Assalamualaikum..

Tengah
2 duk surf internet, terjumpa satu artikel tentang aktivis muslimah...so, ana ambik point2 penting untuk diselitkan dalam artikel kali ini...

INDAHKAH MENJADI WANITA???

Di zaman jahiliah, wanita di pandang hina, ditindas dan dilakukan seperti binatang..
Kemunculan Islam memartabatkan dan memuliakan wanita..Subhanallah...Muncul para sahabiah yang bersama2 perjuangkan ISLAM...mereka menjadi sayap kiri kepada para sahabat dalam menegakkakn Kalimah Tauhid..
Tapi apabila kita meneroka zaman kini, w
anita kembali ke zaman jahiliah...mereka menghinakan diri mereka sendiri...sifat MALU hilang ditelan dek arus globalisasi..Nauzubillah..Ya Allah, mohon dijauhkan dari terjerumus ke dalam kawah kejahilan...

Dewasa ini, umat islam semakin bercelaru dengan kehidupan yang dibajai oleh budaya2 Barat dan tersasar dari nilai-nilai Islam..
Seorang mufti Lebanon, Ustaz Faisal Maulawi, menyatakan " saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat".. So, menjadi tanggungjawab muslimah yang FAHAM supaya sama2 menghilangkan dugaan tersebut..Muslimah terutamanya diseru untuk mulai mengaktifkan diri dengan pelaksanaan nilai-nilai islam serta berupaya mengajak wanita2 lain untuk mendalami Islam...(^_^)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk menjadi muslimah yang disayangi oleh Rasulullah saw hendaknya diperhati empat hal berikut:(^_^)

Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (faham) terhadap din (agamanya).Seorang muslimah seharusnya
  • Dapat membaca A-Quran dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya
  • Dapat membaca hadith dan selalu menjadi bacaan hariannya
  • Berusaha mengikut sunnah Nabi Muhammad saw dalam kehidupan hariannya
  • Berusaha memperkayakan diri dan wawasannya melalui pembelajaran bersama guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya.
  • Berusaha membaca banyak buku agama seperti aqidah, akhlak, fiqh, sirah, Tarikh Islam, Sejarah dunia dan ilmu kontemporari lain
  • Contoh muslimah yang menguasai ilmu2 ini ialah Saidatina Aisyah r.a

Najihah fi Tarbiyyati Auladiha
  • Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik zuriatnya.
  • Manakala seorang aktivis yan belum berkahwin hendaknya mempelajari bagaimana cara mendidik anak cara Rasulullah saw (^_^)..Perlu a'lim dalam ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Sehingga dia tahu cara yan betul dalam mendidik anak mengikut Islam yang nantinya anak2 tersebut akan dipersembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin..InsyaAllah..
  • Ibu yang sukses yang boleh diteladani seperti Siti Hajar dan Siti Khadijah r.a

Muayyidah fi Da'wati Zaujiha
  • Sebagai aktivis, muslimah seharusnya bijak dalam menyeimbangkan antara tanggungjawab kepada keluarga dengan perjuangan dakwah di luar.
  • Aktivis muslimah perlu lebih mengutamakan keluarga...Sentiasa memberikan motivasi amal Islami kepada anak2 dan menjadi pendamping yang setia kepada suami (^_^)..
  • Berusahalah untuk menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang bernikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat..Subhanallah..
  • Ketika kematian Abu Tholhah, Rasulullah saw menunaikan soal jenazah dengan sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah saw kepada beliau kerana tidak pernah berhenti beramal dan berjihad bersama Nabi Muhammad saw. Hal ini beliau lakukan di atas dorongan dan selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, isterinya...wallahua'lam..
Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha
  • Seorang aktivis muslimah yang concern terhadap keadaan disekelilingnya, sentiasa membuka mata dan telinga dan berusaha menjadikan persekitarannya lebih baik.
  • Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar apabila waktu solat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan solat dengan kalimatnya yang terkenal " Assolah, Assolah!!!"...Wallahua'lam

~BERSAMA MEMBINA GENERASI KHALIFAH~


WALLAHUA'LAM



QaseH Suci



Tarikh: 06o310..di waktu malam...

