpen islamik hasil sentuhan jarinya sendiri. Baginya, blog merupakan salah satu medium yang terbaik untuk mengembangkan sayap dakwah dan sekaligus memartabatkan kembali Islam di muka bumi ini. Amar maa’ruf nahi mungkar.

Sedang ralit menyiapkan artikel untuk dimuatkan di dalam blognya, kedengaran salam dari luar biliknya. Diyana yang baru pulang dari solat subuh berjemaah dari surau terus membaringkan badannya di sebelah Qaseh.

“Dya, tak muat lah. Tidurlah lah kat katil Dya”, ujar Qaseh sambil menolak Diyana agar tidur di atas katilnya sendiri.

Diyana kembali bangkit dari pembaringan. Telekung sembahyang segera disangkut dan bergegas ke bilik air. ‘Sakit perut barangkali’, telah Qaseh dalam hati. Qaseh masih leka mengadap laptopnya. Khusyuk bebenor.

“ Cik kak, dah solat sunat Dhuha belum ni?” tanya Diyana sambil menarik rambut yang diikat tocang kuda milik Qaseh.

“ Anti, ana ABC la”, jawab Qaseh sambil menjelir lidah.

“ Bila start Allah Bagi Cuti?” soal Diyana kembali.

“ Sebelum subuh tadi”, Matanya masih leka menatap laptop.

“ Jom kita jogging sambil menghirup udara segar dan sambil-sambil tu, boleh kita aplikasikan ilmu yang kita dapat masa daurah hari tu”, butir bicara Diyana jelas di pendengaran Qaseh.

“Alhamdulillah, baguih la ustazah kita ni. Jom berdakwah serikandi solehah!!!!!” laung Qaseh penuh bersemangat.

Setelah dua pusingan mengelilingi Tasik Universiti, mereka menuju ke pondok berhampiran untuk berehat seketika sambil merangka simple plan untuk menjalankan misi dakwah mereka. Dalam asyik merangka, mata mereka tertancap pada sepasang kekasih sedang enak bergurau canda. Memang sah bukan laki bini.

“Ehem ehem, bestnya orang tu nikah awal. Boleh berhoneymoon sambil menghirup dosa segar...Siap pegang-pegang lagi tu,” sinis kata-kata yang keluar dari mulut mungil Diyana sambil menjuihkan bibir ke arah pasangan kekasih tersebut. Pasangan tersebut segera beralih tempat tanpa memandang ke arah mereka. Malu diterjah barangkali.

“ Dya, Qaseh lapar lah. Jom makan burger kat kafe,” ajak Qaseh sambil menarik tangan Diyana.

“ Qaseh ni, kata nak diet. Dya tengok dah makin tutttt.... tak nak cakap lebih lebih la, nanti terasa hati pulak,” sengih Diyana sambil mengangkat kening double-jerk.

“ Mana ada. Berat Qaseh makin turun tau. Saja je tu, nak kenakan kita. Apapun, Qaseh nak makan jugak. Tak nak ikut sudah”, Qaseh menjelirkan lidah ke arah Diyana.

“ So, macamana dengan misi dakwah kita?” soal Diyana.

“Nanti kita sambung lepas makan yer. Lagipun tadi kan kita dah mencegah perkara mungkar. Pedas sungguh kata-kata Dya tadi”, sengih Qaseh sambil berjalan ke arah kafetaria. Diyana berlari anak menyaingi derap langkah Qaseh.



Sambil menikmati makanan yang dibeli, mereka sempat berkongsi ilmu.

“ Dya, tahu tak siapa wanita solehah yang akan masuk syurga sebelum Saidatina Fatimah a.s ?” Qaseh memulakan perbualan.

“Seingat-ingat Dya, nama serikandi yang Qaseh maksudkan ialah Muta’ah kan?kan? Dya pernah baca kisah hidupnya. Subhanallah, Dya sangat-sangat kagum ”, jawab Diyana.

“ A’aa. Betul la tu.. Beruntungkan suami yang memperoleh isteri yang sentiasa taat kepadanya. Sekarang ni, ada lagi tak wanita yang mempunyai peribadi seperti Muta’ah?” kata-kata yang terbit dari mulut Qaseh menggambarkan kekagumannya terhadap kisah serikandi solehah, Muta’ah.

“ Adaaaaaaaaaaaa..kita lah” jawab Diyana sambil mengenyitkan mata.

“ Aikkk...ustaz mana la yang terkahwin dengan Dya nie???” giat Qaseh seraya menjulingkan mata ke langit.

“Opppss..Dya tersilap tadi. Bukan ‘kita’ tapi Dya seorang je sebab orang tu kan berstatus janda anak lima, tak berkesempatan nak melayan suami sebagaimana yang dilakukan oleh Muta’ah kan?kan?” gurauan Diyana menerbitkan rasa geli hati Qaseh. Kedua-duanya tergelak dengan lawak spontan Diyana.

Sedang enak menikmati makanan, sesekali mata Qaseh melilau melihat karenah pengunjung Kafe yang semakin ramai. Mencari ilham untuk penulisannya. Matanya leka memerhati seorang wanita yang berjalan termengah-mengah mencari meja kosong. Perut yang semakin memboyot terlindung dek jubah longgar yang dipakainya.

“ Mesti kena buatan orang tu”, Qaseh mengelamun memikirkan sebab musabab yang berlaku ke atas perut wanita tersebut. Wanita itu semakin menghampiri meja kami.

“ Assalamu’alaikum Diyana”, sapa wanita tersebut seraya memegang lembut bahu S Diyana.

“Wa’alaikumussalam, akak rupanya. Akak datang dengan siapa ni? Baby sihat?” soal Diyana sambil mengusap perut wanita tersebut.

