BICARA HATI


Kata-kata puitis sang perindu(^_^)..

Isteri solehah- kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya adalah satu hadiah yang paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah swt buat para mukmin yang soleh.

Berhiaslah untuk suamimu agar hatinya tenang dan gembira teringatkanmu

Biarkanlah gincu di bibirmu memerah sentiasa, di situ akan ada keinginan yang tersendiri dari hati seorang lelaki bernama suami

Hiasilah selalu inai di jarimu, di situ terserlah seri bagi seorang isteri solehah

Sapukanlah selalu celak di mata bundarmu itu, kerana di situ juga akan terbit cahaya pesona yang boleh membuatkan mata suamimu berbinar-binar memandangmu..

Bersihkan wajah dan dirimu, moga wangian dari tubuhmu akan melahirkan rasa rindu yang menggunung di hati suami

Hiasilah bibirmu dengan senyuman yang mekar

Moga timbul ketenangan di hati suami kala melihat si isteri yang tidak lekang dengan senyuman manis

Sebelum kahwin

ustazah pernah call tak tunang ustazah?” tanya seorang pelajar.

alhamdulillah, setakat ni belum pernah call lagi, cuma ber’sms’ jika ada hal-hal mustahak yang perlu dibincang”, jawab ustazah tenang

eii, ustazah tak rindu tunang ustazah ke? Dah la tak pernah call?’’, aju pelajar itu  lagi

“ tak ada istilah rindu atau cinta selagi belum sah,” jawab ustazah lagi

Selepas kahwin

“ Ustazah tidak rindu ke dengan suami ustazah? Dah la baru kahwin, dah kena duduk berasingan. Seorang kat semenanjung,  seorang lagi kat Sarawak”, tanya seorang pelajar

Mestilah rindu”, jawab ustazah itu sambil senyuman menghiasi bibirnya.

Mesti setiap hari asyik dengan telefon je ni”, soal pelajar itu sambil mengangkat kening doublejerk

“ No comment (^_^)”, jawapan ringkas keluar dari mulut ustazah itu

******************************************



Meniti kehidupan sebagai seorang isteri yang terpaksa berjauhan dengan suami menjadikan ana seorang perindu cinta. Istilah ‘mabuk cinta halal’ menterjemahkan perasaan ana yang semakin berbunga-bunga dilamun cinta. Walaupun tidak pernah berbual mesra sebelum akad nikah, namun Allah swt menghadirkan ketenangan seusai ijab kabul dilafazkan. Impian untuk menjadi bidadari kepada suami dunia dan akhirat tersimpan kemas di lubuk hati. 

Sayanglah qurratu ‘ain abang. Moga Allah swt memberkati isteri abang ni” ucap suami ana suatu hari 

Alhamdulillah, moga Allah swt memberkati abang juga”, balas ana sambil mencium pipi suami. 

Upah untuk abang..hehe” perasaan malu menjalar ke seluruh badan. Aksi luar kawalan sebentar tadi mencalitkan rona merah di pipi. Walaupun sudah dua bulan berkahwin, perasaan malu masih merajai hati. Memang wanita dianugerahkan dengan perasaan malu yang menebal (^_^) ….

“ Setakat kita kahwin ni, sayang bahagia tak?”, soal si suami

“Biasa-biasa je” acuh tak acuh je jawapan dari ana . Saje nak mengenakan suami..hehehe. Terdiam suami seketika. Mungkin sedang mencari kekurangan dalam perhubungan yang baru 2 bulan bertatih. 

“ Sayang bergurau je tadi, saja nak kenakan abang..hehehe..minta maaf yayang.. sayang bahagia sangat”, jawab ana disusuli sebaris senyuman terhias di bibir.

Abang dah faham sangat dengan perangai sayang tu. Kerja nak mengusik orang je”, balas suami sambil tersenyum.

“Abang pun bahagia sangat dengan kehidupan kita sekarang. Rugi tak kahwin awal..hehehe”, sambung si suami lagi

“ Abang ada terasa hati tak dengan sayang?”, soal ana lagi

Alhamdulillah, abang tak pernah terasa hati dengan sayang. Abang nak dalam hubungan ni, kita kena sentiasa berterus terang jika ada apa-apa kemusykilan. Biar segala masalah diselesaikan segera, tak nak simpan dalam hati. Yang penting, kita perlu selalu berlapang dada, insyaAllah tak kan timbul soal tak puas hati”, si suami menyelitkan kata-kata nasihat.

“Betul betul betul”, sambut ana girang.
 
******************************************************
‘No love until akad’.. prinsip yang dipegang sejak dari sekolah menengah. Alhamdulillah, kesedaran untuk tidak bercinta diilhamkan oleh Allah sejak di bangku sekolah lagi. 

