Assalamua'laikum...
Solehah bukannya nampak di mata tetapi seri wajah dan nur ketenangan terpancar di wajah wanita solehah...solehah merupakan satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

- Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.
- Menjaga pergaulan dan kesopanan dan memberatkan aurat serta menjaga kesucian dan maruah diri.
- Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir dab sebagainya. Mereka menjadi pendamping dan penenang kepada sang suami..
- Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga. Sanggup menghirup mehnah duniawi dan terbang mencari ampunan Ilahi.
- Meletakkan nawaitu untuk melahirkan ulama-ulama yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami dan sanggup mengorbankan anak-anak untuk syahid di medan peperangan..SubhanAllah... Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.
Empat ciri asas yang menjadi miftahul kepada wanita untuk memasuki syurga ialah mendirikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami....
Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Fikir-fikirkanlah...Serikandi Islam terus Bangkit!!!!!!!!!!!!Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
0 comments:
Post a Comment