Assalamua'laikum wbt... (^_^)..i summarized the information from one part of islamic book that i read which title " Didik Anak Cara Rasulullah". The first thing that the muslim should do is to choose the suitable and solehah wife to sail with him in their marriage world...Take it for your guidance (also for my guidance) (",).

  • Rumah merupakan salah satu benteng akidah. Benteng ini harus benar2 kukuh dan tidak dapat ditembusi. Jika tidak sedemikian, maka akan mudah bagi musuh untuk menyeludup benteng ini dan merosak segala-galanya.
  • Jadi, harus ada seorang ibu muslimah yang mendampingi. Seorang ayah muslim saja tidak cukup untuk mengamankan benteng. Harus ada ayah dan ibu yang kedua-dua sama2 bekerja untuk mendidik anak2.
  • Orang yang hendak membina keluarga muslim haruslah terlebih dahulu mencari isteri yang solehah.
  • Wanita yang terbaik dapat dinikahi adalah wanita yag beragama, bersahsiah solehah, bertaqwa dan bertaubat kepada tuhannya.
  • Wanita seperti ini akan menyenangkan hati, dapat dipercayai akan dapat menjaga diri, harta suami dan mampu untuk didik anak.
  • Di samping menyuap makanan, si ibu akan memberi santapan rohani dan tegukan prinsip2 terbaik kepada anak2. Dia juga akan memperdengarkan kepada anak2 untaian zikir dan selawat yang akan menanamkan ketaqwaan dan menguatkan kecintaan mereka kepada Islam sepanjang hayat. Seseorang anak akan membesar mengikut acuan didikan yang diberikan. Sifat2 kedua2 orang tua akan diwarisi oleh anak2nya.
  • Sabda Rasulullah,
" Pilihlah tempat yang baik untuk menyemai nutfahmu, kerana sesungguhnya wanita itu akan melahirkan seumpama dengan saudara/i mereka"
  • Rasulullah saw memuji para wanita Quraisy kerana mereka mempunyai sifat2 yang baik di hadapan anak2 mereka dengan sifat yang penyayang, dan juga d hadapan suami mereka dengan selalu melakukan penjagaan terhadap kehormatan suaminya.

  • Seorang isteri yang solehah merupakan harta simpanan yang dapat dijadikan sebagai tabungan d dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah'
"Yang lebih utama dari harta (emas dan perak) adalah lidah yang berzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang membantu seorang mukmin (suami) untuk memelihara keimanannya"


~Wallahua'lam..~


Permata Hati...

Justify Full
Imam Ghazali mengatakan:

"Anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang masih bersih suci merupakan mutiara yang masih bersih tanpa ukiran dan gambar. Dia siap untuk diukir dan cenderung kepada apa saja yang mempengaruhinya. Jika dia dibiasakan dan diajar untuk membuat kebaikan, maka dia akan tumbuh menjadi anak yang baik. Dengan begitu, kedua orang tuanya akan berbahagia di dunia dan akhirat. Sedangkan apabila dia dibiasakan berbuat jahat dan dibiarkan begitu saja seperti membiarkan haiwan ternakan maka dia akan sengsara dan binasa. Dosanya pun akan dipikul oleh orang yang bertanggungjawab untuk mengurusnya dan walinya."


Thanks a lot for my sahabat who sent this song to me...sahabat ana nie dah nak kawen, tgh menghitung hari...moga dipermudahkan urusan (^_^)


~For The Rest Of My Life~

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
00000
And there's a couple words i want to say

~ Chorus~
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true

Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I'll be there for you

I know deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
I pray we're together eternally
Now I find myself feel so strong
It's say everything changed when you came along
00000
And there's a couple word I want to say

*repeat chorus*
I know that deep in my heart now that you're here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally

* repeat chorus*
I know that deep in my heart...

wahhh...apabila hayati senikata lagu nie, sngt menusuk jiwa..hehehe...credit to the owner of this song, Maher Zain for this beautiful song...('',)

Bismillahirrahmanirrahim....
Ana pernah ditanya oleh seorang sahabat..
" Anti, nanti dah ada anak, anti nak guna konsep ape untuk didik anak?"

Terkelu ana seketika..
' Konsep ape ana nak jawab nie, tak kan moden kontemporari pulak...macam konsep nak hias rumah je,' ana bermonolog dalam hati.

Tiba-tiba ana mendapat ilham dari Allah swt...