‘Memang sah, kena buatan suami sendiri’, Qaseh kembali mengelamun. Senyuman nakal terbit di wajah polosnya. Mindanya seringkali memikirkan idea-idea nakal yang acapkali mencetuskan rasa geli hatinya sendiri. ‘Tak habis-habis, kerja nak mengena orang je’ rungutnya penuh kekesalan. Tapi biasanya, rasa kekesalan hanya sebentar dan akan kembali dengan perangai nakalnya. Sikapnya yang ceria dan suka tersenyum itu menjadikan dia seorang yang digemari oleh sahabat-sahabatnya. ‘Tak stress berkawan dengan Qaseh nie, asyik buat lawak je’, itulah komentar yang biasa diucapkan oleh sahabat-sahabat tentang dirinya.

“Datang dengan ustaz”, jawab wanita tersebut sambil menuding jari ke arah seorang lelaki. Qaseh tersedar dari lamunannya. Qaseh turut memandang ke arah suami wanita tersebut. Imej lelaki itu semakin jelas di bebola retinanya.

“ Gurlppp..” Qaseh menelan air liur. Matanya mengerling ke arah lelaki tersebut.

‘Kiranya ni la Kak Narisah, zaujah si pengkhianat cinta’, bisiknya berbaur cemburu. First time dia melihat wajah manis Kak Narisah dari jarak dekat. Sebelum ini, dia hanya mendengar nama dan seingatnya pernah sekali dia melihat wajah Kak Narisah, itu pun di dalam foto milik Diyana. Dalam kekalutan melayan perasaan, terasa bebola matanya mula berair.

“ Dya, Qaseh nak pergi toilet . Dya tunggu sekejap ye”, ujar Qaseh tergesa-gesa.

“ Akak, saya pergi toilet dulu ye. Nice to meet u..”, Qaseh tersenyum seraya bersalaman dengan Kak Narisah. Hati yang masih terluka terselindung kembali disebalik seukir senyuman yang penuh kepalsuan. Senyuman plastik. Dia akan sedaya upaya mengelak dari terserempak dengan Ustaz Munif Furqan. Itu tekadnya. Hatinya kembali terluka dengan pertemuan yang tidak dirancang.

Diyana menghabiskan saki baki makanan yang ada. Hampir 15 minit menunggu, namun kelibat Qaseh masih tidak kelihatan.

‘ ishhh..mana Qaseh ni. Tak kan pergi makan angin pulak kat dalam tandas tu,’ Derap langkah Diyana menuju ke tandas yang berdekatan. Qaseh yang baru keluar dari tandas segera disapa oleh Diyana. Namun, mata Diyana tertumpu ke arah retina mata Qaseh.

“ Qaseh baru lepas menangis kan?kan?” soal Diyana penuh tanda tanya.

“ Mana ada.. Jom balik”, balas Qaseh pendek.

“ Jangan nak tipu Dya la. I know what happen to your eyes”, jawab Diyana. Diyana segera menarik tangan Qaseh agar berjalan seiringan dengannya. Hala tuju mereka mengarah kembali ke Tasik Universiti.

Mereka bersimpuh di hamparan rumput yang menghijau sambil menikmati keindahan Tasik Universiti. Kelihatan beberapa ekor rama-rama kuning terbang mendekati pokok bunga mawar putih. Setelah agak lama berdiam diri, Diyana memulakan bicara.

“ Dya dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku antara Qaseh dengan Ustaz Munif Furqan. Dan Dya harap Qaseh dapat luahkan derita yang terpendam di lubuk hati Qaseh. Tak salah untuk kita kongsikan masalah kita kepada sahabat yang boleh kita percayai agar dengan luahan itu, dapat menenangkan kembali hati kita. Setiap orang akan diduga dengan variasi masalah dan cabaran. Allah swt nak uji kejauhmana keimanan kita kepadaNya. Sudah cukup sabarkah kita dengan ujian yang menimpa? Sudah cukup tabahkah kita dengan masalah yang membelenggu diri? Selama kita bersahabat, Dya yakin Qaseh cukup sabar dan tabah orangnya. Berilah ruang kepada Dya untuk sama-sama merasai keperitan yang Qaseh alami”, nasihat Diyana penuh berhikmah.

“Terima kasih Dya kerana menjadi sahabat Qaseh selama ini. Lemahnya hati Qaseh dengan ujian ini. Tewas dengan perasaan sendiri”, tuturnya lemah. Qaseh menceritakan kisah cinta yang terbuku di lubuk hatinya. Tentang Munif Irfan. Tentang perasaan dia. Tentang perjanjian hati. Segala-galanya.

“ Tak cukup cantikkah Qaseh nie?”, terlontar sebaris ayat dari bibir pucat Qaseh.

“ Banyakkan bersabar Qaseh. Suka untuk Dya kongsikan sebaris ayat cinta dari Allah swt dalam Surah Al-Baqarah agar kita tenang dan gembira dengan janji Allah swt. Bismillahirrahmanirrahim, Allah swt telah berfirman ‘ Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuat, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah swt mengetahui sedang kamu tidak mengetahui’. Begitulah janji Allah swt. InsyaAllah, lambat laun Qaseh akan rasai hikmah di sebalik ujian ini. Allah swt dah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita. Dalam melayari bahtera perkahwinan, yang penting adalah ikatan hati antara suami dan isteri”, tutur Diyana penuh kelembutan.

“Qaseh kena ingat, kecantikan lahiriah adalah anugerah dari Ilahi. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan Allah swt. Setiap wanita ada kecantikan dan tarikan yang tersendiri”, tambah Diyana kembali

“Dya teringat satu kisah yang agak menarik untuk kita hayati. Kisah bermula apabila seorang wanita solehah yang sangat jelita dan penuh dengan sifat keibuan telah berkahwin dengan seorang lelaki soleh yang kurang hensem, pendek kata tidak sedap mata memandanglah.. Satu hari si ayah bertanya kepada anak perempuannya berkenaan dengan suami yang baru dinikahi itu. Qaseh tahu tak apa jawapan wanita tersebut,” tanya Diyana kepada Qaseh.

“ Entah”, respon Qaseh.

