keluarga blog

Assalamu'alaikum...ari nie, bual2 kosong jer..moga2 dapat menjentik hati nurani..(^_^)

Alhamdulillah, sudah ramai pendakwah mengunakan 'blog' sebagai medan dakwah mereka...kredit to all bloggers yang menggunakan blog sebagai medium dakwah...hehehe..moga usaha yang sedikit ini dapat melebarkan sayap dakwah ke setiap ceruk dunia..amin..


Ana kagum dengan beberapa pasangan yang menggunakan blog sebagai platform dakwah..wahh..suami ada blog, isteri pun ada blog dan tak ketinggalan anak2 kecil yang baru berusia 6 tahun, udah pandai nulis nulis dalam blog..so ana gelarkan mereka sebagai 'keluarga blog' yer(^_^)..setiap ahli keluarga berperanan dalam penulisan artikel2 dalam blog masing2; si suami menulis more kepada kepakarannya (kerjaya,dakwah, perjuangan dan kehidupan berkeluarga), si isteri pulak banyak menulis berkenaan kepakarannya ( mostly dalam pengurusan anak2, kerjaya dan dakwah sesama muslimah) dan anak2 pula banyak menulis berkenaan dengan ahli keluarga dan kehidupan harian..saling lengkap melengkapi gitu..(",)

Apabila membaca "keluarga blog", sometimes kita boleh baca pemikiran dan bagaimana kehidupan rumahtangga mereka..dan yang penting skali, kita boleh ambil sebagai panduan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian..alhamdulillah, dakwah mereka menjadi kan?kan?(^_^)..

Tetapi, jika satu pasangan yang mempunyai banyak ilmu agama dan membuat satu "blog" bersama sedangkan mereka masih belum ada ikatan sah..adakah itu jalan yang terbaik untuk berdakwah??bagaimana jika tiada jodoh antara mereka???adakah selepas berpisah (tiada jodoh) , mereka hanya akan meninggalkan blog tersebut sehingga bersawang atau kedua2nya masih menggunakan "blog" yang sama untuk berdakwah sedangkan pada masa yang sama, mereka telah mempunyai suami/isteri masing2..

Beberapa hari lepas, ana mencari maklumat berkenaan dengan ciri2 qurratu a'yun yang perlu ada bagi seorang isteri (^_^)..then, ana terbuka satu "blog bersama"..penulis blog tersebut; seorang teruna dan seorang dara..dan kedua-duanya belajar di aliran agama dan ana pasti mereka pasangan yang masih belum berkahwin dan ada impian untuk membina mahligai bersama..terdetik di hati ana, berdakwah guna blog nie baguih dohh, tp agak tercalar sedikit jika blog ini dimiliki oleh "pasangan" yang masih belum ada ikatan suci..ana doakan semoga pasangan tersebut dipermudahkan urusan perkahwinan dan dapat menggunakan medium "blog" sebagai salah satu medan dakwah mereka dengan sebetul-betulnya..amiinn...

Ada juga sesetengah bloggers menggunakan blog sebagai 'diari' mereka..setiap detik yang berlaku dalam kehidupan seharian dicoretkan di dalam blog...hari ni pakai baju ape nak g kuliah? makan tengahari dengan siapa?pukul brape bangun hari ini?..semua peristiwa harian dimasukkan dalam blog...berat berat (bak kata ore kelate)..hehehe...ana paling tak setuju pada mane2 bloggers yang menulis novel (ala2 luahan hati) untuk dibaca oleh orang ramai dan tentu sekali dituju kepada "pujaan hati"...segala luahan hati dicurahkan dalam bentuk tulisan...enggak patut dong..hehehe..

Yang pentng, sesiapa yang suka menulis dan ada bakat untuk menulis, jadikan blog sebagai salah satu platform dakwah...insyaAllah, secara tak langsung hati kita juga akan turut didakwah oleh pena2 yang terlakar di blog kita..

Wallahu'alam...

Italic

Assalamu'alaikum..i got this information from one of islamic website..tak fair if hanya letakkan post "panduan memilih isteri"..kene jugak letakkan post "panduan memilih suami"...baru balance kan?kan? (^_^)



Islam memberi jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan samada menerima atau menolak calon suaminya. Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya, kerana kehidupan berumahtangga tidak bolah didirikan atas dasar paksaan.

