"Kak Biey, bangga tak belajar kat UM?" tanya junior tue.
" Alhamdulillah..akak bersyukur Allah tempatkan akak kat UM kerana akak dapat sahabat2 dan adik2 yang baik", respon ana pada soalan adik junior tue.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebelum melangkah ke MARA KULIM, ana iri hati dengan kawan2 yang dapat melanjutkan pelajaran ke oversea (biasela pemikiran tak matang lagi (^_^))..tetapi apabila mula melangkah ke MARA KULIM dan dikelilingi oleh sahabat2 lama yang sentiasa bersama, ana mulai sedar dengan hikmah Allah swt...Mereka menceriakan kehidupan ana (hidup berjauhan ngan ma abah..huk3x..hehe..)..MULA melangkah ke UM, ana terpisah dengan sahabat2 lame..Kesedihan mewarnai hidup ana di atas perpisahan jasad itu..NAMUN, Allah kembali menghadirkan sahabat2 sejati untuk ana..4 Tahun di UM banyak mengajar ana erti hidup..Namun jauh di sudut hati sanubari ana, ana sangat merindui sahabat2 ana di MARA KULIM..huk3x..
Selain ibu bapa, sahabat2 ana adalah penyumbang kepada terbentuknya keperibadian ana sekarang (^_^)... Jihad di dalam pelajaran yang diwarnai dengan keletah sahabat2 telah mematangkan pemikiran, ideologi dan peribadi ana...Berjuang di jalan kebenaran memaniskan lagi persahabatan kami.. Saat suka, duka, tangis, gembira terlakar indah di hati kami..(^_^)..
SAHABAT adalah cermin kepada kehidupan kite kerana mereka banyak mempengaruhi pemikiran, tindakan dan tingkahlaku kita berbanding dengan orang lain yang bukan bergelar sahabat..
Menuru Imam Al-Ghazali menerusi kitabnya yang bertajuk Ihya` Ulumuddin (Bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. Katanya, “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1.Jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan padanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
1 comments:
salam tautan hati
tika mulut terkunci
melafaz niat di hati
hanya sepuluh jari
tersusun rapi
memohon maaf salah dan silap
yang menghiris hati
lantaran sedar atau tidak
moga ukhwah yg terpatri
terus kekal bersemi
hingga ke syurga abadi...luv u (^_^)
Post a Comment