“ Jawapannya begini ‘ saya memilih lelaki itu sebagai suami saya agar dia senantiasa bersyukur kepada Allah swt kerana dianugerahi isteri yang cantik menawan dan saya pula dapat melatih diri agar sentiasa redha dengan pilihan Allah swt untuk saya’. Kesian kat hubby dia kan?kan? (^_^)”, senyuman nakal menghiasi wajah Diyana.


Qaseh yang masih bersedih tidak dapat menahan ketawanya. Moodnya kembali ceria.

“ Dya cakap macam orang yang dah kahwin je. Penuh dengan sifat keibuan pulak tu. Beruntung suami Dya kelak. Hati Qaseh dah semakin tenang. Thank you veli veli much”, ucap Qaseh sambil mengenggam erat tangan sahabatnya.

:: BAB ENAM::


Kelihatan seorang gadis bertudung labuh rona ungu gelap sedang khusyuk menelaah. Tumpuan diberi sepenuhnya kepada buku Genetik Asas setebal tiga inci itu. Namun khusyuknya tidak lama apabila terdengar sergahan dari seseorang di belakang.

“Qaseh!!!!!”, suara yang sedikit terjerit mengganggu konsentrasi orang sekeliling.

“ Syhhhhhh!!! Dina, senyap sikit..terperanjat Qaseh”, bisik Qaseh kepada sahabatnya, Irdina seraya meletakkan jari telunjuk di bibir , meniru gaya di dalam poster “ Tolong Senyap” yang seringkali dilihatnya apabila berkunjung ke perpustakaan.

Suasana di dalam Perpustakaan Perdana kembali sunyi. Irdina yang merupakan coursemate merangkap sahabat baiknya mengambil tempat di kerusi empuk bersebelahan tempat duduk Qaseh.

“ Qasehhhhhhhhhhhhh..Dina malu sangat tadi”, Irdina memulakan ceritanya.

“ Kenapa ni Dina? Dina malu dengan siapa? Cuba cerita sikit kat Kaunselor tak bertauliah nie,” usul Qaseh penuh tanda tanya.

“Lepas kuliah tadi, Dina dah janji dengan Ain nak datang library sama-sama. Tapi Ain masih ada kuliah. So, Dina tunggulah Ain kat Bus Stop. Hujan lebat sangat masa tunggu Ain tadi.. Dah setengah jam Dina tunggu tau...Dalam kesamaran, Dina nampak kereta Ain berhenti berhampiran Bus Stop.. So, tak semena-mena Dina terus berlari ke arah kereta tu. Tanpa berfikir panjang, Dina terus buka pintu kereta dan duduk di sebelah pemandu”, Irdina ralit bercerita.

“ Then, apa jadi? Tang mane yang malunya?? Biase je ceritera Dina tu”, sempat lagi Qaseh mengusik Dina.

“Eiii..memang nak kena makan selipar budak sorang nie..Dina tak habis cerita lagi la”, getus bibir Irdina tanda marah.

“Gurau je la..hehehe..ok ok..teruskan bercerita”, Qaseh kembali fokus mendengar cerita dari Irdina.

“Lepas dah duduk tu, Dina bagi jugak la sedikit ceramah tajuk “ Menepati masa ” kat Ain tanpa lihat muka Ain. Ye la masa tu Dina tengah busy betulkan lipat tudung sambil menilik kat cermin sisi. Lama jugak la Dina tunggu, kereta masih tak gerak. Then, bila Dina berpaling ke arah Ain, terlongo Dina tengok Ain..Ain dah tak pakai tudung tapi berkopiah putih..Siap berjanggut lagi tu..huk huk huk..tersalah naik kereta rupanya..Dengan muka ala-ala tikus mondok yang manis menawan ni, Dina mintak juga lah muslimin tu hantarkan Dina ke library..Konon-konon nak cover malu..Harap-harap tak jumpa dah muslimin tu”, Dina mengakhiri ceritanya.

“Wahh..bestnya.. Cinta berputik di dalam kereta la nampak gayanya ”, giat Qaseh dengan penuh keriangan.

“Dah mula dah sakit gatal dia tu..Tiada makna nya nak jatuh cinta ngn muslimin tu.. Muslimin tu biasa-biasa je. Not my taste ok..”, Irdina menjulingkan mata ke langit.

“ Elehhhhhhhhh... yeeeeee laaaaaaaaaaa tuuuuuuuuuu..ok, wait and see”, senyuman di bibir Qaseh semakin melebar.

“ Woiii Dina!!!!” kedengaran suara memanggil nama Irdina.

Orang di sekeliling kembali memandang ke arah kami. Ada yang mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak menyukai situasi yang berlaku. Dengan wajah yang keruh, Norain merapati kami.

“ Hang pegi mana Dina, koi tunggu hang berjam-jam kat sebelah Bus Stop tu.. tapi batang hidung hang pun koi tak nampak. Dah lah koi call pun, hang tak jawab”, bertubi-tubi ayat berbaur tidak puas hati keluar dari bibir Norain. Loghat Kedah campur dialek Pahang sudah sebati dengan Norain walaupun dia bukan anak jati Kedah. Terpengaruh dengan kawan-kawan sekeliling la tu gamaknya.

“ Relax la Ain..aye pun tunggu Ain juga tadi. Tapi Ain tak mai jugak, so aye naik la kereta orang lain”, jelas Irdina bersungguh-sungguh sambil mengerling ke arah Qaseh menunjukkan isyarat agar merahsiakan kisah yang memalukan tadi.

“ Lain kali koi tak nak dah tumpangkan hang.. Koi tengah angin ni”, tambah Norain dengan bibir menjuih.

“ You all berdua, i nak study nie.. If you all berdua nak bergaduh, bolehlah beralih tempat duduk yer.. Tak kuasa i tau”, Gaya ala-ala maknyah yang dilakonkan oleh Qaseh mencetuskan gelak besar Irdina dan Norain.

“ Hahhh..ketawa pun.. Tak usah la bertegang urat kat sini.. Seingat-ingat Qaseh, ada la dua orang gadis tu dah berikrar nak jadi muslimah solehah idaman mujahid Allah, tapi kalau macam nie la gayanya, tak dapat den nak nolong eihhh”, tambah Qaseh sambil mengangkat kening double-jerk.