Allah swt , memberikan setiap perkahwinan itu dengan rasa kasih sayang dan rahmah. Tentu sahaja cinta, kasih sayang dan rahmah tidak akan ada jika perkahwinan itu dilaksanakan dengan paksa. Rasulullah saw bersabdaa maksudnya :

"Mintalah pendapat kaum wanita dalam masalah mereka sendiri, janda menentukan dirinya sendiri, sedangkan diamnya gadis menandakan persetujuannya" (HR Tabrani)

Cara yang paling tepat untuk memilih suami yang baik iaitu dengan mengetahui latar belakang kehidupannya. Di zaman Rasulullah saw, untuk mengetahui keadaan calon suami, orang tua atau wali akan bergaul langsung untuk mengenali lelaki tersebut. Umpamanya Rasulullah saw tidak memilih Ali untuk puterinya Fatimah, kecuali baginda mengetahui akhlak dan agamanya.

Islam juga membolehkan kaum wanita menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh. Sikap seperti ini tidak salah kerana bertujuan ingin mendapatkan keredhaan Allah swt dan untuk memperolehi pahala daripadanya samada apakah tawarannya itu diterima ataupun sebaliknya.

Anas ra berkata : Ada seorang wanita yang datang menawarkan dirinya kepada Rasulallah saw dan berkata : Ya Rasulullah saw apakah baginda memerlukan aku?. Puteri Anas ra yang ada di situ mencela wanita tersebut. Kemudian anas ra berkata kepada anaknya itu : Dia lebih baik daripadamu wahai anakku. Wanita tersebut suka dengan nabi dan menawarkan dirinya. Kerana sikap wanita tersebut tidak melanggar tuntutan agama, maka Rasulullah saw tidak mencelanya, maka baginda menolak tawaran tersebut dengan cara berdiam diri, agar tidak melukakan perasaan wanita tersebut.

Islam juga memberi hak kepada kaum wanita agar menolak pasangan yang dijodohkan untuknya atau yang meminang dirinya. Jika orang tua atau wali sesuka hati memaksa kahwin dengan lelaki yang tidak disukai lantaran akhlaknya yang buruk, maka wanita itu berhak menolaknya.

Anis binti Qatadah mempunyai suami bernama Khanfasa` bin Khaddam yang meninggal dunia dalam Perang Badar. Ayahnya mengahwinkannya dengan orang lain secara paksa. Anis Bin Qatadah menghadap Rasulullah saw dan menceritakan nasibnya itu. Ya Rasulullah, ayahku memaksa aku kahwin dengan pilihannya, sedangkan aku lebih menyukai bapa saudara daripada anak-anakku sebagai pengganti suamiku. Maka perkahwinan itu dibatalkan oleh Rasulullah saw, dan Rasulullah saw merestui perkahwinan Anis dengan saudara suaminya, kerana kepentingan wanita tersebut dan anak-anaknya.

Tidak ada yang berhak memaksa seorang gadis untuk kahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Tetapi jika ayahnya telah memilih untuknya suami yang soleh maka itu lebih baik baginya agar menerimanya. Kerana orang tua selalu menginginkan agar anaknya bahagia, serta memperolehi suami yang bertanggungjawab.

Perkahwinan yang berdasarkan paksaan kadang-kala akan menerima kehancuran kerana di antara suami isteri tidak sayang menyayangi dan tidak saling mencintai. Firman Allah swt maksudnya : Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang.(Ar-Rum : 21)

Jika kaum wanita atau gadis ingin memilih calon suaminya sendiri, maka janganlah mengikut keinginan nafsu sahaja. Perhatikanlah aspek keimanan dan ketakwaan yang dimiliki oleh calon suami tersebut. Jangan selalu mengutamakan kedudukan dan harta, kerana kedudukan dan harta boleh lenyap bila-bila masa sahaja. Allah akan menjamin kebahagiaan hidup suatu keluarga di dunia ini jika mereka beriman dan bertakwa kepada Allah swt.

Firman Allah swt maksudnya: Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(An-Nahl :97)

Jangan merasa bimbang jika calon suami tidak mempunyai harta yang banyak. Namun seandainya ia tergolong orang yang bertaqwa dan beramal soleh maka Allah akan memberikan rezeki yang cukup kepadanya. Abu Dzar berkata, bahawa Rasulullah saw bernah bersabda maksudnya : Sesungguhnya aku mengetahui suatu ayat, sekiranya orang ramai berpegang teguh dengannya mereka akan hidup makmur.

