BIDADARI..

Suka dengar lagu nie..moga menjadi bidadari rumahtangga, InsyaAllah..bidadari dunia dan akhirat(^_~)..tajuk BIDADARI nyanyian MUNIF HIJJAZ..Jom layan lagu nie..



Wallahu'alam..smile..(^____^)

::Rindu pada bisikan hati::

Allahuakhbar..sedih memikirkan cita2 yang tidak kesampaian..melihat ibu2 mengandung dan keletah bayi2 membuatku teruja untuk menjadi seorang Gynaecologist.. tetapi dek kerana pilihan mak ayah,  ku terima dengan redha..impianku makin hilang meniti usia..aku adalah Murobbi..aku yakin ada hikmah di setiap takdir Allah swt..aku pasrah Ya Rabb..ku teruskan cita-cita dengan hati yang bahagia (^_^)..aku redha Ya Rabb..Aku redha....

Wallahu'alam..

KITA DAN AL-QURAN




JANGAN MENGELUH ............
Kita selalu Bertanya.... ......... .....

....dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... ........


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.' -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' - Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.' - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk' - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ' - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.' - Surah Yusuf ayat 12

Wallahu'alam.

seMANIS epal..(^_^)


Seminggu lepas, ana menerima satu message offline dari seorang sahabat..

" biey, ore tengah serabut nie
"

lebih kurang macam tue la message o
ffline yang ana terima..then, ana terus buzz ym sahabat ana tue, tp idle..

"kalau tak pasal lelaki, mesti bergaduh dengan member nie.."


Ana dah mula merangka assumptions...ana buzz ym sahabat ana nie, tp still idle..then, dua tiga hari lepas tue, ana buat perisikan..risik punya risik, sahabat ana tue bergaduh ngn member2 kamcing rupanya... takkan nak dilupakan sahaja 4 tahun persahabatan semata2 satu peristiwa kecil yang berlaku..retorik kah persahabatan itu??ruginya...dahlah final semester nie...lupakah mereka tentang kemanisan persahabatan tue???




Teringat ana 1 bulan lepas (kalau tak silap ana), salah seorang dari sahabat2 baik ana (nama A) call ana dan bagitahu ana dah lupakan dia..sampai dia boleh cakap "aku benci biey!!"..banyak kali dia ulang ayat yang sama...tercengang ana seketika..ana tahu dia tengah merajuk ngan ana..then, ana call n sms si A dan sahabat2 baik ana yang lain ( member2 kamcing mase kat mrsm+mara kulim), ana msg mohon kemaafan sebab jarang contact..sedih ana mase tue..keluar jugak lah air mata :(...

Ana sedar ana silap sebab jarang message or call sahabat2 ana..tapi tak bermakna ana tak ingat sahabat2 ana dulu..teringin nak jumpa tp kekangan masa kadang2 membantut keinginan itu...ana bersyukur sebab sahabat ana (A) menyedarkan ana tentang erti persahabatan yang sebenar..tak kan 1 sen sms pun kita sayang nak guna tuk msg sahabat2 yang kejauhan...tapi alhamdulillah, mase ana call A semalam , dia dah boleh gelak2 ngn ana..Syukur Ya Allah..ana tahu dia merajuk sayang ngan ana..i'm sure for it..(^___^)

Hebatnya kasih sayang dalam persahabatan nie...kalau kita bersengketa/terasa hati dengan sahabat2 kita, kita perlu berlapang dada dan mintak maap walaupun kadang2 bukan kita pun yang salah..cuba larutkan kemarahan/ kepahitan itu dengan kemanisan persahabatan yang kita bina bertahun2 lamanya..cuba imbau kembali kenangan2 indah semasa tempoh persahabatn tersebut..apabila dah rasa tenang, ambil lah langkah untuk menjernihkan kembali persengketaan yang berlaku..tak rugi jika kita yang memohon kemaafan dan cuba rendahkan sedikit keegoaan kita..tidak takutkah kita dengan laknat Allah swt jika kita memutuskan tali silaturrahim??Hukum orang yang memutuskan silaturrahim adalah haram dan dilaknat oleh Allah swt..

Sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.”
(Surah Muhammad: Ayat 22-23)


Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

َMaksudnya:

“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.”
(Hadits riwayat Muslim)


Ya Allah, mohon dijauhkan dari azab yang pedih..Nauzubillah..

Moga kita sama2 muhasabah diri dan bersegeralah memohon kemaafan (jika ada persengketaan)..Wallahu'alam..(^_^)


Assalamu'alaikum...bertemu kembali di arena penulisan.. (^_^)



Teringat di saat pertama kali melangkah ke Universiti Malaya, perasaan bercampur aduk antara gembira dan sedih ... Gembira kerana berjaya menjejakkan kaki ke universiti tertua dan sedih mengingatkan akan berjauhan dengan ahli keluarga..Pejam celik pejam celik sudah 8 semester ana mengharungi kehidupan di UM..pelbagai corak dan warna melakari kanvas kehidupan ana..bertemu dengan variasi ragam mahasiswa mendewasakan kehidupan ana..dikelilingi dengan sahabat2 dan adik2 junior merapatkan ana kepada Pencipta..begitu hebat impak persahabatan dalam kehidupan ana..

UNIVERSITI tempat yang terbaik untuk mencari makna kehidupan..adakah kita pulang sebagai graduan yang hanya memiliki segulung ijazah??adakah kita pulang sebagai mahasiswa yang berimej ustaz/ustazah??adakah kita pulang sebagai mahasiswa yang berimej mak nyah??adakah kita pulang sebagai mahasiswa yang bukan hanya membawa segulung ijazah tetapi menghadiahkan anak luar nikah kepada ibu bapa kita??Nauzubillah..moga dijauhkan dengan ujian sebegitu..berapa ramai mahasiswi ternoda dan tinggal bersama lelaki yang konon2nya dianggap
suami sedangkan akad belum dilafazkan..Berapa ramai mahasiswi yang dulunya bertudung dan kini menunjukkan mahkota kepada umum sedangkan mahkota tersebut hanya layak dilihat oleh jodohnya..

Saidatina Siti Aisyah lahir sebagai ilmuwan yang tinggi ilmunya dan merupakan graduan dari UNIVERSITI RASULLULAH..selepas berkahwin dengan junjungan Nabi Muhammad saw, Saidatina Siti Aisyah mendapat ilmu terus dari suaminya, baginda Nabi Muhammad saw..Subhanallah, beruntungnya..(^_^)

Universiti adalah tempat untuk kita mencari seberapa banyak ilmu ...Universiti adalah pusat tarbiyah..Orang-orang yang berjuang ditarbiyah dengan tarbiyah yang tinggi, tarbiyah Al-Quran, tujuan yang satu untuk menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini...Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri forum2 dan seminar2 yang dianjurkan oleh persatuan2 di universiti.. Hitam putih sepanjang kehidupan kita akan mendewasakan kita..

Tinggal beberapa minggu untuk ana menyudahkan pengajian di UM...insyaAllah...Apa bakti yang ana akan bagi kepada masyarakat??...Sudah cukup bersediakah ana untuk melangkah ke alam pekerjaan??...Tempat yang sebenar untuk mengaplikasikan segala teori yang ana belajar di UM..MUROBBI...mendidik anak2 bangsa untuk menjadi INSAN yang sebenar..sebagai aset kepada agama Allah swt...Sudah cukup bersediakah ana???Allahuakhbar!!..bantulah hambaMu ini..Memikirkan diri yang kekurangan ilmu, layakkah ana sebagai pendidik kepada insan2 yang sedang mencari makna kehidupan??Moga Allah swt sentiasa mempermudahkan urusan ana dan sahabat2 yang akan melangkah ke alam pekerjaan..

Wallahu'alam...