" Ana nak guna konsep KLASIK la," jawab ana dalam gurauan..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Maksud yang tersirat dari perkataan "KLASIK" ialah ana nak didik anak2 sebagaimana ibu bapa kita dulu didik anak2nya...Bagaimana ibu bapa dulu amat mementingkan didikan agama untuk bekalan anak2nya dalam mengharungi dunia fana ini..
~Tapi sahabat2 semua, dalam dunia yang mencabar dan anak2 dihidang dengan hiburan2 yang merosak jiwa, bagaimanakah cara yang terbaik untuk mendidik anak2? Ana sendiri masih mencari-cari kaedah yang terbaik untuk mendidik anak2 kelak... (w/pun ana masih muda remaja ('',), tp kita bakal menghadapi keadaan tersebut kan?kan?)
~Ana pernah membaca satu artikel berkenaan dengan kisah seorang hafiz muda, Muhammad Ahmad Zahir.. Ana tertarik dengan didikan yang diberikan oleh ayahnya. Menurut ayahnya, beliau menginginkan anak2 nya belajar dalam sistem pendidikan berteraskan Al-Quran yang dulunya telah melahirkan ramai ilmuwan2 islam dalam bidang ilmu moden.
~Perkara pertama yang beliau terapkan adalah menanamkan budaya cintakan masjid dan al-Quran. Beliau telah membawa anaknya, Muhammad ke masjid setiap subuh, maghrib dan isyak semenjak Muhammad masih kanak-kanak ( dalam lingkungan 4 tahun).
~Ana sangat bersetuju dengan kaedah yang diterapkan oleh beliau kepada anak2nya. Untuk melahirkan anak2 yang hebat, penuh dengan nilai2 positif, acuannya adalah "ad-din".... Terapkan akidah yang teguh ke dalam hati anak2 dan apabila jelas akidahnya, maka syariat akan dilaksanakan dan akhlak yang terpuji akan terbentuk dan diamalkan dalam kehidupan seharian..
~Untuk jadikan anak yang beragama, dedahkan anak2 dengan persekitaran masjid, InsyaAllah keluarga yang sakinah dan mawaddah akan terbentuk..('',)



~Sahabat ana pernah oyak (cakap) kat ana, kita analogikan akidah, syariat dan akhlak sebagai sepohon pokok. Akidah diibaratkan sebagai akar, syariat sebagai batang, dan akhlak sebagai daun dan buah-buahan.
~Apabila akar (akidah) mencengkam bumi dengan kuat dan teguh, dan batang mendapat nutrient, air, udara yang mencukupi (syariat~~sprti ibadat harian kita (wajib dan sunat) dilaksanakan dengan betul dan mengikut syariat Islam), maka buah-buahan yang masak ranum dan daun-daunan yang menghijau (akhlak) akan tumbuh dengan subur dan sihat. dan pokok yang terbentuk adalah yang paling baik baka genetiknya, yang paling berkualiti dan yang paling berguna untuk masyarakat dan agama Allah swt...
~Ingatlah sahabat2 semua, Kita yang masih remaja nie, jagalah perilaku kita sebagai muslim/muslimah yang merupakan imej kepada agama Allah swt. Dan pesanan ana sebagai seorang anak;

" Kita adalah cermin kepada keperibadian ibu bapa kita"

~ Apabila akhlak kita elok, masyarakat akan memuji kebijaksanaan ibu bapa kita dalam mendidik kita dan begitulah sebaliknya..~
~ISLAM CARA HIDUPKU~

~Wallahua'lam..Yang baik itu datangnya dari Allah swt, yang lemah itu datang dari Allah swt dan disandarkan kepada ana...Mohon dimaafkan atas kekhilafan ana.. If apa yang ana tulis ini salah infonya, boleh terus bagi komen kat bawah yer...(^_^)

Tatkala seorang Mujahid datang melamar,
Tertanya-tanya di dalam hati..
Layakkah aku untuk nya....
Seorang insan yang kekurangan...

Istikharahku...
Mohon petunjukMu..
Aku redha Ya Rabb...
Di atas keputusanku ini..

Kini...
Tercipta satu matlamat...
Tersimpan indah di lubuk hatiku...
Bidadari rumahtangga untuk nya....

Moga ikatan ini ..
Dapat mengikat kami ...
Senantiasa di jalan DakwahMu..
Kami mohon keberkatanMu Ya Rabb..

::Kelebihannya ku syukuri..Kekurangannya ku redhai...(^_^)::


Nasihat Rasulullah saw kepada puterinya, Siti Fatimah r.a


Wanita diibaratkan seperti semalu:

  1. Pokok semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita MESTI mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..
  2. Mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita muslim.
  3. Mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Wanita perlu mempunyi keterikatan yang sangat kuat dengan Allah swt..
  4. Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..


Allah!!Allah!!!Allah!!!


Rindu kian mengamit perasaanku...


Satu persatu lakaran wajah sahabat2ku terlukis indah di ingatan ...Sihatkah mereka? Gembirakah mereka??


Biey, bibik (hana), ama, kuk (ayuni), adeq, pari, ana dan umie..Sahabat yang sentiasa bersama...


Suka duka silih berganti, kami tetap kami...Bersahabat dengan penuh keikhlasan..pahit manis ditempuh bersama...Allah, rindunya saat itu..Sahabat yang tiada galang ganti..Tidak pernah kesah akan hal cintan cintun...Kenangan manis dan pahit dilakar bersama...Tiga tahun bersama tanpa rase jemu..


Kadang2 menangis sendirian, pabila terkenang wajah mereka...Kadang2 tergelak sendirian, teringat kenangan manis dan lucu yang dilakar bersama..Indahnya saat itu...tiada kata yang dapat mengambarkan betapa gembiranya kami kala itu..


Berlarian ke bilik TV semata2 nak tgk cerita Mya Zara..Makan kek besday yang keras...kem ibadat di Gunung Jerai...Ceramah Ustaz Mudawali...Taichi bersama..rindunya tika itu..


Kini, semuanya terpisah..Mengejar cita-cita yang tiada penghujungnya...Moga suatu hari nanti, kita kembali melakar kenangan indah bersama...InsyaAllah...ku menunggu saat itu..



