Tips Untuk Muslimah

  • Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdo'a.
  • Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat,kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.
  • Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci'. ~"Allahuma Kamma HassantaKhalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN~
  • Untuk punya bibir cantik ,bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati oranglain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
  • Agar tubuh langsing ,mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
  • Untuk mengembangkan diri ,sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Bagi ana, topik ini sesuai bangat bagi yang belum berpunya dan yg dah ade "ehem2" tu, jadikan ia sebagai panduan...InsyaAllah... Very Happy Very Happy Very Happy

satu situasi:

" kalau hang nak kawen, hang nak pilih yg lagu mane?"

" kalau koi la, koi nak suami yang istiqamah dalam ibadat, pandai mengaji Al-Quran, boleh jadi imam dalam solat, dan yang penting boleh bimbing koi ke jalan yang diredhai Allah ...semuanya yang baik2 lah.

" Hang nie memilih sungguh, hang cuba tengok akhlak hang dulu. adakah hang nie layak untuk dapatkan yang soleh sedangkan diri hang x jadi calon yang solehah?"

Resolusi:

Untuk mendapatkan yang soleh, kita perlu menjadi yang solehah dulu...jangan hanya memasang impian dan terleka dengan fantasi yang dicipta...semua makhluk yang diciptakan Allah berpasangan...malam dengan siang...adam dan hawa...langit dan bumi...kebergantungan sepenuhnya pada Pencipta kita, Ya Rabb...InsyaAllah, Allah akan menganugerahkan yang terbaik untuk kita...Jika kita menjaga hak Allah swt, Allah juga akan menjaga hak kita...

" Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu ( si ayah) kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak lakukan, nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di muka bumi."

RAsulullah ade menganjurkan agar kita b'kahwin dengan lelaki yang sebaya ----Diriwayatkan dari Buraidah bin al-Hushaib r.a , dia berkata : " Abu Bakar dan Umar r.a datang meminang Fatimah (puteri RAsullallah)..." Rasulullah saw bersabda " dia masih kecil", lalu Ali r.a datang meminang, Rasulullah saw menikahkan Fatimah dengan Ali r.a...

Kriteria umum seorang suami pilihan....

  • keutamaan yang baik agamanya---ini diukur kpada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam....---akidah, syariat dan akhlak...
  • mempunyai ciri2 kepimpinan yang baik---menjadi perdana menteri kepada keluarga yang dibina---bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, perlulah mempunyai ilmu yang sewajarnya.
  • berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik
  • seorang yang bertanggungjawab---untuk memastikan keluarga dan naungan agama yang sahih dan baik menjamin keselamatan ahli keluarganya dari keburukan di akhirat
  • lelaki yang baik paras rupanya---agama adalah suatu asas yang paling utama mengatasi rupa paras dan kedudukannya.
Wallahua'lam


~Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..~
~by HIJJAZ~

~i love this song very much...~
Assalamualaikum..

~Indah senikata merungkai keresahan di hati...kadangkala aku keletihan, menangis kepenatan.....keresahan dan ketenangan silih berganti...tapi aku yakin mahar ke syurga bukan percuma...impian menjadi bidadari kepada mujahid tersimpan rapi di hatiku ini...moga Allah mempermudahkan setiap langkahku di medan dakwahku ini..walaupun mehnah sentiasa mewarnai hari-hari dalam hidupku...Serikandi Islam bangkit!!!!~

INI ADALAH PENEMUAN BEBERAPA ORANG SAINTIS BERKAITAN DENGAN ILMU FIZIK...MOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SAHABAT SAHABIAH..

waktu subuh ( warna spektrum = biru muda)
~ frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh
~ rahsia berkaitan dengan penawar /rezeki dan komunikasi

Waktu isyraq dan dhuha ( warna spektrum = warna hijau)

Waktu Zohor ( warna spektrum = warna kuning)
~bersamaan dengan frekuensi perut dan hati
~ berkait dengan sistem penghadaman
~rahsia berkaitan keceriaan

