Bagi ana, topik ini sesuai bangat bagi yang belum berpunya dan yg dah ade "ehem2" tu, jadikan ia sebagai panduan...InsyaAllah... Very Happy Very Happy Very Happy

satu situasi:

" kalau hang nak kawen, hang nak pilih yg lagu mane?"

" kalau koi la, koi nak suami yang istiqamah dalam ibadat, pandai mengaji Al-Quran, boleh jadi imam dalam solat, dan yang penting boleh bimbing koi ke jalan yang diredhai Allah ...semuanya yang baik2 lah.

" Hang nie memilih sungguh, hang cuba tengok akhlak hang dulu. adakah hang nie layak untuk dapatkan yang soleh sedangkan diri hang x jadi calon yang solehah?"

Resolusi:

Untuk mendapatkan yang soleh, kita perlu menjadi yang solehah dulu...jangan hanya memasang impian dan terleka dengan fantasi yang dicipta...semua makhluk yang diciptakan Allah berpasangan...malam dengan siang...adam dan hawa...langit dan bumi...kebergantungan sepenuhnya pada Pencipta kita, Ya Rabb...InsyaAllah, Allah akan menganugerahkan yang terbaik untuk kita...Jika kita menjaga hak Allah swt, Allah juga akan menjaga hak kita...

" Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu ( si ayah) kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak lakukan, nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di muka bumi."

RAsulullah ade menganjurkan agar kita b'kahwin dengan lelaki yang sebaya ----Diriwayatkan dari Buraidah bin al-Hushaib r.a , dia berkata : " Abu Bakar dan Umar r.a datang meminang Fatimah (puteri RAsullallah)..." Rasulullah saw bersabda " dia masih kecil", lalu Ali r.a datang meminang, Rasulullah saw menikahkan Fatimah dengan Ali r.a...

Kriteria umum seorang suami pilihan....

  • keutamaan yang baik agamanya---ini diukur kpada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam....---akidah, syariat dan akhlak...
  • mempunyai ciri2 kepimpinan yang baik---menjadi perdana menteri kepada keluarga yang dibina---bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, perlulah mempunyai ilmu yang sewajarnya.
  • berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik
  • seorang yang bertanggungjawab---untuk memastikan keluarga dan naungan agama yang sahih dan baik menjamin keselamatan ahli keluarganya dari keburukan di akhirat
  • lelaki yang baik paras rupanya---agama adalah suatu asas yang paling utama mengatasi rupa paras dan kedudukannya.
Wallahua'lam