Mereka..

Teman gembiraku..

Mereka..

Teman tangisku...


Ketika masih remaja, melakar impian bersama...rindunya kenangan itu...



Pahala...



I took this information from an islamic magazine...

Ana bagi dalam bentuk point2 je.. Segan jugak nak hurai panjang sebab ana sendiri pun belum ada pengalaman dalam urusan kawen2 nie..(^_^)

  • Layan suami dengan baik..InsyaAllah akan mendapat pahala jihad

  • Menjaga adab rumah tangga.. Rasulullah saw bersabda mana-mana wanita yang menyebabkan suaminya keluar berjihad di jalan Allah swt dan menjaga adab rumah tangga akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, jadi ketua kepada 70 000 kepada malaikat dan bidadari syurga. Wanita ini juga akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang diperbuat dari permata yagut...Wallahua'lam..

  • Menjaga solat dan mentaati suami...Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang menjaga puasa, solatnya dan mentaati suami, Allah swt mengizinkan dia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

  • Picit suami...jangan pulak si isteri picit belakang suami sampai patah tulang belikat (tulang vertebrata bak kata budak sains)...('',)..Sabda Rasullullah saw bahawa wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala tujuh lapis emas dan kalau disuruh, akan mendapat 7 lapis perak...lumayan kan sahabat2 semua (^_^)...

  • Mendapat keredhaan suami.. Wanita yang meninggal dalam keredhaan suami, akan memasuki syurga

  • Isteri yang melihat suami dengan pandangan sayang..Maka Allah swt pandang dengan pandangan rahmat...

  • Meredakan kemarahan suami, akan mendapat separuh pahala jihad...Wallahua'lam..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Semenjak dua menjak nie, suka ana untuk berbicara soal kahwin...Nak kate dah sampai seru, rasenya belum lagi...nak kate dah berpunya, takde lagi orang datang merisik (^_~)..entahlah, maybe sebab ana dah final yer kot (^_^)...

Tajuk artikel kali ini berbunyi “Jadilah menantu bidadari kepada mentua”..

If we are ready to marry, it’s means that we are WILLING to accept someone in our life..betul kan?kan?

Tetapi sudah cukup bersediakah kita untuk menerima insan, malah bukan seorang tapi beberapa orang??..Apa yang ana nak maksudkan di sini, kita bukan hanya akan hidup dengan zauj kita, tetapi kita juga akan hidup dengan insan2 kesayangan zauj kita...Ibu bapanya, adik beradiknya, dan saudara maranya..So, apabila kita mula melangkah ke alam perkahwinan, kita bukan hanya berperanan sebagai isteri, tetapi dalam masa yang sama kita juga adalah menantu, adik ipar, kak ipar, atau mak saudara kepada anak-anak saudara zauj kita kan?kan?(^_^)...Peranan kita sebagai seorang wanita makin mencapah..

Jadi, sebelum bergelar isteri, kita perlulah melengkapkan diri dengan ilmu agama dan akhlak2 yang terpuji..Mulai dari sekarang, belajarlah untuk berlapang dada kerana realiti perkahwinan tidak seindah yang difantasikan..Perlu ada sifat ingin memberi lebih dari menerima...InsyaAllah, rumah tangga yang sakinah dan mawaddah akan terbina..Nie baru introduction nie, tak masuk lagi point untuk tajuk yang tertera di atas (^_^)...


Sahabat ana pernah berpesan pada ana “ Sayangilah mak ayah (mentua) kita sebagaimana kita menyayangi ma abah (ibu bapa) kita”...Ana setuju sangat2 (^_^).. Kita sebagai menantu perlu melayan mentua kita sebagaimana kita melayan ibu bapa kita sendiri.. Seburuk2 mana pun mentua kita, mereka tetap mentua kita kan?kan?..

That’s why , kita perlu sentiasa berlapang dada dengan kerenah mentua kita...jangan hanya menuding jari kepada mereka jika berlaku sesuatu perkara yang tidak sepatutnya kerana apa yang berlaku mungkin adalah kesilapan dari kita (menantu) sendiri.. Kita sebagai menantu hendaklah menghormati dan memuliakan keluarga suami kita..


Kita (menantu) perlu sentiasa muhasabah diri dan cuba sedaya upaya untuk menjadi menantu BIDADARI kepada mentua kita dan bukan menjadi menantu HANTU kepada insan2 kesayangan zauj kita...Wallahua’lam..

“Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar aku akan menjadi penyejuk hati kepada suamiku dan juga mentuaku...Permudahkan urusan kami..Aku mohon padaMu, Ya Rabb”..

Aminnnn...

:: Aku ingin mencintai lebih dari dicintai, Aku ingin memberi lebih dari menerima::

Moga artikel kali ini dapat mencuit hati dan minda sahabat2 semua...Renung2kan lah...

Kahwin Muda...(^_^)


Bismillahirrahmanirrahim..


Dialog mahasiswa mahasiswi masa kini....(^_~)

"Dah abis belajar nie, ana nak terus kawen" ("gatal"isme x ayat ini???)..tak kan?kan?..so sweet la..hehe...