“ Aye mintak maap Ain. Jom kita pergi Kafe Harmoni, aye belanja you all berdua kali ni. Nanti aye cerita kenapa aye tak tunggu Ain”, pujuk Irdina.

“ Qaseh pun dah lapar nie..Jom Ain”, tambah Qaseh sambil memasukkan alat tulis yang bertaburan di atas meja ke dalam uncang besar berbentuk jagung itu.

Mereka bertiga berjalan beriringan keluar dari Perpustakaan Perdana menuju ke Kafetaria.

_ _ Persahabatan yang terjalin kerana Allah swt akan melenyapkan sedikit demi sedikit sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati dan menjadikan sifat mahmudah sebati dalam diri.. Berkasih sayanglah kerana Allah swt kerana kita akan merasai kemanisan ukhwah itu_ _

**************************************************

“Assalamualaikum ummi.. Ummi apa khabar?”, Qaseh memulakan bicara. Seingatnya sudah tiga hari dia tidak menelefon keluarganya.

“Waalaikumussalam anak ummi..Alhamdulillah sihat.. Kakak apa khabar?”, kedengaran suara ummi di corong telefon bimbitnya.

“Alhamdulillah, kakak sihat. Ummi, babah dan adik-adik sihat tak? Kakak rinduuuu kat ummi, babah dan adik-adik”, suara Qaseh yang kedengaran manja mencetuskan tawa umminya.

“Dah mula dah aksi manja anak ummi ni. Alhamdulillah, semua sihat cuma Arina selesema sikit”, tambah Puan Rhaudah.

“ Ummi, esok kakak ade test.. Nanti ummi doakan untuk kakak ye”, ucap Qaseh.

“ Ummi sentiasa doakan untuk kebaikan anak-anak ummi dunia dan akhirat . Ummi yakin kakak dapat jawab test esok..Yang penting, lepas dah study sungguh-sungguh, bertawakallah kepada Allah swt. Kakak, duit belanja dah cukup belum?” tanya Puan Rhaudah.

“ InsyaAllah ummi.. Alhamdulillah duit belanja ada lagi, tapi tak banyaklah.. Cukup-cukup makan je”, jelas Qaseh meraih simpati.

“Okla, nanti esok babah masukkan duit untuk kakak. Kakak, jaga diri elok-elok tau. Kakak kena ingat, peribadi kakak adalah cermin kepada peribadi babah dan ummi. Dan ummi percaya dan yakin yang anak ummi ni pandai jaga diri”, nasihat Puan Raudhah panjang lebar.

“InsyaAllah ummi, kakak akan jaga diri. Kirim salam kat babah dan adik-adik. Assalamualaikum ummi”, bicara Qaseh mengakhiri perbualan.

“ InsyaAllah. Waalaikumussalam anak ummi”, balas Puan Rhaudah menutup bicara.

:: BAB LIMA::


Konsentrasi Qaseh terganggu dek ringtone “Sunnah Orang Berjuang” dari telefon bimbit yang berkumandang di ruang atmosfera bilik sewanya. Tangannya segera mencapai telefon bimbit yang terletak di meja lampunya.

“ Assalamu’alaikum, awak apa khabar? saya alhamdulillah sihat.. saya nak berkenalan dengan awak, boleh tak? Saya tahu awak masih belum berpunya”

Mesej ringkas yang diterima dipadam serta merta. Seingat Qaseh sudah seminggu mesej yang sama dikirim oleh pengirim yang sama. Fikirannya sudah penat untuk memikirkan hal yang remeh temeh.

“Siapalah yang terlebih gula ni. Tiba-tiba menghulurkan salam perkenalan. I need to do something”, rungutnya dalam hati. Qaseh segera membalas mesej yang diterima tadi.

“Wa’alaikumussalam.. saya ni janda anak lima. Saya yakin kita tidak sesuai untuk berkenalan.. Saya minta awak jangan ganggu saya lagi.”

Mungkin dengan jawapan yang diberi dapat mencantas niat pengirim itu untuk berkenalan. Tergelak Qaseh dengan kata-kata yang dihantar kepada pengirim misteri tadi.

“Tak pasal-pasal jadi janda anak lima”, geli hatinya dengan pembohongan sunat yang dilakukannya sebentar tadi.

Ringtone “Sunnah Orang Berjuang” dari telefon bimbit kembali berkumandang. Mesej diterima dari pengirim misteri.

“ Alhamdulillah, saya pun duda anak lapan dan kita sesuai untuk berkenalan” (baca dengan nada gembira)

“ Eii.. tak puas hatinya. Malas nak layan”, Qaseh menjuihkan bibir tanda tidak puas hati. Qaseh kembali menelaah buku. Dalam leka dengan pembacaannya, terdengar ketawa dari mulut Diyana, teman sebiliknya

“Dya, kenapa ketawa tak ajak orang ni?? Tak elok ketawa sorang-sorang.. Orang tua cakap buang tabiat”, usul Qaseh dengan nada gurauan.

Diyana yang sedang berbaring di tilam empuknya masih ketawa.

“ Qaseh, cuba tengok mesej ni,” Diyana menghulurkan telefon bimbit kepada Qaseh.

“Dyaa!!!!!!!!!! Eiii.. memang nak kena gigit nie,” tempelak Qaseh dengan tindakan Diyana yang mempermainkan perasaannya.

“ Dya gurau je.. Dya tengok semenjak dua menjak ni Qaseh nampak tertekan je.. That’s why la Dya hantar mesej perkenalan tue, nak tengok apa reaksi Qaseh..hehehe..tak pasal-pasal jadi janda anak lima kan?kan?”, usul Diyana dengan nada ceria.

“ Dya ni memang nak kena smackdown ni.. Qaseh tengah geram ni”, Qaseh segera membaringkan badan di atas katil bujangnya. Badannya mengiring ke arah dinding tanda merajuk.