Kemudian baginda membacakan ayat tersebut maksudnya :

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki daripadanya arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu. (Ath-Thalaq :2-3)


**sumber: carijodohislam.com

Wallahu'alam


Assalamu'alaikum..


"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)


Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.



Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.





Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina


Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman


Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.



Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan


Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Serbia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali


Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman


Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam emas.- Bidalan Tamil


Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.


**sumber: kelantan.net

Assalamu'alaikum...alhamdulillah, hari ni, ana m'dapat ilham dari Allah swt untuk menulis karya ....Mintak maap if cerpennya kebudak-budakan yer...first time jadi penulis cerpen nie (^____^)..selamat membaca..

*****************************************************




" Menikahimu suatu kesilapan, dahlah mandul!!!", jerit Darimi kepada isterinya, Syarina

" Allahuakhbar!!Allahuakhbar!!Alla
huakhbar!!!apa silap ina, abang", ratap si isteri..

" Benarkan aku menikah yang lain", tegas Darimi kembali..

"Jika itu kehendak abang, ina izinkan..nikahlah agar tiada maksiat yang terjadi.."..kata-kata Syarina menyentap ego suaminya..

"Abang, ina redha abang kahwin lain tapi izinkan ina untuk kembali aktif dalam kerja2 dakwah.", ujar Syarina..Sebak hatinya di kala itu..Redhakah aku dengan keputusan ini??

Syarina bergegas ke bilik air..Dengan cermat wudhuk diambil dan solat hajat disempurnakan dengan khusyuk...Aku sujud padaMu Ya Rabb..Aku redha Ya Rabb jika ini yang terbaik untuk kami berdua...

" Alhamdulillah, moga dengan poligami ini lebih mendekatkan diri aku padaMu Ya Rabb", doa Syarina di dalam hati..


***********************************************************

Dua hari lepas di Klinik Sakit Puan Ampang..

" Syarina, saya harap awak sentiasa bersabar..laporan perubatan menunjukkan kamu normal dan tiada masalah untuk mendapatkan anak..Bersabarlah dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat kelak", nasihat Dr. Qaseh kepada pesakitnya.

" Alhamdulillah", ucapan syukur terbit di bibir Syarina..

*************************************************************

Teringat Syarina kepada perbualannya dengan Dr.Qaseh dua hari lepas...

"Alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk menimang cahayamata", Syarina bermonolog dalam hati..Tapi hatinya hancur disebabkan tuduhan melulu suaminya..MANDUL...MasyaAllah, sanggup suaminya menuduh begitu...Sabarlah wahai hati..

Sudah dua minggu suaminya menikah lain.. Maria, gadis pingitan di syarikat suaminya menjadi madunya...Cantik orangnya...Pandai bergaya, ala2 artis gitu..tercuit hati Syarina melihat keletah manja madunya.."Moga suaminya dapat membimbing Maria", Syarina bermonolog di dalam hati...

Selepas berkahwin dengan Darimi, komitmen Syarina tertumpu kepada kehidupan suami isteri..Syarina berusaha untuk menjadi isteri yang taat kepada suaminya...Tersenyum Syarina pabila teringat kisah seorang sahabiyah di zaman Nabi Muhammad saw, Muta'ah yang amat setia dan taat kepada suaminya..Moga diriku sesetia dan setaat Muta'ah..Banyak masa dan tenaga digunakan untuk menguruskan rumah tangga..Alangkah bahagianya di kala CINTA suami masih untuknya..Hidup pada MEMBERI tanpa mengharapkan balasan atau penghargaan.....Kini, kehidupan bermadu menjadikan Syarina lebih tabah dan semakin bergiat dalam kerja2 dakwah..Serikandi ISLAM bangkit dengan semangat JIHAD..Dirinya akur dengan takdir Ilahi..

Kehidupan Syarina bersama suaminya masih seperti dulu..Layanan yang diberikan Syarina masih utuh seperti dahulu walaupun kini terpaksa berkongsi kasih..Ketenangan yang dimiliki oleh Syarina menjadikan wanita tersebut semakin akrab dengan Pencipta..Solat Tahajjud menjadi teman sekangnya di kala malam berlabuh..Tangisan kesyukuran membasahi pipinya seusai solat dilaksanakan..

****************************************************

"Ina, nie ade surat dari Aman Palestin," sepucuk surat dihulurkan kepada Syarina oleh sahabat baiknya, Munirah..Syarina membuka sampul surat dan satu demi satu ayat dibaca..