Bagi seorang gadis, ada penantian yang seringkali menimbulkan suasana panik iaitu menanti 'jodoh'..Namun kadangkala jodoh yang ditunggu tak kunjung tiba..Bagi kita yang berpegang teguh pada agama Allah, kita mesti yakin dan percaya bahawa jodoh, maut, dan rezeki adalah ketentuan Allah swt dan tidak ada sedikit pun hak manusia untuk merampas ketentuan itu..

Sabda Rasulullah; 3 perkara yang perlu dipercepatkan urusan:

1) Apabila telah masuk waktu solat, maka segeralah kamu menunaikan solat
2) Apabila jenazah siap dikapankan, maka segerakanlah upacara pengebumiannya
3) Apabila seorang gadis sudah cukup syarat2 untuk menjadi seorang isteri, maka si ayah perlu
mempercepatkan urusan perkahwinannya jika ada si teruna yang datang merisik...Tapi make
sure si teruna baik agamanya yer.

Sabda Rasulullah;

"Nikah itu Sunnahku"...

Barangsiapa yang ada kuasa menyediakan perbelanjaan (mas kahwin), maka kahwinlah dia..Banyak kelebihan apabila kita dah kahwin..Kelebihan yang utama kita boleh menutup pandangan mata dari melihat perkara yang tidak baik dan boleh menyalurkan nafsu ke jalan yang halal dan sepatutnya.. (gaya macam dah kawen je ana nie..ish3x..hehe)

Umur muda bukan masalah utama untuk kita tidak berkahwin..Yang penting persediaan dan kesanggupan kita untuk menerima seseorang dalam kehidupan kita... Yang penting secocok kan?kan?(^_^)...Seorang ustaz pernah berpesan "nak cari pasangan, carilah pasangan yang dapat menghindari kita dari sambaran api neraka"..maksudnya kita MESTI memilih seseorang yang jelas akidahnya, yang jelas agamanya dan yang jelas dengan perjuangannya...

Yang penting, bakal pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga perlu tahu apa MATLAMAT perkahwinan mereka...nak kahwin sebab senang nak gi kuliah sebab ade orang ambik pergi balik ke kuliah ke?sebab suka suka nak kahwin ke??(^_^)...fikir dengan mata hati...

Yang penting, banyakkan berdoa dan solat hajat moga Allah mempertemukan kita dengan jodoh yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah swt dan moga dipercepatkan urusan perkahwinan... Wallahua'lam..(^_^)








Bismillahirrahmanirrahim...Takbir!!!!!Allahuakhbar!!!


Semua pancaindera yang dimiliki adalah milik Allah swt kan?kan?..(jawab dengan mata hati)

Tidakkah kita menyedari bahawa ada insan yang memerlukan kita...Terdetik di hati ana untuk mengajak sahabat2 semua menjadi reader kepada insan2 istimewa...tiadakah ruang atau sekelumit masa untuk kita meminjamkan mata kita untuk mereka???fikir2 kan lah...

Bagi ana, berada di kalangan mereka akan lebih memotivasikan pemikiran dan cara hidup kita...bagaimana susah payah mereka untuk belajar tanpa dapat melihat...susahkan bagi kita yang celik matanya...

tapi apa yang pasti, insan yang istimewa celik mata hatinya... sangat cekal menempuh dugaan hidup..sentiasa ceria menghadapi mehnah dunia...

Pancaindera yang dimiliki oleh kita bukan hak kita sepenuhnya...Tak rugi kita memberi pinjam mata kita pada mereka kan? kan?...(^_^)

Ana harap kata-kata yang sedikit ini dapat membuka hati dan minda sahabat2 semua untuk menjadi seorang 'pemberi' dan bukan hanya sebagai seorang 'penerima'..

~Aku ingin lebih memberi dari menerima...Aku ingin mencintai lebih dari dicintai~







Alhamdulillah, ana baru selesai membaca sebuah buku penguat jiwa bertajuk " Umat Islam Terhina...Kenapa????"..Ana kongsikan beberapa point penting kenapa umat islam kini dipandang hina dan lemah..

Faktor utama ialah akidah yang rapuh...Akidah yang goyah akan melenyapkan kekuatan dalaman seseorang umat..Di zaman NAbi Muhammad saw, Baginda mengambil masa selama 13 tahun untuk memacak akidah ke dalam jiwa sahabat2 di Makkah..Dengan terpacaknya akidah di dalam diri, segala perbuatan yang dilakukan niat hanya kerana Allah swt...Mereka percaya dan cintakan Allah swt lebih dari segala2nya...

Tapi , di zaman kini, mana mungkin dengan hanya membaca sebuah buku berkenaan akidah, jiwa kita akan 100% peratus kepada Allah swt..Kita seharusnya perlu berguru dengan mana2 ustaz yang alim dalam bidang ini untuk mencari dan memahami dan seterusnya memacakkan ke dalam hati kita.. Jika hanya membaca buku tanpa memahaminya, Qalbi umat ISlam akan mudah digoda oleh syaitan laknatullah..

Selain itu, hilangnya rasa hormat kepada NAbi Muhammad saw..KEbanyakan dari kita tidak mengamalkan sunnah nabi...Selain itu, lidah kita tidak basah dengan selawat ke atas nabi junjungan dan zikir-zikir penerang hati.. MAna mungkin Umat islam akan kembali gemilang jika Al-Quran dan Al-Sunnah tidak dipraktikkan di dalam kehidupan. Sentiasalah membaca dan menghayati sirah nabi.