“ Qaseh, Dya gurauuuuuuuuuu je la...Oklah, nanti Dya belanja Domino esok, nak tak??” pujuk Diyana.

“ Ok.. ye ye , dya dah janji nak belanja esok..Qaseh tak marah pun, saje je tadi,” bicara Qaseh dengan penuh keriangan.

“ Eiii..macam budak-budak la Qaseh nie” , balas Diyana tanda tidak puas hati

“Tak kisah la Dya nak cakap orang ni macam budak-budak Rebina ke, wanita solehah ke, nenek tua yang cun melecun ke, asalkan orang tu nak belanja kita makan”, nada Qaseh berbaur ceria.

“ Dya, lain kali jangan hantar mesej macam tu.. Qaseh tengah frust nie”, luah Qaseh berterus terang.

“ Qaseh frust dengan siapa? Tak bagi tahu Dya pun”, usul Diyana penuh tanda tanya.

“ Biarlah kisah itu berlalu pergi dan menjadi lakaran indah dalam kanvas hidupku,” ayat puitis dilontarkan dari mulut Qaseh menceritakan perihal rasa hatinya.

“Jika itu yang terbaik untuk Qaseh, Dya tidak akan paksa Qaseh untuk cerita kisah itu kepada Dya.. Tapi Dya nak Qaseh kembali ceria macam dulu-dulu..budak yang suka buat lawak antarabangsa..tak nak sedih-sedih lagi ye ”, ujar Diyana menutup bicara sambil mengukir senyuman.

:: BAB EMPAT::

“Assalamualaikum adik-adik semua..Bismillahirrahmanirrahim..Kita mulakan usrah kita dengan ummul kitab, Al-Fatihah”, Qaseh memulakan majlis ilmu dengan puji-pujian kepada Allah swt semoga pertemuan kali ini diberkati Allah swt.

“ Ainun, Qis, Zie, Nurul, Aniss dan Niza, apa khabar hari ni?” Qaseh bertanya khabar sebelum memulakan perkongsian rohani dengan anak usrahnya.

“ Oklah, hari ni kita akan curahkan seberapa banyak pendapat dan luahan untuk dikongsi bersama. Dan akak harap ilmu yang kita dapat pada perkongsian ini dapat dipraktikkan di dalam kehidupan harian kita.. Hari ni, kita akan cuba terokai ciri-ciri pakaian muslimah mengikut syarak..Semakin tutup, semakin cantik..tak gitu adik-adik akak yang cun melecun nie”, usik Qaseh.

“ Betul tu akak..makin tutup makin cantikkkkkkkk”, tokok Balqis, menghidupkan suasana ceria pada pertemuan kali ini.

“ Okey, siapa nak kongsi ilmu tentang tajuk hari nie?”, mata Qaseh terarah kepada adik-adik usrahnya. Hanya Aniss yang belum terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya.

“ Bismillahirrahmanirrahim.. Terima kasih diucapkan kepada kekandaku, Ukhti Qaseh Ramadhani dan adinda-adindaku sekalian. Berkenaan dengan tajuk kita hari ini, ana ingin melontarkan sedikit pandangan berkenaan dengan ciri-ciri pakaian muslimah.. Apa yang boleh ana perkatakan ialah ciri-ciri pakaian muslimah ialah pakaian mestilah menutup aurat dan tidak terlalu tipis sehingga menampakkan bentuk tubuh. Ana teringat satu hadis di mana Rasulullah saw bersabda “ Pada akhir ummatku nanti akan datang wanita-wanita yang berpakaian namun hakikatnya telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol (pundak unta). Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.” Apa yang boleh ana simpulkan berkenaan dengan hadis ini ialah kaum wanita yang mengenakan pakaian tipis, yang dapat menggambarkan bentuk tubuh badannya, mereka tetap berpakaian akan tetapi hakikatnya telanjang..Wallahua’lam..Betul tak akak?” Nazira melontarkan bicaranya dengan penuh berhikmah disusuli senyuman yang terpamer di wajah cerianya. Pidatonya sering kali menggamatkan suasana dan mencetuskan gelak tawa di kalangan usrahmatesnya.

“ Wah..berpidato pulak ukhti Nazira hari ini..hehehe..alhamdulillah, betul la tu..antara ciri-ciri pakaian yang dijelaskan oleh Azie ialah kita mestilah memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak terlalu tipis..sekarang, akak nak adik-adik buka tafsir Al-Quran dan cuba hayati ayat 30 dan 31 dari Surah An-Nur,” bicara Qaseh.

“ Okey, akak yakin adik-adik semua dah ada sedikit sebanyak gambaran berkenaan dengan ayat 30 dan 31 Surah An-Nur. Apa yang kita boleh simpulkan ialah terdapat perintah-perintah Allah swt yang wajib kita taati. Pertama, kita mestilah menjaga pandangan. Menundukkan pandangan dalam konteks ini bermakna memalingkan pandangan dari sesuatu yang haram. Yang kedua, kita mestilah menjaga kemaluan yakni menahan diri dari segala perkara yang haram yang bertujuan untuk memuaskan keinginan nafsu seksual seseorang. Yang terakhir ialah menyembunyikan perhiasan dan menjaga suara agar tidak menimbulkan fitnah bagi kedua-dua belah pihak samada lelaki mahupun wanita,” hurai Qaseh.

“ owh..kiranya pakaian yang perlu kita pakai mestilah longgar dan tidak terlalu ketat. Dan yang penting harus menutupi bahagian tubuh yang berupaya meransang nafsu lelaki yang melihat kan?kan?” tambah Balqis.

“ A’aa, betul la tu. Kita juga sebagai wanita muslimah tidak boleh sesekali memakai pakaian yang menyerupai pakaian lelaki dan pakaian wanita kafir,” bicara Qaseh menambahkan pemahaman adik-adik usrahnya.

