Assalamua'laikum wbt... (^_^)..i summarized the information from one part of islamic book that i read which title " Didik Anak Cara Rasulullah". The first thing that the muslim should do is to choose the suitable and solehah wife to sail with him in their marriage world...Take it for your guidance (also for my guidance) (",).

  • Rumah merupakan salah satu benteng akidah. Benteng ini harus benar2 kukuh dan tidak dapat ditembusi. Jika tidak sedemikian, maka akan mudah bagi musuh untuk menyeludup benteng ini dan merosak segala-galanya.
  • Jadi, harus ada seorang ibu muslimah yang mendampingi. Seorang ayah muslim saja tidak cukup untuk mengamankan benteng. Harus ada ayah dan ibu yang kedua-dua sama2 bekerja untuk mendidik anak2.
  • Orang yang hendak membina keluarga muslim haruslah terlebih dahulu mencari isteri yang solehah.
  • Wanita yang terbaik dapat dinikahi adalah wanita yag beragama, bersahsiah solehah, bertaqwa dan bertaubat kepada tuhannya.
  • Wanita seperti ini akan menyenangkan hati, dapat dipercayai akan dapat menjaga diri, harta suami dan mampu untuk didik anak.
  • Di samping menyuap makanan, si ibu akan memberi santapan rohani dan tegukan prinsip2 terbaik kepada anak2. Dia juga akan memperdengarkan kepada anak2 untaian zikir dan selawat yang akan menanamkan ketaqwaan dan menguatkan kecintaan mereka kepada Islam sepanjang hayat. Seseorang anak akan membesar mengikut acuan didikan yang diberikan. Sifat2 kedua2 orang tua akan diwarisi oleh anak2nya.
  • Sabda Rasulullah,
" Pilihlah tempat yang baik untuk menyemai nutfahmu, kerana sesungguhnya wanita itu akan melahirkan seumpama dengan saudara/i mereka"
  • Rasulullah saw memuji para wanita Quraisy kerana mereka mempunyai sifat2 yang baik di hadapan anak2 mereka dengan sifat yang penyayang, dan juga d hadapan suami mereka dengan selalu melakukan penjagaan terhadap kehormatan suaminya.

  • Seorang isteri yang solehah merupakan harta simpanan yang dapat dijadikan sebagai tabungan d dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah'
"Yang lebih utama dari harta (emas dan perak) adalah lidah yang berzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang membantu seorang mukmin (suami) untuk memelihara keimanannya"


~Wallahua'lam..~