"Alhamdulillah, termakbul doaku..Terima kasih Ya Allah", ucap Syarina dalam kegembiraan..Segala impiannya tercapai..Kini, dia berpeluang menjejakkan kaki ke Bumi Palestin..

************************************************************************

Seusai pulang dari tempat kerja,

" Abang, ina nak mintak izin dari abang nie", Syarina memulakan perbualan

" Apa dia?," acuh tak acuh jawapan yang diberikan oleh suaminya.

" Abang, ina berpeluang untuk menjadi sukarelawan di bumi Palestin..ina akan bertolak hujung minggu ini, " kata2 kegirangan keluar dari mulut mungil isterinya..

" Apa???", terkelu suaminya.

Jauh di sudut hati, CINTAnya masih tulus untuk isteri tercinta..Sayang dan cintanya tetap utuh untuk Syarina lebih dari cintanya pada Maria...Kadang2 terbit rasa menyesal di hatinya kerana telah mengkhianati cinta dan kesetiaan Syarina..Sanggup dia melontarkan kata 'MANDUL' kepada isterinya semata2 ingin berkahwin lain... Ampunkan dosa hambaMu ini, Ya Allah..

"Abang, boleh tak?", kata2 Syarina membunuh khayalan Darimi..

" Sanggup ina nak tinggalkan abang", pujuk si suami .

"Takpe, Maria kan ada. Dia boleh jagakan abang sepanjang ketiadaan Ina nanti", ujar Syarina kepada suaminya.

" Nantilah, malam nie abang bagi jawapan yer", lembut suaminya berbicara..

"Orait..", keceriaan tergambar di wajah Syarina..

**********************************************************

Darimi akur dengan keputusan Syarina..Dia melepaskan Syarina dalam keterpaksaan.. 10 bulan bukanlah jangka waktu yang pendek...Dia terpaksa mengotakan permintaan yang dibuat oleh Syarina sebelum perkahwinannya dengan Maria..Dan ini adalah HADIAH di atas pengkhianatan CINTA Syarina...

**********************************************************

Di Bumi Palestin..

Sudah 2 minggu Syarina menjejakkan kaki di Bumi Palestin...Kegembiraan terpancar di wajah Syarina..Kerja2 sukarelawan dilakukan dengan sebaik mungkin...Ini MEDANNYA..."Aku adalah matarantai perjuangan Nabi Muhammad saw"..kata2 semangat sentiasa bermain di fikirannya...Moga sedikit usaha ini dapat membantu menegakkan kalimahMu Ya Rabb..."Biar hancur badan ini, tapi jangan sampai orang kafir menggugat agama Islam", ikrar Syarina di dalam hati

Kak Wildani, naqibah yang turut serta dalam misi ini sentiasa memberikan kata2 semangat kepada Syarina untuk terus thabat di medan dakwah..Alhamdulillah, Syarina memanjatkan kesyukuran kerana ditemani sahabat2 yang sentiasa berdakwah di jalan Allah swt..

Kedinginan musim sejuk di Baitul Maqdis mencengam sum-sum tulang Syarina..kerja2 sukarelawan yang tak pernah habis menyebabkan Syarina tidak menjaga waktu makan..Sudah dua hari, dia hanya menjamah secubit dua roti untuk mengalas perut.

Suatu hari semasa membantu mangsa Palestin yang luka kecil, tiba2 Syarina rebah ...kaget sebentar kak Wildani melihat situasi sebegitu..Syarina segera dipapah oleh beberapa muslimah ke khemah..

"Alhamdulillah ina, penantian kamu selama ini termakbul..kamu hamil ina", ujar Kak Wildani seusai Syarina sedar dari lenanya..

"Allahuakhbar!!!Aku bersyukur Ya Allah, moga zuriatku akan menjadi pahlawan ISLAM yang tinggi semangat jihadnya ", ujar Syarina dalam kegirangan..

"Abang, ina akan melahirkan anak abang", monolog ina penuh keceriaan..Teringat Syarina kepada suaminya yang jauh di Malaysia...Walaupun hatinya masih derita di atas takdir hidupnya, tapi jauh di sudut hati, cintanya masih milik suaminya hingga ke Syurga..

Perkhabaran gembira masih belum diberitahu oleh suaminya..Hajat di hati nak bagi
suprise seusai pulangnya ke Malaysia kelak...