“ Akak nak kita cuba muhasabah diri dan cermin diri kita.. Adakah pakaian kita betul-betul memenuhi ciri-ciri pakaian muslimah atau masih ada kelompongan yang perlu kita tutup.. Mulai dari sekarang, kita cuba praktikkan apa yang telah kita bincangkan petang ini dan bolehlah kongsi ilmu ini dengan kawan-kawan disekeliling adik-adik.. Kita perlu ingat, perhiasan yang kita ada hanya untuk orang yang berhak sahaja..Kita kan perhiasan dunia, tak ternilai harganya kan?kan?”, simpul Qaseh disusuli sebaris senyuman ikhlas terpamer di wajahnya.

“Betul..Betul..Betul..” tambah Ainun disusuli anggukan kecil. Anggukan spontan persis upin di dalam cerita “Upin & Ipin” mencetuskan tawa di kalangan usrahmatesnya.

“ Alhamdulillah, moga pertemuan kita kali ini diberkati oleh Allah swt. Kita tangguh perjumpaan kita dengan surah Al-Asr dan tasbih kafarah”, bicara Qaseh menutup pertemuan kali ini.
 

:: BAB TIGA::

Sudah tiga hari lakaran wajah persis Ustaz Munif Furqan menemani tidur Qaseh.. Apakah makna di sebalik mimpinya itu..Adakah solat sunat istikharahnya telah terjawab dengan mimpi yang dialami lewat tiga hari lepas..

“ Takkanlah aku akan jadi isteri kedua ustaz Munif Furqan???Tak mungkin!!!Aku tak nak berkongsi kasih dengan Kak Narisah..Tapi aku kena yakin dengan pilihan Allah swt.. Hatiku tidak akan tenang kalau aku terima Furqan”, pelbagai telahan terbit dalam fikirannya.. Fikirannya bercelaru memikirkan hal ini.

*****************************************************************


Setelah sebulan, Qaseh yakin dengan keputusannya. Nombor telefon Kak Salsabila didail dan dia menunggu dengan sabar.

“ Assalamualaikum akak, ” Qaseh memulakan bicara.

“ Waalaikumussalam dik,” ceria suara yang dilontarkan dari mulut Kak Salsabila

“ Akak, Qaseh dah ada keputusan untuk pertanyaan akak hari tu. Firstly, Qaseh memohon maap jika keputusan ini mengecewakan akak. Akak, Qaseh akui ustaz Haddi adalah muslimin yang baik akhlaknya dan Qaseh senang bersahabat dengannya. Tapi buat masa sekarang, Qaseh lebih mementingkan pelajaran dan dakwah. Hati Qaseh belum bersedia untuk menerima mana-mana muslimin. Qaseh bukan menolak lamaran ini cuma buat masa sekarang, Qaseh tak nak terikat dengan mana-mana muslimin.. Qaseh yakin dengan pilihan Allah swt.. Jika ustaz Haddi yang akan menjadi pendamping Qaseh kelak, Qaseh akan terima dengan penuh kesyukuran,” panjang lebar Qaseh menjelaskan suara hatinya.

“Alhamdulillah..akak sokong keputusan Qaseh.. Nanti akak akan khabarkan keputusan ini kepada ustaz Furqan,” tenang jawapan yang dilontarkan oleh Kak Salsabila

“ Akak, nanti sampaikan salam maap kepada ustaz Furqan dan Qaseh mohon agar ukhwah persahabatan yang terbina antara kami selama ini sentiasa mekar dan tidak terputus dek perkara ini.. Qaseh sayang adik beradik PMK..Oklah akak, Qaseh nak keluar jap..Lepas nie, ada usrah dengan kak Teja..Assalamualaikum akak, moga sentiasa dilindungi Allah swt,” Qaseh menyambung bicara.

“ Akak pun sayang semua..Wa’alaikumussalam,” Kak Salsabila menamatkan perbualan.

Rasa tenang kembali menguasai hati setelah isi hatinya diceritakan kepada Kak Salsabila..

“Alhamdulillah, syukur Ya Allah..Aku yakin dengan pilihanMu”, doa Qaseh tanda kesyukuran.
 

:: BAB DUA::

Sudah seminggu Ustaz Munif diijabkabul dengan Kak Narisah. Sedikit sebanyak perkhabaran berkaitan Ustaz Munif mengganggu konsentrasi Qaseh namun dia yakin dengan hikmah di sebalik kisah sedih yang berlaku. Qaseh masih meneruskan pengajian dengan penuh bersemangat namun sesekali hatinya lemah dengan apa yang berlaku. Namun kegagalan dalam percintaan tidak mematahkan semangatnya untuk terus menggapai segulung ijazah. Kini fokusnya hanya dakwah dan pengajian. Itu tekadnya. Kerja-kerja islam yang tidak pernah habis dan memerlukan komitmen yang tidak berbelah bagi senantiasa menghiasi kanvas kehidupannya. Di usia inilah, tenaganya dikerah semaksima untuk kerja-kerja dakwah di kampus. Di kelilingi sahabat-sahabat yang sefikrah memudahkan gerak kerja Islam di kampus.

Tercipta satu prinsip baru agar sentiasa menjadi serikandi solehah pilihan Allah swt. Frasa “No Luve Until Akad” tergiang-giang di telinganya. Segala kesedihan diusir pergi.

“Sekarang ini masa untuk aku penuhi hati ini dengan bekalan dan persiapan untuk menjadi isteri solehah. Sesiapa pun jodohku, aku akan terima dengan hati yang tenang”, ikrarnya bergema di kalbu.

“Yang penting jadi solehah dulu, baru dapat yang soleh..Siapalah jodoh aku nanti,” hatinya riang dengan impian yang tercipta.

**************************************************
Jawatannya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Negeri Kelantan USM menuntut pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Masanya sentiasa dimanfaatkan sebaik mungkin.

Sedang leka menyiapkan laporan mesyuarat, Qaseh disapa oleh Kak Salsabila yang juga merupakan salah seorang pimpinan muslimat Persatuan Mahasiswa Negeri Kelantan USM.

“ Qaseh, akak nak nganggu sekejap ni ”, Kak Salsabila memulakan bicara.