Selain itu, umat islam leka dengan pembayaran zakat dan puasa di bulan RAmadhan..Umat Islam memandang enteng tentang dua rukun Islam ini...Semangat Jihad di kalangan uamt ISlam kian pupus dan semakin pudar di bawa arus kemodenan..ana kesal kerana sistem penddkan kita tidak memasukkan elemen jihad di dalam pembelajaran seharian pelajar..Jika kita terokai di PAlestin misalnya, semangat jihad di kalangan kanak-kanak sangat kuat..Tiada istilah bermain games, bola sepak, congkak or sebagainya...Permainan mereka hanyalah menggumpul batu2 dan digunakan untuk dilontar kepada tentera2 Zionis LAknatullah..Mereka menjadi mujahid2 cilik dan memasang impian untuk syahid ke jalan Allah swt...MasyaAllah, lemahnya kita..

Selain itu, kebanyakan masjid hanya dibina untuk menunjuk-nunjuk keindahan struktur dan senibina masjid tersebut.. NAuzubillah..Masjid hanya tempat untuk menjadi background semasa sesi fotografi..hanya kegelintir umat Islam mengimarahkan masjid..MAsjid merupakan rumah Allah swt dan haram bagi sesiapa yang berhadas besar untuk memasuki masjid. Masjidilharam merupakan pusat turunnya rahmat oleh Allah swt dan disebarkan di seluruh masjid di muka bumi ini..Wallahualam...

Selain itu, martabat wanita kian menurun. Di zaman RAsulullah, martabat wanita dimuliakan dan dianggap perhiasan dunia jika wanita itu wanita yang solehah..SubhanaAllah..ttp sekarang ini, wanita itu sendiri yang menurunkan martabatnya...Nauzubillah.. Sebuah pertubuhan, SiSter in Islam ditubuhkan untuk berjuang mencari hak sama rata...MasyaAllah...Islam itu syumul..dan Allah melahirkan lelaki dan wanita saling lengkap melengkapi..tidak perlu memperjuangkan perkara yang melanggari syariat..lelaki dan wanita mempunyai peranan masing2 dan dengan terlaksananya peranan2 tersebut, maka lengkaplah pasangan tersebut...Wallahualam..

::Minta maap di atas kekhilafan diri ::


Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam berjuang, kita perlu memastikan hubungan kita dengan Allah sentiasa dijaga. Solat malan menjadi penggerak utama pembangunan Nubuwwah. Ia adalah bekalan para Mukmin dengan potensi dan daya juang yang tidak dapat digambarkan hebatnya.

Dalam surah Al-Muzammil (ayat 6), ada mengatakan, ' Sesungguhnya jiwa orang yang terbentuk di waktu malam itu lebih mantap keperibadiaannya dan lebih jitu kata-katanya.

Diriwayatkan ktika Jibril datang bertemu Rasulullah, lalu berkata kepada baginda, "Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu, namun engkau pasti mati. Berbuatlah apa yang engkau mahu, namun engkau akan berpisah dengannya. Ketahuilah bahawa keutamaan seseorang Mukmin ialah qiam al-lail ( sembahyang malam) manakala kemuliaannya ialah sikap berdikari (tidak bergantung kepada orang lain)."

Kesusahan yang diiringi dengan kesabaran, usaha, doa dan tawakal adalah bunga-bunga kejayaan. Janganlah kita mengabaikan hubungan kita dengan Allah swt semata2 sibuk mengatur strategi perjuangan.. Nauzubillah..

Di akhir zaman, manusia akan mempunyai penyakit "Wahn" iaitu cintakan dunia dan takutkan mati....Jauhilah kami dari bala penyakit tersebut...


Assyahid Imam Hasan Al-Banna berkata:

" Apa yang aku maksudkan dengan pengorbanan ialah berkorban jiwa, harta, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlama. Tiada jihad di dunia tanpa pengorbanan dan tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah kita, bahkan ada ganjaran besar dan pahalanya. Sesiapa yang duduk enggan berkorban bersama kami mereka telah berdosa.

Allah berfirman maksudnya: ' Sesungguhnya Allah membeli orang2 Mukmin, jiwa2 mereka dan harta2 mereka.' Dan firman Allah lagi: ' Jika kamu taat, Allah akan mengurniakan kepada kamu balasan yang baik.'

~::Mati di Jalan Allah adalah Harapan kita yang Paling Murni::~

~Mahar ke Syurga bukan PERCUMA~

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata, " Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepadaMu, apa(janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi (kepadaMu), maka terimalah (nazar itu) dariku. Sungguh, Engkaulah yang Maha Mendengar , Maha Mengetahui."
( ayat 35, surah Ali Imran)

"Maka ketika melahirkannya, dia berkata ," Ya Tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan ." Padahal Allah lebih tahu apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan." Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari gangguan syaitan yang terkutuk."
(ayat 36, Surah Ali Imran)

"Maka Dia (Allah) menerimanya dengan penerimaan yang baik, membesarkannya dengan pertumbuhan yang baik, dan menyerahkan pemeliharaannya kepada Zakaria. Setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab ( tempat khusus ibadah), dia dapati makanan di sisinya.Dia berkata, "wahai maryam! Dari mana ini engkau perolehi?''Dia(Maryam) menjawab, "itu dari Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan"
(ayat 37, Surah Ali Imran)


********************************


Dikisahkan bahawa Imran da isterinya sudah lanjut usia tapi masih belum dikurniakan cahaya mata..Isterinya bernazar jika Allah mengurniakan anak kepadanya, dia akan menyerahkan anaknya itu untuk menjadi khadim(pelayan) di BaitulMaqdis. Nazar itu diikrarkan kerana dia amat mengharapkan kehadiran anak lelaki..