******************************************************

" Anakku, umi doakan agar kamu menjadi insan sehebat Salahuddin Al-Ayubi, pahlawan Islam.. Bangkit menentang yahudi laknatullah.."

Setiap malam, Syarina akan berbual dengan bayi yang dikandungnya..sudah 7 bulan usia kandungannya dan semestinya sudah lebih 7 bulan dia merindui suaminya..Tapi misinya di Bumi Palestin belum berakhir..

"Bertahanlah wahai hati", Syarina memujuk hatinya..Syarina membuka buku dairinya..Dia mula menulis nota hati untuk suaminya...jari jemarinya rancak menterjemah luahan hati kepada suaminya..Luahan hati seorang isteri untuk suaminya..Diceritakan perubahan2 fizikal dan emosi yang berlaku disebabkan kandungan yang semakin membesar.. gembiranya bergelar seorang ibu..itulah rutin hariannya di waktu sekang masa yang ada..segala yang berlaku di bumi Palestin dinukilkan di dalam diarinya..

***************************************************

Sebulan kemudian,

"Gedebummm.." bunyi ledakan bom membanjiri bumi Palestin..bunyi ledakan bom menjadi halwa telinga Syarina dan sukarelawan2 yang lain..kadang2 timbul rase ngeri di hati Syarina tetapi kata2 semangat yang dilontarkan oleh Kak Wildani mengembalikan semangat JIHADNYA...Hidup matinya hanya untuk Allah swt..Kepayahan membawa kandungan tidak melemahkan semangat Syarina untuk terus berbakti kepada agama Allah swt..

"Gedebummm", bunyinya semakin hampir...

"Ya Allah, kau selamatkanlah kandunganku ini", doa Syarina di dalam hati..Ini hadiah yang paling berharga untuk suaminya..

Syarina terus bertahan dan menyelamatkan mangsa2 yang tercedera..Dipapahnya wanita dan gadis2 celik yang terkena serpihan2 ledakan bom...

Tiba-tiba..

"Gedebummm!!Gedebumm!!"...Syarina longlai rebah menjamah bumi..Kakinya cedera teruk terkena serpihan ledakan bom..

Kak Wildani yang melihat situasi itu terus bergegas mengangkat Syarina..Dengan kudrat yang tidak seberapa, kak Wildani memapah Syarina..

" Akak, perut saya sakit sangat", rintih Syarina dalam kesedihan

" Sabar ina, jap lagi kita akan sampai ke khemah..bertahan dik", sayu suara kak Wildani memujuk Syarina..

" Akak, kalau ina mati , tolong selamatkan baby ina yer...nie hadiah ina untuk abang", senyuman terukir di bibir ina..Dalam kesakitan yang teramat, Syarina masih sempat berpesan kepada Kak Wildani

" Ina, mengucap ina..bersabar lah dik, jap lagi dah nak sampai," ujar Kak Wildani

"Allah..Allah..Allah...", Syarina merintih lemah..semakin lemah kata2 yang terbit di bibir Syarina..

**********************************************

Di Malaysia..

Panggilan yang diterima dari pihak Aman Palestin melemahkan semangat Darimi..Lemah longlai seketika tubuhnya mendengar perkhabaran yang tidak disangka itu..Ya Allah, beratnya dugaanMu..

*******************************************************

Jenazah Syarina disemadi di tanah jihad...Baitul Maqdis...Syarina syahid di medan perjuangan...Allahuakbar, indahnya janji Allah swt kepada mujahid mujahidah yang thabat dalam perjuangan..

Darimi membawa pulang HADIAH YANG PALING BERHARGA dari isteri yang tercinta..Subhanallah, Seorang Mujahid celik lahir dari rahim seorang Serikandi yang syahid di Jalan Allah swt..

"Terima kasih Ya Allah di atas kelahiran zuriatku ini", Darimi mengucap kesyukuran...Diucup bertalu-talu pipi mongel bayinya. Disebalik kelahiran itu, hatinya menangis... Serikandinya syahid tanpa sempat bertemu dengannya..Penantiannya berakhir dengan kesedihan..


*************************************************

Di Malaysia...

Darimi meletakkan bayinya di atas katil...Wajah bayinya mirip benar dengan wajah isterinya...Teringat perkataan "MANDUL", lancang keluar dari mulutnya..Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ini.. Saban hari dia merindukan Syarina tapi dia perlu kental dan meneruskan kehidupan demi bayi dan Maria yang masih memerlukan dia..

