Assalamua'laikum wbt...Apa khabar sahabat semua..

Pagi ini ana ke fakulti perakaunan untuk hadiri satu program..Hadir sebagai adhock program tue..Tugas ana hari ni serve makanan untuk VIP..untuk makluman, kesemua ajk makanan adalah muslimah (^_^)..Time hidang makanan kat atas meja (meja meeting yang memanjang), ok lagi la..Then, masuklah beberapa orang VIP...MasyaAllah, semua muslimin..Menjadi masalah sekarang, siapa nak tolong tuangkan air untuk VIP??Siapa nak tolong sendukkan makanan??...keadaan bentuk meja dan kerusi yang melebar agak menyulitkan kami untuk menuang air kepada VIP..agak tak proper if kami yang perempuan nie yang menuang air..

Antara prinsip dan protokol (sistem yang dibuat oleh manusia)??Minda ana mulai membuat perhitungan...Maruah dan Prinsip mesti dipertahankan..so, ana letakkan jag air di sebelah pengarah program (pengarah duduk di tepi sekali) dan mintak pengarah program (muslimin) untuk tuangkan air kepada Perasmi dan YDP Persatuan...Kalau diikutkan dari etika protokol, ajk makanan yang perlu lakukan kerja tuang menuang nie..spoil protokol ana hari ni..ana harap pengarah faham kenapa ana mintak dia yang tuangkan air..hehehe..Ana takkan letakkan maruah di tepi semata mata nak memenuhi sistem duniawi..(^_^)


Mungkin sesetengah orang tidak kisah dengan hal yang sebegini kecil..bagi mereka bukan menjadi kesalahan pun if wanita yang tolong tuangkan air..tp ana amat particular about perkara2 sebegini tambah2 yang melibatkan maruah dan prinsip ana..ana adalah cermin kepada agama ISLAM , so i MUST concern about benda2 yang dianggap remeh oleh sesetengah orang..Dalam kehidupan ni, memang kita perlu berprotokol, tetapi apabila tersepit antara protokol dan nilai2 agama, tidak salah untuk kita melanggar sedikit etika protokol tersebut..
Yang penting, nilai2 ketimuran dan budi bahasa MESTI dipamerkan semasa menjalankan tugas2 yang diamanahkan.

Menjadi kelebihan jika kite jadi tukang serve untuk VIP nie..di dalam bilik VIP, kami ajk makanan boleh bertanyakan soalan kepada VIP directly...(^_^)..program kali ini melibatkan HALAL dan HARAM sesuatu makanan, so soalan2 yang kami ajukan banyak berkisar tentang makanan..ana sempat bertanyakan satu soalan yang membelenggu pemikiran ana selama ini..dialognya berbunyi begini;


"ustaz, saya ada baca satu artikel tentang bagaimana ayam KFC dibiakkan..Ada researchers mengatakan bahawa ayam KFC disuntik dengan ubat yang mengandungi gelatin BABI dan ayam2 tersebut akan membesar dalam tempoh 28 hari, so boleh ustaz terangkan hal sebenar untuk kepastian kami?"

Sambil makan, ustaz tu bercerita;

"Macam nie, di dalam tempoh ayam KFC membesar, makanan akan diberi 24jam setiap hari..ayam2 tue kejenya duk makan je...memang ubat akan disupplykan dan dicampur dengan makanan ayam tersebut..tapi kami di pihak JAKIM telah link ngan veterinar tentang kandungan ubat tue..mostly ubat tue adalah vaksin untuk ketahanan sistem imunisasi ayam tersebut, insyaAllah tiada gelatin babi.."

Ana mengangguk dan menerima jawapan tersebut..sebenarnya ana masih was2 tentang isu ini..ana terima jawapan tersebut pun sebab orang yang menjawab adalah USTAZ dari JAKIM..so, insyaAllah no shubhah anymore..tapi ana tidak akan menerima bulat2 jawapan tersebut, i should find the information, analyze it and make the right decision..(^_^)..Wallahu'alam..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jam mula menunjukkan pukul 1.45 tengahari..Kami diberitahu, beberapa orang VIP akan makan tengahari ..Kami di bilik VIP dah bersiap sedia(^_^)..makanan dah dihidang di atas meja..First panel yang masuk kat bilik makan VIP adalah seorang wanita bekerjaya, hati ana mengucap syukur..Dengan senang hati ana menuangkan air ke gelasnya..Zurpppp, pintu terbuka..waduh2 panelnya lelaki pulak (tiba2 terkeluar loghat indon (^_^))...

Ya Allah, macamane nie...sape nak tuangkan air untuk panel nie..Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan ana..Masuk seorang exco persatuan untuk menemani VIP tersebut..so, ana letakkan jag air di sebelah exco tue..mujur exco tu faham situasi yang berlaku and dengan rela hati menuangkan air kepada panel tersebut..hehehe...memang hancur protokol ana hari nie...Tapi apa yang penting ialah MARUAH dan KESOPANAN kene jaga kan?kan?...(",)..

Biarlah apa yang orang nak kata, yang penting apa yang ana buat tue adalah benar..ana tidak mengharapkan penilaian dari manusia, ana hanya perlukan penilaian dari Allah swt..Selain dari famili dan keluarga mentua ana, muslimin yang pertama yang akan ana tuangkan air adalah untuk suami ana je..hehehe..barulah suami sayang..(sempat lagi tu :p)..

mintak maap diatas kekhilafan ana..(^_~)


Wallahua'lam..(",)