1st Class

~~7 May 2010~~
Pertama kali ana melangkah masuk ke kelas 1 Usaha. Mengajar subjek sains tidak sesulit mengajar subjek Kimia. Alhamdulillah, pelajar sangat mengalukan kedatangan ana. Kadang2 susah nak control kelas, bingit dengan suara saprano mereka..
Di akhir pembelajaran, pelajar2 menulis " love letter" kepada ana. Respon yang diterima menyemarakkan semangat ana untuk terus berbakti di SMK Puteri Titiwangsa..Alhamdulillah, Syukur Ya Allah..

komen2 yang diterima oleh pelajar2 ku..(^_^)...

                             
                                     
                                     
                                    
               


















Wallahua'lam..


Alhamdulillah..ana berpeluang menonton rancangan HalaQah di TV9..Topik yang dibincangkan sangat menarik dan diulas oleh seorang ilmuwan yang a’lim dalam bidang agama dan sains , Dr. Danial Zainal Abidin.. BUMI DEMAM..Dengan sedikit ilmu sains yang ana belajar, memudahkan pemahaman ana tentang isu yang dibincangkan..Bumi Demam disebabkan oleh pemanasan global (global warming)..Manusia perlu dipersalahkan kerana kita lah penyebab kepada masalah global ini..Bumi SAKIT disebabkan kerja2 manusia..Allah swt berfirman dalam surah Ar-Rum, ayat 41

Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia..Allah swt menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Pembakaran hutan besar-besaran, pengondolan bukit, penggunaan bahan api dan fosil, penggunaan arus elektrik dan air cond berlebihan meningkatkan kepekatan kandungan gas karbon dioksida, gas nitrogen dioksida, gas sulfur dioksida dan beberapa gas2 rumah hijau dan seterusnya memerangkap cahaya ultramerah (infrared) di ruang udara secara berlebihan dan memanaskan suhu bumi.. Semakin hari, persekitaran bumi semakin panas dan tidak mustahil bumi akan mengalami deman panas beberapa tahun mendatang..

Kemarau yang berpanjangan, peningkatan pencairan ais di antartika, peningkatan aras air laut (sea level), cuaca bumi yang tidak menentu dan pelbagai penyakit dihadapi oleh manusia kesan pemanasan global yang berlaku ke atas muka bumi ini..

Tidak takutkah kita????Semakin hari kita semakin merasakan kepanasan itu?? Tidak takutkah kita dengan ujian Allah??Jika kita hayati tafsir Ayat 41, Surah Ar-Rum di mana Allah swt menurunkan ujian ke atas manusia supaya manusia sedar dan insaf dengan kesilapan dan kembali ke jalan Allah swt..Wallahu’alam..

Para pejuang Allah..tidak sedihkah kita dengan fenomena ini??? Sakitnya bumi ..Adakah kita hanya memandang enteng tentang isu ini???Walaupun kita tidak mampu menghentikan pemanasan global yang melanda bumi kita, mungkin dengan sedikit pencegahan dan kesedaran kita akan mengurangkan kesakitan yang dihadapi oleh bumi..Antara pencegahan yang boleh kita sama2 lakukan ialah mengamalkan 3R (recycle, reduce and reuse), kurangkan penggunaan air cond/ elektrik, menanam pokok2 yang menghijau di kawasan rumah dan sekolah dan lain2..

Rindulah pada rimbunan yang menghijau, yang memberi ketenangan kepada kita dengan izin Allah swt..

Wallahu’alam…Alhamdulillah..Puji-pujian kepadaMu Ya Rabb..

Relief class….. 


Waktu menunjukkan jam 12.25 pm..ana melangkah ke kelas 2 Harapan.. Ana hanya duduk memerhati pelajar-pelajar yang leka dengan urusan masing-masing…Mungkin kerana semua pelajar adalah pelajar perempuan, tanpa segan silu beberapa pelajar membuka kain tudung dan mula mempamerkn mahkota idaman si jantan…Rambut lurus kesan dari teknik rebonding menyerlahkan lagi keremajaan mereka…
 Ana leka dengan Al Furqan, si jantung hati…helaian demi helaian diteliti menenangkan hati ana… Ya Rabb, moga ketenangan ini sentiasa menemani aku..Sedang ana menghayati tafsir Al Quran, beberapa pelajar menghampiri ana..
“ Ustazah…ustazah…”, mereka memulakan bicara..
Sejuk hati ana apabila pelajar memanggil dengan panggilan ustazah ..Walaupun teringin untuk mendengar pelajar memanggil dengan panggilan ustazah , tetapi ana kena clearkan status ana..
“ Awak..saya cikgu sains, bukan ustazah”, ana mengclearkan status ana..
“Cikgu dah kahwin?’’, tanya mereka lagi..
“ Belum”, ujar ana..
“ Tapi cincin kat jari manis cikgu tue…” soal mereka lagi..
“ Ini cincin warisan keluarga cikgu,” jawab ana berterus terang (^__^)
Banyak persoalan yang timbul di fikiran mereka dan diutarakan kepada ana..
“ Cikgu, kalau saya tak solat, saya akan masuk neraka ke?”
“ Cikgu, selaput dara tue macam mane yer?”
“ Cikgu, couple tue boleh x?”
“ Cikgu, kalau kita meninggal dunia semasa kita dalam keadaan haid, kita akan masuk neraka ke?”