Sebuah diari milik Syarina diambil dari beg pakaian Syarina...Tertulis ayat " Nota Hati Untuk Suamiku" di muka hadapan diari tersebut...Tersentuh hati Darimi ...Hebatnya CINTA Syarina untuk ku...Di halaman akhir diari tersebut, sekajang surat diselitkan khas untuk suaminya..

Kehadapan zaujku yang tercinta..

Alhamdulillah, Allah swt telah memakbulkan doa ina...Benih abang mula membesar di dalam rahim Ina.. Moga bayi yang dikandung ini menjadi pahlawan Islam yang meneruskan perjuangan Nabi Muhammad saw.. Ina harap anak kita nanti sehebat Salahuddin Ayubi, pahlawan Islam yang berjaya menakluk Jerusalem..Subhanallah..

Abang,

Rindu pada abang menjadi penguat ina untuk terus berjuang ke jalan Allah swt...Terima kasih abang kerana menikahi ina yang serba kekurangan ini..Ina bahagia menjadi isteri abang dan ibu kepada anak kita..Moga cinta kita sentiasa mekar hingga ke syurga..

Akhir kalam, ina memohon kemaafan di atas segala kekurangan ina sepanjang kita hidup bersama..

Salam sayang dari isteri yang kerinduan,

Syarina Zahra.



~THE END~

CANTIK YANG HAKIKI..


"Sesungguhnya Allah itu cantik, Allah suka kepada kecantikan..."

Ramai antara kita yang sedia maklum dengan maksud ayat di atas. Kecantikan, keindahan dan kebahagiaan adalah impian semua insan. Tetapi mostly kita pada masa kini hanyalah menjaga kecantikan luaran..beribu2 duit dihabiskan untuk membeli kosmetik, membuat pembedahan plastik untuk kelihatan lebih muda dari usia sebenar, membeli pakaian yang menyerlahkan bentuk tubuh agar kelihatan seksi dan sebagainya...

Tak salah untuk kita kelihatan cantik selagi ia tidak bertentangan dengan syariat ISLAM..tapi lupakah para sahabat semua, kecantikan yang paling kekal dan bernilai adalah kecantikan akhlak..jika seiringkan kecantikan akhlak dan penampilan luaran kita, alangkah cantiknya kita...CANTIK YANG HAKIKI (^_^)... kecantikan luaran dijaga rapi, dan menjaga aurat agar segala kecantikan luaran hanya dilihat oleh si dia yang BERHAK... Dan kecantikan akhlak terus dibina dan diamalkan dalam kehidupan dan beruntunglah si dia yang BERHAK ke atas kita kelak kan?kan?..hanya untuk si dia yang BERHAK yer (^_~)..

Hari ini, masih ramai yang lupa akan hakikat kecantikan. Hanya tahu menonjolkan kecantikan luaran tapi dalaman masih hodoh dan kotor. Apa yang lahir hanyalah pandangan zahir sedangkan kecantikan hakiki, lahir dari hati yang suci..So, untuk post ari ini, ana nak share beberapa tips untuk melahirkan kecantikan hakiki..ana ambik tips ni dari satu majalah islamik...Selamat menikmati santapan rohani yer;

TIPS UNTUK MEMPEROLEH KECANTIKAN HAKIKI

*MENJAGA SOLAT*


" Sesungguhnya solat itu mencegah diri kita dari perkara buruk dan mungkar"

Itu janji Allah swt kepada umatnya...Tapi make sure solat dengan khusyuk. Namun betapa ramai yang hanya menunaikan tanpa menghayati menyebabkan solat itu menjadi sia2. Tiada kecantikan yang terhasil daripada ibadatnya. Aduh, malangnya kita.. Setiap kali solat, kita diwajibkan untuk mengambil wudhuk. diibaratkan setiap kali kita ambil wudhuk, kita menyucikan diri...kesan wudhuk yang sempurna akan terserlah dengan kejernihan dan keserian wajah kita..Subhanallah, betapa indahnya kecantikan yang diberikan Allah swt kepada kita...menjaga solat bukan sekadar melakukannya, tapi menunaikan dengan sepenuh hati, termasuklah mengerjakan di awal waktu.. Lagi cantik jika ditunaikan secara berjemaah..Hakikatnya, walau di mana kita berada, kita wajib menunaikan solat..Itulah yang akan menjaga kecantikan hakiki kita.