Semalam ana dan sahabat2 sempat ziarah junior ana di desa aman..kembali melakar satu lagi kenangan (^_^), moga ukhwah akan berpanjangan hingga ke akhir hayat...

Menonton TV sambil makan aiskrim..ingat semua, suapan pertama untuk sahabat kite yer... yurmmmm2, sedap nye (^_^)...gembira kami di kala itu...

Sambil suap2 aiskrim, kami tgk crite "dalil cinta" (^_^)..ana sangat x leh terima if tajuk cerita tidak seiring dengan plot cerita..tajuk cerita bukan maen islamik, tp pelakon2 tak menutup aurat sama sekali..MasyaAllah... pegang situ, pegang sini...banyak cantikkkkkkkkkkkkk!!!!...hehehe...emotional plak...(^_^)...

Ana just nak kongsi pengajaran dari cerekarama " dalil cinta"...bagaimana perkahwinan hanya bersandarkan CINTA tanpa TANGGUNGJAWAB..si isteri , remaja yang berumur belasan tahun (belajar di kolej) dan si suami yang lebih tua dari isterinya dan bekerja sebagai mekanik..si isteri kawen hanya bersandarkan cinta semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar sebagai seorang isteri..walaupun telah berkahwin, tetapi si isteri masih mengamalkan gaya hidup sebagai gadis bujang dan tidak memikirkan perasaan dan peranan sebenar dia kepada suaminya......(cerita tidak akan bersambung...(^_^)..)

Jika kawen tanpa matlamat, hanya nak suka2, akan berlaku satu konflik sama ade dalam jangka waktu terdekat atau jangka waktu panjang..sebelum kawen, kita kene clear dengan MATLAMAT dan TANGGUNGJAWAB sebenar...hehehe..ana tak nak bg pendapat lebih2 sebab sahabt2 ana duk mengenak ana ( asyik mengusik ana "bila biey nak kawen nie?")...so , baik ana stop dulu dari memperkatakan soal kahwin sebelum diusik oleh mane2 sahabat ana...nak keno kekoh diorang nie(loghat kelate) ~bahasa baku ( nak kene gigit nie)...hehehe..

~Binalah sebanyak mungkin kenangan agar menjadi memori di kala keseorangan~

Wallahua'lam...



Tajuk artikel kali ini "antara dua benua"....suspen je tajuk tue (^_^)..tapi tersiratnya tajuk di atas ialah "ANTARA HALAL DAN HARAM"..


Sejauh mane kite menitikberatkan soal makanan yang masuk ke dalam badan dan seterusnya menjadi darah daging kita????...Sekarang ini, isu HALAL menjadi polemik di kalangan masyarakat..Adakah kita betul2 concern dengan perkara ini???..

Semalam sebelum tidur, ana dan roomates berbual dan berkongsi pendapat tentang isu halal...Kini, tanpa kita sedari, banyak makanan yang shubhah menjadi santapan kita....Junkfood yang biase kita makan (twisties, BIKA dan sewaktu dengannya), makanan di dalam tin, dan kosmetik mostly shubhah dan yang paling tak leh terima mengandungi gelatin khinzir ...MasyaAllah...dari kecil kita dah biase makan junkfood, tanpa disedari kite sebenarnya dah menelan gelatin babi...Nauzubillah..Mohon dijauhkan Ya Allah...