 (beberapa persoalan yang bermain2 di benak mereka)

Alhamdulillah, ana cuba mengclearkan pemikiran mereka dengan menceritakan sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang Allah hadiahkan kepada ana..Dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang dikongsi, mereka teruja dan mula mengangguk…harap2 mereka faham apa yang ana jelaskan…
Tanya ana kembali kepada mereka..
“ Awak semua nie solat x?”
“ Pandai mengaji Al Quran x nie?”
“ Pernah couple x nie?”
Mereka membuat pengakuan di mana mereka jarang solat dan ade yang dah couple..
“ Cikgu, saya tak solat..tak pandai nak solat…”
Istighfar ana dalam hati..Astaghfirullahala’zim…kesian kat adik2…kurangnya pendedahan terhadap agama Allah swt..

Ana tak salahkan ustaz/ustazah…kalau nak diikutkan, Pendidikan Islam sudah diajar di sekolah2 dan syllabus buku teks merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita.. 
Kalau diteliti, mungkin kurangnya penekanan dan pengukuhan terhadap ilmu agama itu sendiri dan kurangnya penerapan nilai2 murni di dalam kehidupan harian..kebanyakan pelajar hanya belajar pendidikan islam untuk lulus exam dan tidak mengaplikasikan di dalam bentuk praktikal di dalam kehidupan harian..”Islam is the way of life” masih kabur di mata hati mereka..Disebabkan kurangnya pemahaman tentang hukum2 Allah swt menyebabkan mereka tidak takut dengan balasan Allah swt..
Perkara yang paling utama ialah peranan ibu bapa..kemewahan harta bukanlah kunci utama kebahagiaan dan ketenanngan hidup..Yang paling penting, kemewahan ilmu agama, kasih sayang dan budi bahasa merupakan kunci utama sebuah kebahagiaan dan ketenangan itu… zuriat adalah anugerah Allah swt dan merupakan generasi yang akan menyambung perjuangan Nabi Muhammad saw dan para sahabat sahabiyah…matarantai2 perjuangan Nabi Muhammad..
Tetapi pabila kita melihat anak muda masa kini, adakah impian untuk melahirkan pejuang2 Allah akan tercapai????

Wallahua’lam...


Sakitnya Al Fateh mengendalakan urusan kami...kenderaan berkuda yang banyak berjasa kepada ana dan sahabat...Di pagi hari, kami menaiki Al Fateh yang pantas bergerak mengharungi hiruk pikuk traffic jam...Syukur Ya Allah dengan nikmatMu... Suatu hari , Al Fateh rebah menghempap bumi (ayat hyperbola)...check punya check, tayar Al Fateh pancit rupanya (^_^)..Kami meninggalkan Al Fateh di tempat yang tersorok dari tumpuan manusia and meneruskan perjalanan ke sekolah..
 (ala-ala essay student Standard 4 (^____^))


::Syukur Ya Allah, dengan kehadiran Al Fateh memudahkan urusan dakwah kami di SMK Puteri Titiwangsa...Alhamdulillah (^_~)::

Kehidupan seorang pendidik bermula seusai melangkah memasuki SMK Puteri Titiwangsa...Sempat ana berbisik kepada partner ana " Kita adalah murobbi, kita perlu lakukan perubahan sedaya upaya kita..Allah dah letakkan kita di sini..." sempat kami mencipta matlamat dalam hati...

Realiti tak seindah yang difantasikan..Menghadapi variasi kerenah dari pelajar perempuan kadang2 melemahkan semangat kami sebagai guru praktikal...Allah3x...lemahnya ana..Ada pelajar yang menjeling; tanda greeting kepada guru baru, ada yang tersenyum, ade yang memandang sinis dan pelbagai mimik muka yang kami temui sebagai simbol mengalukan kedatangan kami..

Tapi ana bersyukur, mostly colleagues banyak memberi tunjuk ajar kepada kami..semuanya peramah..alhamdulillah...Yang penting niat kita ikhlas mendidik kerana Allah swt..Allah yang memegang hati pelajar2..Jika kita ikhlas mendidik, insyaAllah Allah akan mempermudahkan urusan kita kan?kan?(^_^)..

Udah mahu tidur...penat menjadi wanita bekerjaya nie..perlu tidur awal..hehe


Wallahu'alam..