“ Nganggu sekejap je tau, Qaseh nak kena siapkan laporan ni. Nanti YDP kesayangan akak tu bising pulak kalau Qaseh tak sempat siapkan laporan ni ,” gurau Qaseh dengan nada manjanya. Jari jemarinya masih leka menari di papan kekunci laptopnya.

“ Alahh. Tak usah takut dengan ustaz kenit tu. Dia tak berani nak marah Qaseh. Akak kan ada”, tambah kak Salsabila sambil mengenyit mata.

“Elehhh. Kenit kenit dia pun, ramai yang minat tau. Entah-entah akak pun puja dia dalam senyap kan? kan??” gurau Qaseh sambil mengangkat kening double-jerk.

“ Ada-ada aje lah Qaseh ni”, nadanya berbaur rajuk.

“Alahh. Qaseh gurau je tadi. Tadi, akak cakap nak nganggu Qaseh. Tapi akak tak mula lagi sesi ganggu-menganggu ni. Ok, dah boleh start sesi menganggu. Hehe”, gurauan Qaseh semakin galak. Matanya mengarah ke wajah Kak Salsabila.

“ Eiii. cubit karang”, satu cubitan hinggap di paha Qaseh.

“Mak aii. Sakitnya akak. Rasa macam kena cium dengan ketam je”, Qaseh mengenyit mata sambil mengusap paha yang sakit kesan cubitan.

“Oklah..gurau je tadi..Akak nak tanya apa ye?”, tanye Qaseh.

“Qaseh dah terikat dengan mana-mana muslimin ke?” Kak Salsabila memulakan sesi merisik.

“ Muslimin kat USM ni tak sempat nak beli tali rafia lah kak. So, sekarang ni Qaseh tak diikat oleh sesiapa pun lagi”, gurau Qaseh.

“ Eii..budak nie..memang nak kena cubit lagi sekali ni. Kita tengah serius ni, dia boleh buat hikayat pulak,” bebel Kak Salsabila.

“ Hehe..ok ok..Qaseh tak main-main dah (^_^)..Qaseh belum terikat lagi kak.. Belum bersedia lagi..Perangai pun macam budak darjah satu lagi ni.. Enggak pantas untuk berchenta, kak”, terkeluar jugak dialog Indonesia dari bibir Qaseh.. Pengaruh hebat dari senatron “Alisa”..(^_^)

“Qaseh, akak nak sampaikan amanah dari seseorang ni. Kalau Qaseh belum berpunya, dia berhajat nak jadikan Qaseh sebagai zaujahnya”, tersusun kata-kata yang keluar dari mulut mungil Kak Salsabila.

“ ‘Dia’ tu siapa kak? Qaseh kenal ke?”, tanya Qaseh penuh debaran.

“ Muslimin tu salah seorang dari pimpinan PMK juga dan Qaseh dah kenal hati budinya”, terang Kak Salsabila.

“ Tak kan Ustaz Edzwan, Si kenit yang tak cukup kilogram tue..ishhh ishhh..tak kan pulak Ustaz Amran, mursyidul am PHD (perut hadap depan) tu”, teka Qaseh tanpa sedar. Kata-kata yang keluar dari mulut Qaseh mencetuskan rasa geli hati Kak Salsabila.

“ ishh, tak baik Qaseh cakap macam tu,” tegur Kak Salsabila.

“Hehe..gurau je kak.. Saja nak balas dendam dengan ustaz-ustaz tue.. selalu mereka gelarkan Qaseh dengan panggilan “chubby” . Padahal Qaseh bukannya chubby sangat pun..Boleh jadi model lagi ni.. Tak puas hati betullah dengan mereka tu”, rungut Qaseh tanda tidak puas hati.

“ Alah, mereka saja je nak bergurau dengan Qaseh tu,” pujuk Kak Salsabila

“ Akak, siapa muslimin tu kak..Janganlah ustaz kenit atau ustaz boroi tu,” Qaseh menyambung bicara.

“ Ustaz Haddi, Bendahari PMK tu,” jelas Kak Salsabila

“Ooo... Haddi rupanya..that’s why la semenjak dua menjak nie, dia macam malu-malu je mase bertembung dengan Qaseh.. Akak, Qaseh tak boleh terimalah.. Qaseh dah anggap pimpinan muslimin macam adik beradik..Kita semua kan adik beradik.. Nanti susah nak bekerja dalam persatuan kalau dah ada perasaan yang gitu-gitu tu”, tegas Qaseh menyuarakan pendapat.

“ Qaseh tak boleh tolak lamaran macam tu je.. Kesian Ustaz Haddi tu menaruh harapan..Dia ikhlas dik..Mungkin ini jodoh yang dah Allah tentukan untuk Qaseh.. Nasihat akak, buat solat hajat dan solat istikharah, mohon petunjuk dari Allah.. Tapi sebelum tu, buat solat sunat taubat dulu mohon dibersihkan hati dari sebarang noda hitam.. Akak tengok, Ustaz Haddi tu baik orangnya..Akidahnya pun jelas dik..Akak yakin dia akan bimbing Qaseh ke jalan yang diredhai Allah swt.. Moga moga ilham yang Allah titipkan ke dalam hati Qaseh memihak pada Ustaz Haddi (^_^)”, nasihat Kak Salsabila panjang lebar.

“Oklah kak, nanti Qaseh minta petunjuk dari Allah swt.. Dan insyaAllah dalam masa sebulan dari sekarang, Qaseh akan bagi jawapan.. Qaseh mohon agar perkara ni dirahsiakan oleh adik beradik PMK yang lain yer”, ujarnya penuh sopan.

Fikirannya terbayang akan kisah chenta ana nta yang hanya sekerat jalan.. Qaseh serik untuk menyerahkan hatinya kepada mana-mana muslimin.. Walaupun perjanjian hati hanya tertulis di lembaran kertas putih, tidak dinafikan kasih sayangnya sedikit sebanyak dicurahkan kepada Ustaz Munif Furqan dalam diam. Tapi kini, Qaseh sudah melupakan cinta pertamanya dan dia yakin dengan hikmah yang berlaku.

