Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam berjuang, kita perlu memastikan hubungan kita dengan Allah sentiasa dijaga. Solat malan menjadi penggerak utama pembangunan Nubuwwah. Ia adalah bekalan para Mukmin dengan potensi dan daya juang yang tidak dapat digambarkan hebatnya.

Dalam surah Al-Muzammil (ayat 6), ada mengatakan, ' Sesungguhnya jiwa orang yang terbentuk di waktu malam itu lebih mantap keperibadiaannya dan lebih jitu kata-katanya.

Diriwayatkan ktika Jibril datang bertemu Rasulullah, lalu berkata kepada baginda, "Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu, namun engkau pasti mati. Berbuatlah apa yang engkau mahu, namun engkau akan berpisah dengannya. Ketahuilah bahawa keutamaan seseorang Mukmin ialah qiam al-lail ( sembahyang malam) manakala kemuliaannya ialah sikap berdikari (tidak bergantung kepada orang lain)."

Kesusahan yang diiringi dengan kesabaran, usaha, doa dan tawakal adalah bunga-bunga kejayaan. Janganlah kita mengabaikan hubungan kita dengan Allah swt semata2 sibuk mengatur strategi perjuangan.. Nauzubillah..

Di akhir zaman, manusia akan mempunyai penyakit "Wahn" iaitu cintakan dunia dan takutkan mati....Jauhilah kami dari bala penyakit tersebut...