Akan tetapi, Allah Maha Mengetahui...Anak yang dilahirkan adalah perempuan dan si ibu tidak dapat berbuat apa-apa dan melaksanakan nazar yang telah diikrar...bayi perempuan diberi nama MARYAM...Seluruh hidup Maryam hanyalah mengabdikan diri kepada Allah swt dan kecintaannya kepada Ya RAbb melebihi segala-galanya...Di rahim wanita inilah lahirnya seorang penegak kebenaran iaitu Nabi Isa Alaihissalam... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

Ana teringat sepotong ayat Al-Baqarah (216) ; dimana maksud ayat tersebut ialah " Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu.Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"..

Analogi dari ayat 216, surah Al-Baqarah ini ialah Allah mendatangkan kilat dan hujan lebat kepada kita, tetapi di pengakhiran, Allah kurniakan pelangi indah untuk kita... So sweet...Ada hikmah disebalik apa yang berlaku di dalam kehidupan kita ini... Wallahua'lam..




Rasulullah s.a.w. seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanannya mi’raj menghadap Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada sahabat-sahabatnya.

Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. dimi’rajkan menghadap Allah s.w.t. malaikat Jibril a.s. memperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w. taman-taman syurga. Rasulullah s.a.w. melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu.

Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s., “Wahai Jibril, bidadari siapakah itu”?. Malaikat Jibril a.s. menjawab, “Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.”. Pernah suatu hari dia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya.

Dia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah s.w.t. maka saat itu juga Allah s.w.t. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya”.

~Kisah ini berlaku di kala golongan bani Israel kekurangan makanan~

Dikisahkan seorang fakir datang ke sebuah rumah agam untuk meminta sedekah.." Sedekahkan aku sebuku roti niat ikhlas kerana Allah Taala".. Lalu sang puteri menghulurkan sebuku roti kepada si fakir tersebut...Dek kerana amarah, si ayah yang bersifat bakhil memotong tangan kanan puterinya tanpa belas kasihan...

Allah swt menurunkan ujian kepada si bakhil tersebut dan kehidupannya mula berumbang ambing dan jatuh miskin...Puteri yang kudung tangannya terpaksa meminta sedekah untuk meneruskan kehidupan...Sampai di rumah mewah seorang wanita, puteri tersebut mengetuk pintu untuk meminta sedikit makanan..Tatkala melihat kecantikan dan kesopanan akhlak puteri tersebut, si ibu berkenan dan menjadikan puteri tersebut sebagai menantu kepada anak lelakinya..Maka termenterailah ikatan perkahwinan antara puteri dan anak lelakinya..Puteri tersebut diberi persalinan dan kelihatan menawan dengan persalinan tersebut...

Waktu malam menjelma..

Apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan...Kehidupan puteri tersebut kembali ceria...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Iktibar yang boleh dikongsi ialah kita perlu memuliakan tetamu kita...Ana teringat seorang sahabat di zaman Rasulullah yang sangat memuliakan tetamunya...Suatu hari, sepasang tetamu datang ke rumahnya dan pada masa yang sama bekalan makanan hanya cukup untuk dua orang sahaja...Semasa berada di meja makan, si suami meminta si isteri menutup lampu dan menjemput tetamu tersebut menjamu selera...Si suami dan isterinya berpura-pura makan di hadapan tetamu tersebut..Disebabkan suasana gelap, tetamu tersebut tidak sedar bahawa tuan rumah hanya berpura-pura makan...Seusai tetamu pulang, si suami dan isterinya masih berlapar...mulianya hati mereka..sanggup berlapar semata-mata meraikan kedatangan tetamu...

Wallahua'lam....

Assalamua'laikum ....

Ana teringat satu kisah seorang sahabiah...wanita tersebut sudah tua, tetapi semangat juangnya masin menyala-nyala dan setanding dengan semangat wanita muda..Setiap tutur katanya menjadi pendorong dan menguat semangat mujahid mujahidah di kala itu..wanita mulia yang dimaksudkan ialah Al-Khansa bin Amru...Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair menyemarakkan lagi semangat Mujahid Allah untuk terus berjuang ke medan peperangan...

Dia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.

Kesemua anaknya bersemangat dan mula mengimpikan 'rumah kekal' (syurga)...Setiap langkah anak diiringi doa si ibu...Anak-anaknya mara selangkah demi selangkah menentang kaum kafir di dalam peperangan tersebut...Pesanan dan kata-kata semangat dari Khansa sentiasa terngiang2 di sanubari kesemua anaknya...Dengan takdir Ilahi, kesemua anaknya syahid di dalam peperangan tersebut...

Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

“Segala puji bagi Allah s.w.t., yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Diamengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”

-------------------------------------------------------------------------------------


SubhanaAllah, begitu kagum ana dengan semangat juang Al-Khansa bin Amru...sanggup menghantar anak-anaknya ke medan perang tuk menegakkan Agama Allah swt...Jika kita renung kembali, adakah kita boleh menjadi sehebat dan setabah Khansa???...Dewasa kini, dengan semangat jihad yang terlalu sedikit, mana mungkn kita sanggup menghantar anak2 ke medan perang...MasyaAllah, lemahnya kita...Tapi Si Ibu Tua yang sentiasa yakin dengan jaminan Allah, sanggup menyerahkan anak2nya tuk mengabdikan diri ke jalan Allah swt...Moga kisah ini menjadi iktibar kepada kita dan fikir-fikirkanlah apa yang terbaik untuk kita...nak rumah yang akan binasa (dunia) or rumah yang kekal (syurga)...

Hidup Mulia ATAU Mati Syahid...

Assalamua'laikum...

Solehah bukannya nampak di mata tetapi seri waj
ah dan nur ketenangan terpancar di wajah wanita solehah...solehah merupakan satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

  • Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.
  • Menjaga pergaulan dan kesopanan dan memberatkan aurat serta menjaga kesucian dan maruah diri.
  • Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir dab sebagainya. Mereka menjadi pendamping dan penenang kepada sang suami..
  • Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga. Sanggup menghirup mehnah duniawi dan terbang mencari ampunan Ilahi.
  • Meletakkan nawaitu untuk melahirkan ulama-ulama yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami dan sanggup mengorbankan anak-anak untuk syahid di medan peperangan..SubhanAllah... Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.
Empat ciri asas yang menjadi miftahul kepada wanita untuk memasuki syurga ialah mendirikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami....

Sebuah hadis Nabi menyatakan:

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat
Ahmad)

Fikir-fikirkanlah...Serikandi Islam terus Bangkit!!!!!!!!!!!!




Nukilan dari seorang sahabat...

Wahai wanita ,
jangan risau akan jodohmu
kerana muslimin yg bijaksana itu,
tidak akan t'paut pada wanita
hanya pada kecantikan/lirikan senyuman,
pada bicara manja yang m'goda,
pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.

Ssunguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.
Andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu
sedang m'bina sahsiah kepimpinannya
bagi memimpin dirimu ke jalan Allah.
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya &
adam yang benar-benar layak pasti akan hadir
untuk melengkapkan kamu.

  • Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdo'a.
  • Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat,kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.
  • Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci'. ~"Allahuma Kamma HassantaKhalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN~
  • Untuk punya bibir cantik ,bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati oranglain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
  • Agar tubuh langsing ,mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
  • Untuk mengembangkan diri ,sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Bagi ana, topik ini sesuai bangat bagi yang belum berpunya dan yg dah ade "ehem2" tu, jadikan ia sebagai panduan...InsyaAllah... Very Happy Very Happy Very Happy

satu situasi:

" kalau hang nak kawen, hang nak pilih yg lagu mane?"

" kalau koi la, koi nak suami yang istiqamah dalam ibadat, pandai mengaji Al-Quran, boleh jadi imam dalam solat, dan yang penting boleh bimbing koi ke jalan yang diredhai Allah ...semuanya yang baik2 lah.

" Hang nie memilih sungguh, hang cuba tengok akhlak hang dulu. adakah hang nie layak untuk dapatkan yang soleh sedangkan diri hang x jadi calon yang solehah?"

Resolusi:

Untuk mendapatkan yang soleh, kita perlu menjadi yang solehah dulu...jangan hanya memasang impian dan terleka dengan fantasi yang dicipta...semua makhluk yang diciptakan Allah berpasangan...malam dengan siang...adam dan hawa...langit dan bumi...kebergantungan sepenuhnya pada Pencipta kita, Ya Rabb...InsyaAllah, Allah akan menganugerahkan yang terbaik untuk kita...Jika kita menjaga hak Allah swt, Allah juga akan menjaga hak kita...

" Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu ( si ayah) kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak lakukan, nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di muka bumi."

RAsulullah ade menganjurkan agar kita b'kahwin dengan lelaki yang sebaya ----Diriwayatkan dari Buraidah bin al-Hushaib r.a , dia berkata : " Abu Bakar dan Umar r.a datang meminang Fatimah (puteri RAsullallah)..." Rasulullah saw bersabda " dia masih kecil", lalu Ali r.a datang meminang, Rasulullah saw menikahkan Fatimah dengan Ali r.a...

Kriteria umum seorang suami pilihan....

  • keutamaan yang baik agamanya---ini diukur kpada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam....---akidah, syariat dan akhlak...
  • mempunyai ciri2 kepimpinan yang baik---menjadi perdana menteri kepada keluarga yang dibina---bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, perlulah mempunyai ilmu yang sewajarnya.
  • berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik
  • seorang yang bertanggungjawab---untuk memastikan keluarga dan naungan agama yang sahih dan baik menjamin keselamatan ahli keluarganya dari keburukan di akhirat
  • lelaki yang baik paras rupanya---agama adalah suatu asas yang paling utama mengatasi rupa paras dan kedudukannya.
Wallahua'lam


~Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..~
~by HIJJAZ~

~i love this song very much...~
Assalamualaikum..