“ Adakah Haddi memiliki kunci hatiku?”, bicaranya dalam hati.

:: BAB SATU::

Helaian demi helaian nota Rekombinan DNA dibelek oleh Qaseh.

“Mana jawapan untuk soalan tutorial ni”, rungutannya bergema di hati.

“Tenangkan hati. Qaseh, ingat Allah. Moga Allah mempermudahkan urusanku ini”, bisiknya seraya membelek kembali helaian nota tersebut.

Dalam kekhusyukan menyiapkan latihan tutorial, terdengar bunyi salam dari luar disusuli bunyi tombol pintu dibuka.

“Fuh..penatnya hari ini”, keluh Diyana, teman sebiliknya.

“Dya dari mana ni?”, tanya Qaseh tanpa berpaling ke arah Diyana. Masih khusyuk berchenta dengan notanya.

“Dya baru pulang dari Tasik Barokah, ada usrah dengan Kak Narisah”, cerita Diyana.

“ Qaseh, Dya ada berita sensasi ni,” DJ Diyana memulakan sesi ‘on air’ nya.

“ Sensasi sangat ke?”, duga Qaseh sambil meneguk kopi Radix yang masih berbaki di dalam mugnya. Nama Kak Narisah seringkali meniti di bibir Diyana namun Qaseh belum berkesempatan untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan tuan empunya diri.

“ Kak Narisah dah nak kahwin la. Walimahnya 2 Jun ni. Nak tahu tak siapa bakal zaujnya?”, tersenyum panjang Diyana mengingatkan peristiwa di Tasik Barokah. Dalam diam naqibahnya dah bertemu mujahid idaman.

“Siapa?”, Qaseh teruja untuk mengetahui siapa lelaki yang telah berjaya menggapai miftah pintu hati kak Narisah.

“Janganlah dengan muslimin yang aku minat,” doa Qaseh dalam diam.(Sempat lagi tu (^_^))

“ Ustaz Munif Furqan, satu batch dengan kita. Alahhh, Mantan Bendahari Agung PMIUSM tu,” cerita Diyana dengan penuh bersemangat sambil menghulurkan kad walimah Kak Narisah.

“ Hahh??” tersentak Qaseh dengan berita yang meruntun lubuk hatinya.

“Dya, Qaseh nak siapkan tutorial ni. Dya pergi lah mandi dulu. Dah berbau seluruh bilik ni,” Qaseh tersenyum hambar menyembunyikan rasa hatinya.

Helaian nota Rekombinan DNA kini dipandang sepi oleh Qaseh. Fikirannya mula menerawang mengingatkan kisah dulu. Kisah 2 tahun dulu. Kisah chenta ana anta.

Assalamualaikum Saudara Munif Furqan,

Alhamdulillah, ana dah terima surat dari anta. Setelah tenang dan yakin dengan petunjuk Allah swt, ana terima lamaran dari anta. Ikatan hati ini belum halal dan ana yakin kita akan menjaga hubungan ini dengan redha Allah swt. Ana harap buat masa sekarang, kita tumpukan kepada pelajaran kita. Ana tidak mahu kita leka dengan ikatan ini. Buat masa sekarang, ana tidak akan berhubung dengan anta. Cukuplah Allah yang melindungi anta. Ana akan setia dengan janji ini dan ana harap nta terus tsabat dalam dakwah Islamiyyah di kampus ini. Ana akan menunggu lamaran sah dari nta setelah kita selesai berjihad ilmu di kampus ini. Moga kasih sayang yang terbina dapat menemukan kita dengan cinta Allah yang hakiki. Hanya Allah, ana dan anta yang mengetahui perjanjian hati ini. Wallahua’alam..Moga sentiasa bersemangat, Mujahid Allah!

Qaseh Ramadhani

Surat bersampul ungu yang menceritakan isi hati Qaseh bertukar tangan seusai mesyuarat bulanan PMIUSM lewat ketika dulu. Moga Ustaz Munif jelas dengan isi hatinya.

Bunyi ringtone “ Sunnah Orang Berjuang” dari telefon bimbitnya mengembalikan fikiran Qaseh ke alam nyata.

“Siapa yang hantar mesej malam-malam buta ni. Dah lah aku tengah sedih ni,” rungut Qaseh seraya membaca SMS yang baru diterimanya.

 
“Assalamualaikum ummu humaiirra’, ana yakin anti telah mengetahui tentang berita perkahwinan ana dengan saudari Narisah..ana memohon kemaafan di atas ketidaksetiaan ana terhadap ikatan janji kita dulu..Mohon dimaapkan kekhilafan ana ini..Moga Allah memberi jodoh yang terbaik untuk anti kelak..”

Munif Furqan

 
“Macam tahu-tahu je aku tengah pegang kad jemputan walimah dia”, rungut Qaseh dalam hati seraya menjuih bibir ke arah kad jemputan berbau wangi itu.

Pesanan ringkas yang diterima menambahkan kesedihan Qaseh. Larakah aku dengan berita perkahwinan ini. Ya Allah, di mana silapku sehingga dia sanggup memungkiri janji yang termeterai. Teringat bait-bait lagu “Cinta terakhir” nyanyian Aiman.

Kau cinta pertamaku

Kau cinta terakhirku

Tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita..

Mungkinkan terputus di tengah jalan

Mungkinkan terlerai tanpa ikatan

Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan

Segala nya ketentuan tuhan..

“Bersangka baiklah wahai hatiku”, pujuk Qaseh agar hatinya tenang dengan ketentuan Allah. Redhakah aku dengan takdir ini. Qaseh meninggalkan sebentar urusan chenta dengan tutorialnya. Ada urusan yang lebih penting. Bertemu pemilik hatinya. Cinta yang hakiki.

Seusai solat hajat, Qaseh menadah tangan memohon ketenangan agar perkhabaran yang diterima sebentar tadi dapat dihadapi dengan hati yang redha. Segala kesedihan dan lara hati diluahkan kepada Al-Malik agar hatinya kembali kuat dan tenang.