" Asyik cakap sal cinta je ummu_humaiirra' nie, x de tajuk laen ke??" (^_^) ... biaselah, kalau dah nama INSAN, x lari dari mempersoalkan tentang CINTA kan?kan?(^_^)...cinta itu fitrah (^_^)...betapa ramai manusia KECUNDANG dengan CINTA dan betapa ramai manusia GEMILANG dengan kehebatan CINTA SUCI..

~CINTA YANG SUCI BERMULA SETELAH LAFAZ AKAD TERUCAP~

Sepasang suami isteri secara fitrahnya memerlukan CINTA dan KASIH SAYANG untuk mengemudi alam perkahwinan. Seorang suami atau isteri harus dapat mengungkapkan kasih sayang kepada isteri/suami dan meraih kepercayaannya melalui berbagai cara, sehingga isteri/suami mendapati dirinya sebagai suami/isteri yang penuh perhatian, penuh kasih sayang dan penuh pengorbanan.

Hal ini amat mempengaruhi dalam memperkukuhkan ahli rumahtangga. Imam Ja'far ash-Shadiq as berkata:

" Termasuk akhlak para nabi mencintai para isteri"

"Orang yang lebih cinta kepada kami Ahlul Bait adalah orang yang lebih cinta kepada isteri"

Sabda Rasulullah saw;

" Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarga, dan saya adalah sebaik-baiknya orang di antara kamu yang paling baik terhadap keluarganya"

Dengan itu, jelas menunjukkan rumahtangga yang terbina menjadi tempat yang dipenuhi dengan ketenangan dan kasih sayang. Dan jelas, sistem sosial yang terbina di muka bumi ini bersumber directly dari sistem keluarga, dan begitu jugak dengan sebaliknya kerosakan dan kehancuran sistem keluarga akan menyebabkan kehancuran masyarakat.

TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI

Perlu jelas bahawa hak suami atas suami hanyalah dalam masalah kesenangan seksual (istimta'). Adapun kewajipan seperti memasak, mencuci pakaian, mengemas rumah dan sebagainya , yang berlaku menurut kebiasaan , adalah termasuk kewajipan akhlak wanita, dan bukan merupakan hak suami ke atas isterinya.

Satu kisah di zaman Nabi Muhammad saw;

Pada hari pertama ketika Rasulullah saw datang berkunjung ke rumah puterinya, Siti Fatimah az-Zahra as untuk mengucapkan selamat, Rasulullah saw membahagi pekerjaan di antara puteri baginda dengan Saidina Ali Karamallahuwajhah (zauj puteri baginda). Baginda berkata:

" Zahra sayang, pekerjaan di dalam rumah, seperti masak roti, menggiling gandum, menjaga kebersihan rumah, mengurus anak dan sebagainya dikerjakan olehmu. Adapun pekerjaan menyediakan kayu bakar, menimba air, menyediakan keperluan rumah dan lain sebagainya dikerjakan oleh Ali."

Kemudian, puteri Baginda mengucapkan kata-kata yang harus menjadi tuntutan bagi seluruh wanita mukmin:

" Tidak ada yang mengetahui kecuali Allah, betapa bahagianya saya dengan pembahagian ini"

**************************************************

Dari kisah di atas, jelas menunjukkan suami PATUT menolong isteri dalam melakukan kerja rumah.. Jangan terlalu ego dengan title SUAMI dan tidak mahu menolong isteri yang keletihan menguruskan rumah tangga, tambah2 si isteri yang berkerja di sektor awam dan swasta..tidak salah si suami buat air untuk si isteri yang keletihan pulang dari tempat kerja, menolong ape2 yang patut..Rumah tangga akan sentiasa harmoni dan menjadi syurga dunia kepada ahli keluarga..moga kita sentiasa redha dengan kekurangan si suami/isteri...

KERJASAMA SUAMI ISTERI

Suatu hari Rasulullah saw berkunjung ke rumah puterinya, Siti Fatimah as, dan baginda mendapati menantu, Saidina Ali sedang membersihkan kacang. Melihat keadaan itu, Baginda sangat senang sekali, lalu Baginda berkata:" wahai Ali, seorang yang membantu isteri di dalam melakukan pekerjaan rumah, maka dia akan memperolehi ganjaran ibadah haji."

So, bagi kaum ADAM, lumayankan ganjaran yang Allah swt tentukan.. kan?kan?(^_^)...hehe..


(sumber dari buku motivasi islamik publish by Berlian Publication sdn bhd)

Wallahu'alam...moga tenang selalu...