~Indah senikata merungkai keresahan di hati...kadangkala aku keletihan, menangis kepenatan.....keresahan dan ketenangan silih berganti...tapi aku yakin mahar ke syurga bukan percuma...impian menjadi bidadari kepada mujahid tersimpan rapi di hatiku ini...moga Allah mempermudahkan setiap langkahku di medan dakwahku ini..walaupun mehnah sentiasa mewarnai hari-hari dalam hidupku...Serikandi Islam bangkit!!!!~

INI ADALAH PENEMUAN BEBERAPA ORANG SAINTIS BERKAITAN DENGAN ILMU FIZIK...MOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SAHABAT SAHABIAH..

waktu subuh ( warna spektrum = biru muda)
~ frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh
~ rahsia berkaitan dengan penawar /rezeki dan komunikasi

Waktu isyraq dan dhuha ( warna spektrum = warna hijau)

Waktu Zohor ( warna spektrum = warna kuning)
~bersamaan dengan frekuensi perut dan hati
~ berkait dengan sistem penghadaman
~rahsia berkaitan keceriaan

Waktu Asar (warna spektrum = warna oren)
~bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis
~ untuk sistem reproduktif
~rahsia warna oren = kreativiti

Waktu Maghrib ( warna spektrum = warna merah)
~ tidak digalakkan berada di luar rumah kerana warna alam ini pada waktu ini sama dengan frekuensi jin dan iblis
~ jin dan iblis amat bertenaga waktu ini.
~rahsia warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak ( warna spektrum = warna indigo)
~rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Selepas isyak, alam berada dalam fasa kegelapan(waktu tidur dalam islam). Dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, warna alam bersinar kembali dengan warna putih --- warna merah jambu----warna ungu.
~bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus
~dapat meningkatkan kecerdasan dan waktu yang sesuai tuk menghafal
~dipanggil Qiamullail

Justify Full ~baru balik dr PC Fair, KLCC tahun 2009~


Ceritera bermula apabila wabak H1N1 menular di Malaysia -tahun 2009-....


Wabak H1N1 mula menular di bumi Malaysia nie..adakan ini bala dari Allah swt agar umatnya tersedar dari lena kemaksiatan...Nauzubillah, mohon dijauhkan..Ya Allah, Moga Engkau sentiasa melindungi keluargaku dan aku serta semua umat islam di dunia ini..Dua minggu lepas, abah ana call n pesan kat ana supaya pakai mask if nak g ke kuliah or nak kuar dari UM...sayang sangat2 kat abah n ma ana. ibu bapa mana yang tak bimbngkan anak2nya...first time, ana pakai mask mase balik dari lab kultur tisu n kriopengawetan..mase 2, ana dengn rumate ana..mula2 tue segan jugak coz ramai yg pandang dng pandangan yg pelik...tp lame2 rase seronok plak..

Ana mula terfikir, pakai mask same jugak cam pakai purdah kn...bestnya pakai purdah..InsyaAllah, moga Allah buka pintu hati ini tuk memakai purdah dengan penuh keikhlasan dan istiqamah..Ana mula tersedar .."Ya Allah, bnyak nya kelebihan yang Engkau berikan kepada muslimah yg berpurdah"..Dengan memakai purdah, kita boleh memelihara kesucian dan maruah diri dari pandangan nafsu lelaki ajnabi..

Selain itu, kita boleh meminimumkan kemasukan virus n bakteria ke dlam sistem pernafasan kita..Allah juga akan memuliakan dan menyerikan wajah si pemakai purdah dan ketenangan akn terpancar di wajah muslimah berpurdah...Subhanallah..mulianya wanita berpurdah...Nikmat yang paling indah adalah Allah swt sendiri akan datang kepada wanita yang memberatkan auratnya iaitu memakai purdah dgn istiqamah..SubhanaAllah.. Moga ana termasuk dalm golongan tersebut..InsyaAllah...

Ana teringat satu kisah tentang sahabat ana...sahabat ana nie teringin sangat nak pakai purdah..satu hari, sahabat ana ke mid valley dengan memakai purdah....rase best je saat tue...mase kat kedai kek, penjual kek kat situ bagitahu ngn sahabat ana nie, "adik, nnti aci potong kecil2 kek nie yer, mudah nak kunyah,kot2 la adik tak de gigi"...tersentak sahabat ana..tergelak sakan ana mase shbt ana ceritakan kisah 2...cabaran tuk sahabat ana la 2..Moga2 sahabat ana akan kekal berpurdah dan istiqamah....insyaAllah..

Apabila kita telah bersedia untuk memakai purdah, bermaksud kita juga perlu melengkapkan diri kita dengan pemahaman kita berkaitan akidah, ibadat kita, akhlak kita..if pakai purdah, tapi perangai or tingkah laku belum terjaga, akan tergambar jugak cacat cela secara zahirnya..untuk pakai purdah, apa yang penting keikhlasan kita dan niat kita hanya kerana Allah swt..wajah yang berseri hakikatnya datang dari hati yang bersih dari mazmumah dan mengisinya dengan mahmudah...insyaAllah, ketenangan dan keserian muka akan terpancar di wajah...

Wallahua'lam..