Kalau kita nak suami yang soleh, kita perlu jadi solehah dulu.

Tak kan nak terhegeh-hegeh pergi ke masjid dengan niat nak jumpa lelaki yang soleh, sedangkan kita ni minah rempit yang berfesyen barat. Rambut purple. Pakai baju adik yang sekolah tadika, pakai seluar yang darjah lima dulu. Gaya barat la konon-kononnya. Bagaimana Allah nak bantu kita dapatkan suami yang soleh kalau kita sendiri belum cukup solehah?

Teringat kata-kata nasihat ana kepada pelajar

Wanita ni diibaratkan seperti seekor rama-rama. Rama-rama tu cantik ke tak?” soal ana kepada mereka

Cantikkkk,” mereka mengiakan .

“ Begitu juga dengan wanita. Jika tangan manusia memegang rama-rama tersebut, for sure warna-warna di badan rama-rama akan pudar. Masih cantik ke rama-rama tu?’’, tanya ana lagi

Mestilah tak cantik,” jawab seorang pelajar lelaki.

Ha’aah.. betul tu (^_^).. Begitu juga dengan wanita. Kalau dah biasa dipegang oleh lelaki, maruahnya akan tercemar dan perasaan malu akan semakin menipis. Kamu perlu ingat, wanita yang cantik bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi wanita yang cantik dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”, jawab ana lagi

Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona , tetapi dilihat sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempesona  itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunannya dalam berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”, sambung ana panjang lebar.

“ Tapi ustazah, susahkan la nak tutup aurat. Saya malu dengan kawan-kawan saya. Nanti mereka ejek saya. Cakap saya ni berlagak alim la. Ketinggalan zaman la”, adu seorang pelajar perempuan.

Kamu nak masuk syurga atau neraka?”, soal ana lagi

Mestilah nak masuk syurga”, jawab pelajar tersebut.

“Ok, kalau nak masuk syurga , kita kena ikut segala apa yang Allah perintahkan. Allah tetapkan sesuatu perkara bukan saja-saja. Allah minta kita untuk jaga aurat dan pergaulan, mesti ada sebabkan?”, aju saya lagi

“Ustazah bagi satu lagi situasi. Kalau kamu pergi ke kedai nak beli kuih. Kamu lihat ada kuih yang tertutup elok dengan saji dan ada satu jenis lagi terdedah dan dihurung oleh lalat. Yang mana kamu akan beli?” soal saya lagi

“Saya pilih yang mana sedap la”, jawab seorang pelajar lelaki.

“Saya pilih kuih yang ada dalam saji. Sebab kita pasti kuih tu bersih dan tidak terdedah dengan kekotoran”, jawab seorang pelajar perempuan.

“Bagi ustazah, kalau kamu pilih kuih yang sedap sahaja, tak fikir tentang kebersihan kuih tu, lambat laun kamu akan mendapat penyakit. Tapi bagi yang pilih kuih yang ditutup elok dengan saji, kamu mementingkan kebersihan dan insyaAllah kamu akan sentiasa sihat,” respon saya.

“Begitu juga dengan wanita solehah yang sentiasa menutup aurat dan menjaga kesucian diri, mereka akan terpelihara dari pandangan mata jahat manusiawi. Bagi lelaki yang beriman, dia akan pilih wanita yang mempunyai akhlak yang elok sebagai isteri dan ibu kepada zuriatnya,  kecantikan luaran tu hanyalah bonus yang dianugerahkan oleh Allah", sambung ana lagi

"Perlu diingat kecantikan adalah subjektif. Orang barat mengatakan wanita yang kurus dan ramping adalah cantik, manakala orang Afrika mengatakan wanita yang gemuk adalah cantik dan subur. Setiap kita mempunyai definisi yang berbeza tentang kecantikan. Semua manusia cantik dan ada keunikan masing-masing. Yang menilai kecantikan kita hanyalah jodoh kita. Jadi tak perlulah kamu nak tunjukkan kecantikan kepada mana-mana lelaki yang belum tentu lagi akan menjadi suami kamu (^_^)”, panjang lebar nasihat ana untuk mereka. 

“ Kamu masih belum terlambat untuk bertaubat. Kamu beruntung sebab kamu masih kurang dosa berbanding dengan ustazah yang hidup sepuluh tahun dulu dari kamu. Cuma la berubah. Berubah sikit-sikit dulu pun ok. Yang penting kamu kena cukupkan solat lima waktu. InsyaAllah kalau solat kamu sempurna, automatik ibadat-ibadat lain akan terjaga. Kita ni cermin kepada akhlak mak ayah kita. Ingat nasihat ustazah ni”, ana mengakhiri bicara.