Waktu Asar (warna spektrum = warna oren)
~bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis
~ untuk sistem reproduktif
~rahsia warna oren = kreativiti

Waktu Maghrib ( warna spektrum = warna merah)
~ tidak digalakkan berada di luar rumah kerana warna alam ini pada waktu ini sama dengan frekuensi jin dan iblis
~ jin dan iblis amat bertenaga waktu ini.
~rahsia warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak ( warna spektrum = warna indigo)
~rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Selepas isyak, alam berada dalam fasa kegelapan(waktu tidur dalam islam). Dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, warna alam bersinar kembali dengan warna putih --- warna merah jambu----warna ungu.
~bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus
~dapat meningkatkan kecerdasan dan waktu yang sesuai tuk menghafal
~dipanggil Qiamullail

Justify Full ~baru balik dr PC Fair, KLCC tahun 2009~


Ceritera bermula apabila wabak H1N1 menular di Malaysia -tahun 2009-....


Wabak H1N1 mula menular di bumi Malaysia nie..adakan ini bala dari Allah swt agar umatnya tersedar dari lena kemaksiatan...Nauzubillah, mohon dijauhkan..Ya Allah, Moga Engkau sentiasa melindungi keluargaku dan aku serta semua umat islam di dunia ini..Dua minggu lepas, abah ana call n pesan kat ana supaya pakai mask if nak g ke kuliah or nak kuar dari UM...sayang sangat2 kat abah n ma ana. ibu bapa mana yang tak bimbngkan anak2nya...first time, ana pakai mask mase balik dari lab kultur tisu n kriopengawetan..mase 2, ana dengn rumate ana..mula2 tue segan jugak coz ramai yg pandang dng pandangan yg pelik...tp lame2 rase seronok plak..

Ana mula terfikir, pakai mask same jugak cam pakai purdah kn...bestnya pakai purdah..InsyaAllah, moga Allah buka pintu hati ini tuk memakai purdah dengan penuh keikhlasan dan istiqamah..Ana mula tersedar .."Ya Allah, bnyak nya kelebihan yang Engkau berikan kepada muslimah yg berpurdah"..Dengan memakai purdah, kita boleh memelihara kesucian dan maruah diri dari pandangan nafsu lelaki ajnabi..

Selain itu, kita boleh meminimumkan kemasukan virus n bakteria ke dlam sistem pernafasan kita..Allah juga akan memuliakan dan menyerikan wajah si pemakai purdah dan ketenangan akn terpancar di wajah muslimah berpurdah...Subhanallah..mulianya wanita berpurdah...Nikmat yang paling indah adalah Allah swt sendiri akan datang kepada wanita yang memberatkan auratnya iaitu memakai purdah dgn istiqamah..SubhanaAllah.. Moga ana termasuk dalm golongan tersebut..InsyaAllah...

Ana teringat satu kisah tentang sahabat ana...sahabat ana nie teringin sangat nak pakai purdah..satu hari, sahabat ana ke mid valley dengan memakai purdah....rase best je saat tue...mase kat kedai kek, penjual kek kat situ bagitahu ngn sahabat ana nie, "adik, nnti aci potong kecil2 kek nie yer, mudah nak kunyah,kot2 la adik tak de gigi"...tersentak sahabat ana..tergelak sakan ana mase shbt ana ceritakan kisah 2...cabaran tuk sahabat ana la 2..Moga2 sahabat ana akan kekal berpurdah dan istiqamah....insyaAllah..

Apabila kita telah bersedia untuk memakai purdah, bermaksud kita juga perlu melengkapkan diri kita dengan pemahaman kita berkaitan akidah, ibadat kita, akhlak kita..if pakai purdah, tapi perangai or tingkah laku belum terjaga, akan tergambar jugak cacat cela secara zahirnya..untuk pakai purdah, apa yang penting keikhlasan kita dan niat kita hanya kerana Allah swt..wajah yang berseri hakikatnya datang dari hati yang bersih dari mazmumah dan mengisinya dengan mahmudah...insyaAllah, ketenangan dan keserian muka akan terpancar di wajah...

Wallahua'lam..