Assalamu'alaikum..

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakhbar...KepadaMu aku bergantung hidup Ya Rabb...aku PERCAYA dan YAKIN tiada tuhan melainkan Allah swt dan Nabi Muhammad PesuruhMu Ya Rabb..

"Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepadaMu Ya Rabb, kerana memilih aku tuk sama2 berada di dalam kuliah ilmu"

Alhamdulillah, semalam dan malam nie ana berpeluang untuk menghadiri forum yang membincangkan tentang WANITA..Best tak jadi wanita??Alhamdulillah..Syukur Ya Allah ..

Tengah2 duk dengar forum, fikiran ana mula mencetuskan beberapa persoalan dan mula mencari dan menyimpul solusi terhadap persoalan2 yang timbul..

Apabila kita meneroka di zaman Rasulullah saw dan para sahabat, ramai mukminah yang boleh dijadikan role model kita sebagai seorang gadis, seorang wanita, seorang isteri, seorang pejuang, seorang yang bekerjaya dan sebagainya.. ..Siti Aisyah - isteri Nabi Muhammad saw serikandi yang cergas dan banyak ilmunya, Siti Khadijah - seorang isteri yang susah senangnya sentiasa bersama Nabi Muhammad saw dan ahli perniagaan yang berjaya dan menginfakkan segala kekayaan kepada Islam, Muti'ah - seorang isteri yang sangat taat kepada suaminya, Ummu Sulaim - wanita yang memiliki mahar yang paling berharga ( kalimah syahadah - pengislaman suaminya, Abu Thalhah), Zainab binti Abi Salamah - Seorang Perawi yang Hafiz dan ramai lagi mukminah2 yang boleh dijadikan contoh teladan...

Di zaman fitnah ini, masih wujudkan muslimah2 yang mempunyai ciri2 mukminah seperti contoh di atas??? Berapa ramai wanita yang menghafal al-Quran dan hadis???Berapa ramai yang beramal dengan sunnah Nabi Muhammad??Berapa ramai wanita yang taat kepada suami??????

Bagi ana, semua wanita ingin menjadi wanita yang lengkap dan terbaik di mata keluarga, di mata masyarakat dan lebih2 lagi bagaimana kita kelak ingin berhadapan dengan Allah swt..sudah cukupkah amal dan ilmu kita sekarang untuk menghadap Allah swt??takut ana memikirkan persoalan2 yang sentiasa timbul di benak fikiran..Ana tahu susah untuk kita mencapai peribadi2 seperti mukminah2 terdahulu, tetapi kita mesti berusaha untuk menjadi dan terus menjadi wanita solehah yang dapat menyeimbangkan antara urusan rumah tangga, urusan dakwah dan urusan kerjaya mengikut kapasiti kita...

Sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah. Isteri yang solehah pula akan berusaha melahirkan generasi Rabbani yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah SWT.

Ada seorang ukhti bertanya soalan kepada panel , "bagaimana kita nak rasa yang kita nie betul2 special dilahirkan sebagai wanita?"

Lahir sebagai wanita nie banyak keistimewaannya..nie sesetengah point je ekk..(^_^)
  • " Orang perempuan nie dapat "cuti" lebih setiap bulan, orang laki tak dapat..time ''cuti" tue, ikut suka nak bangun kul brape , nak bangun kul 8 ke, kul 9 ke..boleh makan time orng puasa pulak tue"..seloroh ustaz tue dengan hujah yang benar..Betul3x..bak kata upin dan ipin.(^_^)..Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : "Tidaklah seorang wanita yg haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa2nya yg telah lalu. Dan pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dgn mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 org syuhada apabila dia selalu berzikir kpd Allah selama haidhnya."

  • Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.”

Huraian:

Haji juga disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ibadah yang darjatnya sama dengan jihad fi
sabilillah, kerana apabila seseorang itu mati sewaktu menunaikan ibadah
haji, matinya itu
tergolong seperti mati syahid. Rasulullah SAW bersabda: " Jihad
orang yang tua, lemah
dan
wanita ialah menunaikan haji" (an-Nasa'i)

  • Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik...kan?kan?.. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Betapa indahnya menjadi wanita yang memelihara diri..Seindah mawar berduri di taman larangan..(^_^)

  • Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
    "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yg disinari matahari akan memohon ampun baginya & Allah mengangkat 1000 darjat utknya."

  • Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?

  • Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika dia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

  • Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu: Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

  • Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu; solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

  • Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Bestkan jadi wanita..kan?kan?(^_^)

Tuntasnya, kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisirkan rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."


Wallahu'alam..