That's why perangai manusia kini makin menyerupai perangai musuh utama kita, syaitan laknatullah...Umat islam mesti sensitif dan peka terhadap kesucian makanan dan minuman kerana ia sangt berkait dengan dosa dan pahala...bagaimana mungkin Allah swt akan menerima amal seseorang jika di dalam batang tubuh kita terdapat segumpal daging (hati) yang hitam ternoda dek dosa2 yang sengaja dan tidak sengaja dilakukan...Kita perlu tegas dalam soal pemakanan kerana memakan makanan yang sumbernya haram dan shubhah boleh menyebabkan hati nurani kita sukar untuk disinari oleh jiwa keimanan..

Dari sumber pembacaan ana, ana tertarik dengan kata2 seorang pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM..Beliau menegaskan apabila wanita yan melibatkan diri sepenuhnya di luar rumah dengan tujuan untuk melaksanakan tugas negara dan membantu suami mencari nafkah maka mereka mostly do no have much time to prepare makanan yang suci dan berkhasiat kepada ahli keluarga..Makanan segera menjadi pilihan utama sebagai makanan asas dalam keluarga..Wallahua'lam...ana hanya menyampaikan, if ada yang tidak bersetuju, go on with your own opinion (",) ..

Ana harap artikel kali ini dapat membuka minda sahabat semua..ana takde ilmu untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang HALAL dan HARAM dalam soal pemakanan nie..ana hanya ingin mencetus hati dan minda sahabat semua supaya mahu untuk lebih tahu tentang isu ini..sahabat semua boleh rujuk mane2 buku agama dan blog2 yang membincangkan isu ini dengan lebih terperinci..

Wallahua'lam..

Tarikh :060310

Alhamdulillah, petang ini ana kembali melakar kenangan bersama sahabt baik dan adik2 junior yang sangat disayangi...Ana akan melakar seberapa banyak kenangan bersama sahabat2 dan adik2 junior sebelum melangkah keluar dari Universiti Of Malaya..InsyaAllah(^_^)

Terima kasih Ya Allah, kerana Kau jodohkan aku untuk belajar di UM..Alhamdulillah...

Lokasi jogging: Taman Jaya (^_^)...

Dah lama tak jogging bersama...Mungkin kesibukan menghadiri kuliah dan program membataskan kami untuk bersama melakar pelangi di dalam kanvas kehidupan..('',)

Riadah amat digalakkan dalam Islam..lemak2 dan toksik2 yang tergumpul di dalam badan akan dinyah dari badan..(^_^)...Jangan pulak lepas riadah, ajak kawan pergi makan 4 or 5 keping roti canai ke, nasi lemak ke, nasi goreng patayya ke...makin bertambah lemak kat badan..(bak kata sahabat ana ," ana makan lepas riadah pun sebab nak kembalikan lemak yang lebih berkualiti setelah lemak yang dulu dah disingkir dari badan"...ishhh3x..student U mane la tue..hehehe..(^_^)

Selain dapat menjaga kesihatan, kita juga dapat merapatkan silaturrahim sesama insan. Selain itu, perkara yang paling penting ialah kita dapat menghayati kebesaran Allah swt...Sungguh indah ciptaan Allah swt..SubhanAllah..Terima Kasih Ya Allah atas pinjaman nikmat pancaindera kepada ku..Ingat sahabat, gunakan pancaindera kita sebaik mungkin...Ianya hanyalah pinjaman dari Ya Rabb...

Ana nak tunjuk foto2 kenangan yang sempat di'snap'...sweet moment for us..Have a look..

Lokasi foto diambil: Tasik Varsiti UM dan Taman Jaya...keindahan ciptaan Ilahi..








Wallahua'lam..





Ceritera bermula seusai pulang dari Forum Semasa Tajuk "Universiti Diliwat" di Chinese Assembly Hall...Bombastik sungguh tajuk forum...tuk artikel kali ni, tak bersangkut paut dengan tajuk forum, tp nak cerite benda laen skit...(^_^)

Tarikh : 040310 (Kha
mis)....11.29 malam...(^_^)

Alhamdulillah, malam ini berakhir dalam suasana yang indah...Ana baru pulang dari menghadiri satu Forum anjuran GAMIS. .Dalam perjalanan pulang k
e kampus, fikiran ana menerawang ke beberapa detik masa yang lalu ( ketika di Chinese Assembly Hall) ~ tiba2 terasa menggunakan bahasa sastera yang tinggi ; konon2 je la, sebenarnye x pun :p ~...hehehe...

