Assalamu'alaikum ...

situasi I:

" mila, u tengok rantai emas i nie, cantik tak?, pakwe i yang kat serdang 2 bagi... i bangga la , ramai betul peminat i.. tak sangka rupa i nie menjadi kegilaan ramai..seronoknyaaaaaaa.. "

situasi II:

" Nape mamat tue asyik pandang aku je...tahulah aku nie cantik..nak ngorat la tue..."


*************************************************

Mesti rase nak muntah kan?kan???...eiii, loya tekak i tau dengar ayat2 macam tue...hehehe (^_^)... artikel kali ini mostly berkisar tentang pergaulan bebas versus gadis2 muda.. Bagi ana, menjadi kegilaan sang arjunas yang durjana bukanlah sesuatu KEBANGGAAN tetapi adalah UJIAN dari Allah swt...betapa ramai gadis2 kecundang dengan ujian ini...

Teringat ana kepada luahan2 dari mangsa2 yang telah insaf ( baca kat majalah)..Jika iman masih menguasai nafsu, alhamdulillah kita akan dapat menepis dugaan ini..tetapi jika nafsu menjadi raja, kita akan kecundang..berapa ramai kini gadis2 mengandung tanpa lafaz akad nikah? lebih dasyat lagi tak tahu yang mana satu ayah kepada anak luar nikah yang dilahirkan disebabkan terlalu ramai durjana yang melampiaskan nafsu terhadap gadis tersebut?? ana pernah mendengar a story from my brother..kisah ini terjadi kepada seorang gadis umur belasan tahun yang kematian anak (anak luar nikah) dan tak tahu siapa BAPA kepada anak tersebut , ini kerana gadis tersebut telah melakukan persetubuhan dengan tiga jantan durjanas..begitu mudah nafsu menguasai diri..

MasyaAllah, dunia kini sudah berada di zon bahaya.. Pergaulan bebas menjadi adat dan tradisi sebahagian masyarakat kini...Menjadi kebiasaan duniawi kini..Di manakah silapnya???Bertepuk tangan Yahudi Laknatullah melihat kehancuran pemuda pemudi Islam..Ana selalu terpikir, bagaimana dengan zuriat2 ana kelak, nak didik macamane agar tidak tertewas dengan duniawi..

Allahuakhbar!!Allahuakhbar!!Allahuakhbar!!!Moga dikurniakan suami yang soleh yang dapat membimbing kami ke jalan keredhaanMu Ya Rabb...


untuk ingatan sahabat2 dan ana sendiri...



Kecantikan luaran akan pudar ditelan usia..tidak perlu bermegah dengan kecantikan yang dimiliki kerana ia adalah hak milik Allah swt dan dipinjamkan kepada kita..Kecantikan yang hakiki datangnya dari hati yang suci dan bersih..Bina dan jagalah kecantikan batiniah kerana ia akan kekal lama dan menemani kita sepanjang hayat..(^_^)

Wallahu'alam...