Alhamdulillah..ana berpeluang menonton rancangan HalaQah di TV9..Topik yang dibincangkan sangat menarik dan diulas oleh seorang ilmuwan yang a’lim dalam bidang agama dan sains , Dr. Danial Zainal Abidin.. BUMI DEMAM..Dengan sedikit ilmu sains yang ana belajar, memudahkan pemahaman ana tentang isu yang dibincangkan..Bumi Demam disebabkan oleh pemanasan global (global warming)..Manusia perlu dipersalahkan kerana kita lah penyebab kepada masalah global ini..Bumi SAKIT disebabkan kerja2 manusia..Allah swt berfirman dalam surah Ar-Rum, ayat 41
“Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia..Allah swt menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”
Pembakaran hutan besar-besaran, pengondolan bukit, penggunaan bahan api dan fosil, penggunaan arus elektrik dan air cond berlebihan meningkatkan kepekatan kandungan gas karbon dioksida, gas nitrogen dioksida, gas sulfur dioksida dan beberapa gas2 rumah hijau dan seterusnya memerangkap cahaya ultramerah (infrared) di ruang udara secara berlebihan dan memanaskan suhu bumi.. Semakin hari, persekitaran bumi semakin panas dan tidak mustahil bumi akan mengalami deman panas beberapa tahun mendatang..
Kemarau yang berpanjangan, peningkatan pencairan ais di antartika, peningkatan aras air laut (sea level), cuaca bumi yang tidak menentu dan pelbagai penyakit dihadapi oleh manusia kesan pemanasan global yang berlaku ke atas muka bumi ini..
Tidak takutkah kita????Semakin hari kita semakin merasakan kepanasan itu?? Tidak takutkah kita dengan ujian Allah??Jika kita hayati tafsir Ayat 41, Surah Ar-Rum di mana Allah swt menurunkan ujian ke atas manusia supaya manusia sedar dan insaf dengan kesilapan dan kembali ke jalan Allah swt..Wallahu’alam..
Para pejuang Allah..tidak sedihkah kita dengan fenomena ini??? Sakitnya bumi ..Adakah kita hanya memandang enteng tentang isu ini???Walaupun kita tidak mampu menghentikan pemanasan global yang melanda bumi kita, mungkin dengan sedikit pencegahan dan kesedaran kita akan mengurangkan kesakitan yang dihadapi oleh bumi..Antara pencegahan yang boleh kita sama2 lakukan ialah mengamalkan 3R (recycle, reduce and reuse), kurangkan penggunaan air cond/ elektrik, menanam pokok2 yang menghijau di kawasan rumah dan sekolah dan lain2..
Rindulah pada rimbunan yang menghijau, yang memberi ketenangan kepada kita dengan izin Allah swt..
Wallahu’alam…Alhamdulillah..Puji-pujian kepadaMu Ya Rabb..
0 comments:
Post a Comment