Semenjak dua menjak nie, kalau pegi mane2 ceramah, benda yang selalu bermain di fikiran ana adalah "macamane nak didik anak kelak"....pelikkan????...pegi dengar ceramah tentang mahasiswa tp refleksi yang bermain di fikiran ana tak bersangkut pun dengan tajuk ceramah...hehe
he..asyik ingat sal kaedah nak didik anak je...entahlah...fikir punya fikir...ade correlation sebenarnya...Apabila dengar ceramah islamik/isu2 semasa lebih2 lagi yang berkaitan dengan kebangkitan mahasiswa, panel pasti akan menghuraikan soal PERJUANGAN... At the same time, my mind terus setkan MISSION untuk melahirkan zuriat2 yang bangkit menegakkan kebenaran lebih2 lagi dalam menegakkan KALIMAH ALLAH swt...wahhh, tu belum jadi mak lagi tue..hehehe...

Setiap pasangan mengimpikan zuriat yang soleh dan solehah. Impian untuk melahirkan anak2 lelaki yang mempunyai ciri2 dan akhlak mulia yang setanding dengan walidnya; yang penuh dengan semangat jihad dalam dakwah Islamiyyah dan anak2 perempuan yang mempunyai sifat2 mahmudah yang ada pada uminya; wanita solehah yang meringankan urusan dakwah suaminya...hehehe..pandai2 je ana nie ...:D

Ana teringat dengan satu cerita motivasi hasil karya Ustaz Pahrol...Ana just ambik point2 penting ..Dalam mendidik anak perempuan, ade
caranya...Nak didik anak perempuan nie, persoalan yang perlu kita (sebagai ibubapa) tanamkan dalam hati ialah " bagaimana kita nak hantar anak kita kepada suaminya kelak".....nak hantar sebagai isteri yang lemah lembut ke, atau yang leka dengan duniawi ke, atau yang penuh dengan sifat2 mujahidah ke, atau yang suka kepada hiburan semata2 ke atau sebagainya ke (",)..banyak bebenor 'ke' nye...tepuk dada tanya IMAN..

Semasa dalam proses didikan, kita sebagai ibu bapa kene bayangkan anak perempuan kita sebagai seorang isteri kepada jodohnya kelak...bagaimana dia (anak perempuan) dididik dengan sifat2 wanita solehah dengan elemen2 kecantikan batiniah dan lahiriah untuk tampil sebagai muslimah yang anggun dan penuh dengan sifat2 kewanitaan dan menjadi dambaan kepada suaminya kelak (penggunaan ayat yang bombastik...hehehe...konon2 je la :p)

Begitu jugak dalam mendidik anak lelaki..Tujukan persoalan kepada hati kita, "bagaimana anak lelaki kita akan membimbing keluarganya kelak"...jadikan anak lelaki kita sebagai seorang mujahid yang komited dalam perjuangan Islam, yang tinggi semangat jihadnya, dai'e yang rendah hatinya, anak yang soleh dan taat, yang a'lim dalam akademiknya dan sebagainya...

So, menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk menerapkan sifat2 dan akhlak2 yang mulia kepada anak2...tetapi perlu diingat, menghadapi kerenah anak2 tidak semudah memasang impian dan melakar fantasi...

Moga artikel kali ini dapat membuka minda sahabat semua w/pun information tak berape ade (",)...hanya nota hati seorang gadis muda...hehehe..ana kan budak lagi :p...ilmu2 pasal perkahwinan nie masih di tahap permukaan (bak kate foreigner " on the surface area"...hehehe)...do not have any experiences yet..(^_^)





Wallahua'lam...