Relief class….. 


Waktu menunjukkan jam 12.25 pm..ana melangkah ke kelas 2 Harapan.. Ana hanya duduk memerhati pelajar-pelajar yang leka dengan urusan masing-masing…Mungkin kerana semua pelajar adalah pelajar perempuan, tanpa segan silu beberapa pelajar membuka kain tudung dan mula mempamerkn mahkota idaman si jantan…Rambut lurus kesan dari teknik rebonding menyerlahkan lagi keremajaan mereka…
 Ana leka dengan Al Furqan, si jantung hati…helaian demi helaian diteliti menenangkan hati ana… Ya Rabb, moga ketenangan ini sentiasa menemani aku..Sedang ana menghayati tafsir Al Quran, beberapa pelajar menghampiri ana..
“ Ustazah…ustazah…”, mereka memulakan bicara..
Sejuk hati ana apabila pelajar memanggil dengan panggilan ustazah ..Walaupun teringin untuk mendengar pelajar memanggil dengan panggilan ustazah , tetapi ana kena clearkan status ana..
“ Awak..saya cikgu sains, bukan ustazah”, ana mengclearkan status ana..
“Cikgu dah kahwin?’’, tanya mereka lagi..
“ Belum”, ujar ana..
“ Tapi cincin kat jari manis cikgu tue…” soal mereka lagi..
“ Ini cincin warisan keluarga cikgu,” jawab ana berterus terang (^__^)
Banyak persoalan yang timbul di fikiran mereka dan diutarakan kepada ana..
“ Cikgu, kalau saya tak solat, saya akan masuk neraka ke?”
“ Cikgu, selaput dara tue macam mane yer?”
“ Cikgu, couple tue boleh x?”
“ Cikgu, kalau kita meninggal dunia semasa kita dalam keadaan haid, kita akan masuk neraka ke?”


 (beberapa persoalan yang bermain2 di benak mereka)

Alhamdulillah, ana cuba mengclearkan pemikiran mereka dengan menceritakan sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang Allah hadiahkan kepada ana..Dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang dikongsi, mereka teruja dan mula mengangguk…harap2 mereka faham apa yang ana jelaskan…
Tanya ana kembali kepada mereka..
“ Awak semua nie solat x?”
“ Pandai mengaji Al Quran x nie?”
“ Pernah couple x nie?”
Mereka membuat pengakuan di mana mereka jarang solat dan ade yang dah couple..
“ Cikgu, saya tak solat..tak pandai nak solat…”
Istighfar ana dalam hati..Astaghfirullahala’zim…kesian kat adik2…kurangnya pendedahan terhadap agama Allah swt..

Ana tak salahkan ustaz/ustazah…kalau nak diikutkan, Pendidikan Islam sudah diajar di sekolah2 dan syllabus buku teks merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita.. 
Kalau diteliti, mungkin kurangnya penekanan dan pengukuhan terhadap ilmu agama itu sendiri dan kurangnya penerapan nilai2 murni di dalam kehidupan harian..kebanyakan pelajar hanya belajar pendidikan islam untuk lulus exam dan tidak mengaplikasikan di dalam bentuk praktikal di dalam kehidupan harian..”Islam is the way of life” masih kabur di mata hati mereka..Disebabkan kurangnya pemahaman tentang hukum2 Allah swt menyebabkan mereka tidak takut dengan balasan Allah swt..
Perkara yang paling utama ialah peranan ibu bapa..kemewahan harta bukanlah kunci utama kebahagiaan dan ketenanngan hidup..Yang paling penting, kemewahan ilmu agama, kasih sayang dan budi bahasa merupakan kunci utama sebuah kebahagiaan dan ketenangan itu… zuriat adalah anugerah Allah swt dan merupakan generasi yang akan menyambung perjuangan Nabi Muhammad saw dan para sahabat sahabiyah…matarantai2 perjuangan Nabi Muhammad..
Tetapi pabila kita melihat anak muda masa kini, adakah impian untuk melahirkan pejuang2 Allah akan tercapai????

Wallahua’lam...