Humaiirra'...comey


Justify FullAlien nie namanya humaiira'...n rumate ana pun ade gak alien mcm nie..namanya saladin...kiranya saladin n humaiirra nie couple of the year la..hehehe..nyawa humaiirra nie bergantung pada tenaga solar..time tengahari, bukan main lagi menari zapin ngn saladin..comel sangat..untuk hidup, humaiirra' perlu bergantung sepenuhnya kepada tenaga solar..begitu juga dengan insan di dunia nie..ajal, jodoh pertemuan semuanya telah ditetapkan ole Allah swt..Kebergantungan kita hanyalah pada Allah swt..

Sekarang nie, umat islam hanyalah cintakan dunia dan melupakan kenikmatan syurga. Rata2 umat islam kini terbiasa melakukan maksiat dan bangga dengan maksiat yang dilakukan. Ana bimbang dengan generasi muda mudi pada masa kini...if mereka sendiri tidak meletakkan Allah di hadapan, bagaimana dengan zuriat mereka kelak..MasyaAllah...bimbangnya ana..sekarang nie, kaum yahudi laknatullah bertepuk tangan melihat kerapuhan hati pemuda pemudi islam...Mana mungkin Islam akan mengapai kembali kegemilangan jika pemuda pemudinya hanya cintakan kemaksiatan...

Sesungguhnya kegerunan musuh akan muncul apabila Islam dan Muslim kembali bersatu...Ana impikan saat itu, moga ana salah seorang serikandi pada zaman itu...bagi ana, pada masa kini proses untuk memperjuangkan kesucian Islam sebenarnya adalah proses menyucikan umat islam..Moga pemuda pemudi islam tersedar dari lena kemaksiatan dan mula menyucikan diri dari kekhilafan dan seterusnya bangkit memperjuangkan Agama Allah swt...

Wallahua'lam...


Sunnah orang berjuang...Kaulah tempat kebergantunganku..
Moga rahmatMu sentiasa mengiringi keluargaku dan diriku..Rindu pada abah ma menjadi kekuatan untukku memperjuangkan dakwah ke jalanMu..

Moga 'kekasih'ku diberkati olehMu dan bersemangat memperjuangkan agamaMu...Moga lahir ulama-ulama yang menjadi matarantai-matarantai perjuangan NAbi Muhammad saw..InsyaAllah, kami pohon redhaMu..


Assalamualaikum wbt..

Artikel kali ini adalah kesinambungan dari sebuah artikel yang ana baca dari blog seorang sahabat..Ana terfikir adakah wujud muslimah "playgirl" dewasa kini.. Tidak mustahil kan???

Perkataan "muslimah" digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai keperibadian yang mulia..bak kata salah satu dialog dalam filem " syurga cinta" , " perempuan yang lemah lembut, baik, pakai tudung"...semuanya perfect la...

"Playgirl" pula diibaratkan seorang perempuan yang suka memainkan perasaan cinta lelaki..Adakah perkataan "muslimah" dan "playgirl" boleh disatukan sedangkan kedua-dua makna bertentangan antara satu sama lain...macam langit dan bumi..fikir-fkirkan lah..

Tingkah laku muslimah sentiasa menjadi tontonan dan buah mulut masyarakat. Muslimah yang solehah diibaratkan sebagai perhiasan dunia dan menjadi idaman setiap insan bernama lelaki.

Bagi pendapat ana, istilah "muslimah playgirl" tidak akan wujud sekiranya setiap muslimah menjaga etika pergaulan sepertimana yang disyariatkan oleh Islam..

Kebanyakan muslimah di zaman ini sudah mula menonjolkan diri baik di bidang dakwah, politik, ekonomi dan sebagainya..Pengalaman ana semasa berada di dalam pimpinan persatuan mengajar ana untuk menjaga dan mempertahankan rasa malu dalam pergaulan dengan mana-mana muslimin dalam saf kepimpinan. Tidak dapat dinafikan kita (muslimah) akan sentiasa berhubung dan bekerja dengan para muslimin untuk membangunkan dan memajukan sesebuah persatuan yang dipimpin. Bagi ana, apa yang penting adalah niat kita..asalkan niat kita ikhlas dalam memimpin sebuah persatuan, insyaAllah, Allah akan menjaga kita baik dari segi pergaulan atau keperibadian kita.

Pergaulan kita (muslimin dan muslimah) mestilah sentiasa dijaga dan berhubung jika perlu sahaja...Tidak perlu melencong sehingga menimbulkan bibit-bibit kemesraan. InsyaAllah, tidak akan timbul istilah " muslimah playgirl" jika kita (muslimah) menitikberatkan soal pergaulan...

Muslimah diibaratkan seperti rama-rama yang sentiasa menarik perhatian mana-mana lelaki..Jika rama-rama tersebut disentuh oleh tangan-tangan yang tidak sepatutnya, warna di badannya akan mulai pudar dan hilang..begitu juga wanita, jika telah disentuh oleh lelaki yang bukan muhrim, maruah wanita tersebut akan mula pudar dan rasa malu akan hilang...dan " maharnya" akan mula menurun...

As a conclusion, jadilah seperti rama-rama yang sentiasa melindungi warnanya dari digapai oleh tangan kasar manusia..kita diibarat seperti mawar berduri di taman larangan dan hanya sang pemilik "miftahul"nya sahaja yang boleh membuka pintu di taman larangan itu dan memiliki mawar tersebut..

Wallahua'lam..Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana.


Indahnya Cinta bersulamkan Takwa kepada yang benar-benar berhak...Takwimku hanya untuk mencari cinta yang hakiki dan yang sentiasa dihargai Sang Pemiliknya....Seusai solatku, suara hatiku sentiasa berbicara denganMu..hanya Engkau berhak ke atas semua luahan hatiku...Moga cintaku sentiasa mekar untukMU....Rebutlah cinta Ilahi sebelum menerima cinta seorang insan bernama lelaki...(",)