* MENJAGA HUBUNGAN*

Menjaga hubungan sesama manusia amat dititik beratkan dalam ISLAM..Jagalah hubungan kita dengan kedua ibu bapa kerana kita tahu mereka sentiasa mendoakan kebaikan kita...Amalan yang dilakukan akan terhijab jika tidak diredhai oleh Allah swt..Setiap insan adalah bersaudara, dan kita diajar untuk memuji dan mendoakan perkara2 yang baik untuk saudara seagama..yang penting SATU AKIDAH bukan 1 MALAYSIA yer..(^_^)

* MENJAGA HATI*

Tiada keraguan untuk mendapatkan kecantikan hakiki andai hati kita suci murni.. Bagaimana ingin merawat hati...sering kita mengalami penyakit hati kan?kan?...bagi ana, yang penting banyakkan berselawat pada Nabi Muhammad saw, banyakkan istighfar, sentiasa berlapang dada dalam ape jua situasi dan keadaan, kurangkan bercakap benda2 yang membawa kepada kelalaian...yang penting praktikkan akhlak yang mulia setiap hari..ISLAM CARA HIDUPKU..(^_~)

*SENTIASA SENYUM*

Senyum merupakan satu terapi yang paling berkesan supaya sentiasa kelihatan cantik. Bahkan senyum itu kan satu sedekah..tak susah untuk menghadiahkan senyuman kepada orang lain kan?kan?(^___^).. Mereka yang sentiasa senyum akan sentiasa dipandang cantik..Sejuk mata memandang...Senyuman yang lahir dari hati yang bersih mampu mengubati hati saudara kita yang kesunyian dan dibelenggu masalah.. Hatinya pasti tenang apabila melihat wajah kita yang sentiasa tersenyum..Tapi senyum bertempat yer...(^_~)

*BERFIKIRAN POSITIF*

Mempositifkan pemikiran antara perkara yang agak sukar dilaksanakan. Ini kerana kita terpaksa melawan nafsu jahat yang ada dalam hati kita untuk menjadi positif..Kawal pemikiran dari memikirkan perkara yang buruk. Sentiasa bersangka baik dengan apa yang berlaku. Mungkin sukar, tapi setelah lama dipaksa, diri kita akan biasa...Banyakkan beriadah, Rasulullah saw berpesan , akal yang sihat lahir dari badan yang sihat...Apabila badan kita sihat, kita dapat berfikir secara waras maka lahirlah pemikiran yang positif..

*ADAB SOPAN*

Kelakuan kita biarlah sedap dilihat. Jangan sekali-kali menjadikan orang lain meluat dengan kita..Misalnya bertudung cantik dengan wajah yang ayu tapi at the same time menggedik sehingga naik bulu roma orang yang memandang...Enggak cantik dong..Bagi wanita, bukan sahaja wajib menutup aurat, malahan berjalan perlu tunduk ke bawah, bukan mendada atau mendongak langit yang tinggi..Begitu juga dengan lelaki, mesti menjaga pandangan dan jangan tersasar...Tapi selain menuruti perintah suruhan agama, dia harus bijak menyesuaikan dengan keadaan dan situasi..Misalnya bagi mereka yang bekerja, perlu melihat ke depan untuk memastikan dirinya di landasan yang betul...Mereka perlu bangkit untuk membela nasib jika ditindas...Ramah biarlah kena pada tempatnya..Biarpun kita berjumpa teman lama, tapi itu bukan tiket untuk kita mengganggu ketenteraman orang lain..Hormatilah hak mereka, jagalah adab sopan kita..Tidak cantik dipandang, jika bertudung labuh tapi ketawa menggilai seVista kedengaran..hehehe..(^______^)

*ISTIQAMAH*

Setiap perkara jika ingin mendapatkan kesan yang baik, perlulah dilakukan dengan istiqamah atau konsisten..Secara rasionalnya, apa juga perkara yang pada awalnya dipaksa akan menjadi habit atau amalan kita secara tak langsung. Dan mudah diamalkan seterusnya..

Akhir kalam, biarlah kita menjadi seorang yang memiliki kecantikan hakiki kerana itulah yang abadi dan sandarannya terus untuk mendapatkan keredhaan Allah swt..

p/s: ada banyak lagi tips untuk mendapat kecantikan hakiki..jangan berhenti mencari ILMU yer...

Wallahu'alam...